selepas periksa

0 comments
ada apa dengan selepas periksa?

........

"eh jom main bola untuk hari guru"
"jom...!" saya balas

"main bola tampar jom. untuk hari guru"
"jom jugak!" saya juga

"er.. takraw hari guru dah ada team?"
"belum.. jom..!" saya

kesimpulannya, hari guru mengikut kaca mata pelajar malaysia ialah hari di mana terdapat permainan menentang guru-guru (atau kata lain ambil kesempatan). adakah sambutan hari guru begini di seluruh malaysia? atau seluruh dunia? gila kentang!!

........

hari guru telah selesai. saya. dan kami, orang-orang tua sekolah (form5) di berikan slot persembahan. dan hasilnya... sila tanya orang yang tahu!

esok futsal, iMetro. jom turun. rio de futsal subang. doakan kami.

khutbah guru

0 comments
hari jumaat, sejurus habisnya ujian matematik (oh atau peperiksaan pertengahan tahun a.k.a last exam kami yang main-main, mungkin). seperti biasa, seperti hari jumaat yang biasa sebelum-sebelum ini, masjid adalah hala tuju saya. dan semua muslimin agaknya.

saya, yang sebetulnya setiap minggu, khutbah jumaat kedengaran lagu pok amai-amai yang sungguh melenakan. mengasyikkan. tapi ..

"14 mei adalah tarikh keramat buat guru.. bla bla bla" khatib menyampaikan teks di awal khutbah.

saya yang tadinya terbuai-buai, terus terkejut dan tersedar! dan tersenyum kecil. kenapa ye?

mungkin:
  • kenapa khutbah harus bertitlekan hari guru, yang separuh daripada para jemaah adalah warga emas
  • gaya bacaan yang ... aduh.. asyik...
  • juga teringatkan hari murabbi yang bakal berlangsung khamis ini

kami warga tua senior akan membuat persembahan di hari murabbi. wow!
hebatnya mereka, komen seseorang. (entahkah sindiran entahkah ikhlas)

saya, buku dan ...

0 comments
seperti tahun-tahun sebelumnya.
pesta buku adalah kunjungan utama ketika musim cuti. tapi anehnya tahun ini, pesta buku diselitkan ketika cuti yang pendek iaitu 2 hari. bahkan lebih anehnya (mungkin juga menakutkan bagi sesetengah!) keesokan harinya adalah periksa. peperiksaan pertengahan tahun pula!

dan waktu-waktu begini, saya pergi juga (baca : cari nahas).
saya yang kononnya bertekad sewaktu di sekoah (sebelum balik rumah), ketika cuti ingin seratus peratus menumpukan kosentrasi untuk belajar terutamanya subjek biologi. tapi lihatlah.. apa yang berlaku? malah ketika menulis entri begini pun saya masih belum menyentuh buku. bukan sekadar buku, malah melihat isi kandungan apatah lagi. dan saya rasa ini bukan tindakan yang menyanangkan (nah, inilah yang saya katakan cari nahas!).

berbalik kepada pesta buku.
saya yang sebenarnya pernah menyusun strategi (baca: konon 'strategi'). pergi ke sana di kala orang lain masih disekolah (belum cuti lagi). dan sewaktu bercuti, gelakkan mereka yang berpusu-pusu, berhimpit-himpit menyerang pesta buku. tapi.. ho ho ho (gelakkan saya!)
kali pertama pergi ke sana, saya melihat pelancaran buku memeluk gerhana. saya juga melihat faisal tehrani. oleh itu, saya beranggapan mereka itu bersahabat. dan setelah itu, ketika melalui booth al-amin publishing (bersebelahan ikim, tak silap saya), saya bertemu beliau.
selepas sedikit bertepuk-tampar, kawan saya cakap "dia ambek gambar kita la.." saya nganga.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
banyak lagi di sini. juga di sini

nota : kali kedua juga saya bertemu dengan saudara faisal, tapi kali ini saya pula mengambil gambar beliau.