di zaman yang serba canggih ni, semua perkara mesti hendak segera. kononnya masa perlu diuruskan dengan betul. siapa yang terlambat akan rugi besar. malah, siapa yang segera pasti akan berjaya. iya lah, sekarang zaman internet. canggih. penuh dengan cabaran. "siapa yang dah lama tinggal di kota ni pasti akan tahu mana cerah mana gelap" ayat-ayat di tivi yang saya suka dengar.
kamu yang sudah hidup pada zaman
millennium pasti masak benar dengan perkara sebegitu. lihatlah di mana-mana. semuanya segera. kalau lapar, pasti ke restoran makanan segera. kalau dengan kenderaan awam, mesti ber'
touch n go' atau paling koman mesti
tiket sepadu. malah budak-budak sekolah juga mahu cepat. daripada ingin belajar sampailah bab pemakanan. semuanya ingin segera.
saya ambil contoh mee segera. tahu mee segera? ya, mee segera yang sangat sedap dan jadi rebutan ketika musim peperiksaan (baca : time spm). kenapa ia sangat popular? sebab mee segera sangat mudah . perlukan 2 minit atau lebih saja. malah paling penting sangat sedap ketika kelaparan di tengah malam. tanyalah sesiapa saja. pasti ya jawabnya!
tapi pasti tak semua kata mee segera itu baik. terutama mereka yang sangat
health conscious. ya sudah tentunya. lihat saja ingredientnya. penuh dengan istilah kimia yang menjengkelkan. sudah tentu natijahnya pasti tidak baik. malah akan merosakkan badan, kalau ber'nasib baik'. ha ha ha
tapi sudah pasti kita tak peduli! kan sedap dan mudah. lantaklah apa orang nak kata. "lagipun mati itu pasti. kita tak tahu bila sahaja!" (mungkin ayat yang
famous bagi sesetengah).
lagi pula kita di hidangkan dengan iklan-iklan mee segera. manipulasi mereka sangat hebat. sehinggakan dengan mee segera sahaja dapat mengubah dunia, fikir mereka. tak termasuk kehebatan mamak membuat mee goreng mamak. kan sedap.
itulah hebatnya penangan mee segera. mampu menutup segala pandangan pakar tentang kesan buruknya. mampu menjadi makanan no.1 manusia sejagat. fuuh..! hebat!
**
agaknya perkara segera lain pun tak kurang hebatnyanota!!entri ini tiada kaitan langsung dengan kedatangan mawi ke carrefour klang. tiada kaitan langsung dengan kepenatan seorang pekerja disitu bersempena kedatangannya bak menteri. serius! tiada kaitan langsung.kalau ada mungkin kebetulan. okay?