seperti biasa selepas senyum-senyumnya itu, dia akan mulai dengan puji-pujian kepada Allah dan Rasul-Nya. seterusnya,
"kita kena ingat. sekolah ni macam kilang. kilang untuk membuat satu produk yang berkualiti. produk ni boleh digunakan oleh semua orang. sebab apa? sebab kualiti. amende produk tu? kitalah yang akan dijadikan produk tu. kat sekolah ni mesin-mesin men'cipta' kita. 'repair' kita. dan macam-macam lagi. sampailah jadi produk yang berkualiti untuk dipasarkan. iaitu, selepas antum habis sekolah. lepas keluar sekolah kita dah jadi produk. so, cuti-cuti yang kita dapat, balik rumah, balik kampung, dan macam-macam lagi; itu untuk test produk tu. okey atau tak okey..."*ketika itu saya berada di tingkat paling junior.
ya. setelah tujuh tahun saya di'buat', di'uli', di'gaul', dan macam lagi. setelah entah berapa ribu kali, malah puluh ribuan barang kali diberi peluang untuk diuji (baca : cuti). dan akhirnya, saya sudah boleh menjadi produk.
ya, setelah tujuh tahun! mana mungkin saya boleh lupakan tujuh tahun itu. sangat lama.
dalam tempoh seminggu saja lagi. tempoh di kilang akan tamat. dan akan dikeluarkan. bersedia untuk jadi produk?