kalendar baru

0 comments
hari ini 1hb januari.
esok, 2hb januari.
rasanya esok musim persekolahan bermula.


jangan culas-culas ya!
semoga menjadi rajin!

apa ye? entahlah

0 comments
pening. itu sahaja yang dapat dijawab. setelah berminggu-minggu, bermacam-macam perayaan melepasi. entahlah. saya pun tak dapat nak memberikan kepastian. kenapa begini? padahal di jiwa saya sekarang (atau mungkin sejak dari dulu lagi) membuak-buak akal, tutur kata dan macam-macam lagi untuk diterjemahkan ke sini, bak busa-busa yang merambu untuk keluar dari sebuah cawan teh tarik. tapi.. iyalah kan. pening! entahlah!

apa-apa pun, alhamduliLlah, saya sekarang di dalam kawalan walaupun di luar kawalan. insya-Allah. (kan saya sudah katakan, saya.. entahlah) moga kawan-kawan saya yang lain pun menjadi seperti saya, di kawal walaupun tak terkawal. (kan saya katakan tadi..)

seperkara lagi. saya sekarang sudah boleh bergembira. (sambil angkat kening!) bagi kawan-kawan saya, yang berkeinginan seperti saya, sekarang saya sudah mendapat apa yang inginkan. (kan saya..) jadi kawan-kawan, sila jangan jeles! (sambil angkat kening sekali lagi!)

toy sekarang:
  • Canon 350D
  • EF-S 18-55mm f/3.5-5.6
toy impian:
  • EF 50mm f/1.8
  • speedlite 430ex
  • wide lens mungkin (brand tokina atau sigma)

oh ya. sebelum saya terlupa, esok bermula kalendar baru kan? jadi konon-kononnya, bila saja bermula lembaran kalendar baru, sudah pasti setiap orang di fikirannya resolusi baru (azam baru = new resolution = resolusi baru). saya juga sudah semestinya! resolusi baru saya mungkin tidak berubah. sama seperti sebelum-sebelum ni; iaitu 1280 x 1024**! ianya sangat sesuai untuk monitor saya. mana mungkin saya akan ubahnya!
**jika tidak faham abaikan, atau mungkin berhubung dengan saya?