Cuci-cuci mata II

2 comments
Hosted by albums.kimag.es
Masjid Abu Bakar, Tanah Rata

Hosted by albums.kimag.es
The Strawberries, Taman Agro Al-Masyhor

Hosted by albums.kimag.es
Original Homemade Putu Buluh Cameron, Pasar Malam Brinchang

Hosted by albums.kimag.es
"Cak!", Cameron Bharat Tea Plantation

Trend

1 comments
Boleh dikategorikan saya dan kawan-kawan serumah, adalah masyarakat yang berada di bawah tempurung. Saya dan kawan-kawan serumah (selepas ini merujuk kepada kami) hanya didedahkan dengan isu-isu semasa hanya jika dinner bersama-sama di warung/restoran/mamak yang berdekatan. Itu pun pemilik premis tersebut berbesar hati memasang saluran TV3, dan hanya jika kami dinner ketika prime time; tepat 8 malam. Lain-lain sumber isu-isu semasa, hanyalah dengan kerelaan hati membuka laman sesawang yang berinformasi, utusan online misalnya. Atau pun merajin-rajinkan diri pergi ke library membaca akhbar harian yang disediakan pihak librarian. Itu pun kalau betul-betul menggagahkan diri lah (bagi saya)!

Oh apa yang saya ingin tulis ialah perihal kanak-kanak yang didera. Serius saya tak tahu apa-apa sampailah saya ternampak front page Harian Metro, kalau tak silap. Itu pun ternampak. Kalau langsung tuhan tak beri peluang, memang sampai sekarang mesti saya tak tahu apa-apa!

Sangat menyedihkan. Makcik yang penat-penat mengusung perut 9 bulan ke sana ke mari. Penat menyusu, beri makan suap. Last-last terbunuh dek lelaki yang tiada hubung kait langsung dengan si mangsa. Apa jenis masyarakat ni?

Dan ber'sempena' dengan kes itu juga, ada negara yang ditimpa musibah. Gempa. Berskala 8.8 malahan. Tanda-tanda kecil barangkali. Apa kalian masih tak sedar?

*Saya dapat info tambahan, dulu-dulu, ketika zaman kanak-kanak ada satu lagu yg sering saya dengar. Lagu ini. Dicipta khusus untuk membendung kes penderaan. Kemudian? Langsung diam seribu bahasa.

Barangkali boleh dijadikan modal politik untuk proses pemilihan yang bakal mendatang. Barangkali.