khutbah guru

hari jumaat, sejurus habisnya ujian matematik (oh atau peperiksaan pertengahan tahun a.k.a last exam kami yang main-main, mungkin). seperti biasa, seperti hari jumaat yang biasa sebelum-sebelum ini, masjid adalah hala tuju saya. dan semua muslimin agaknya.

saya, yang sebetulnya setiap minggu, khutbah jumaat kedengaran lagu pok amai-amai yang sungguh melenakan. mengasyikkan. tapi ..

"14 mei adalah tarikh keramat buat guru.. bla bla bla" khatib menyampaikan teks di awal khutbah.

saya yang tadinya terbuai-buai, terus terkejut dan tersedar! dan tersenyum kecil. kenapa ye?

mungkin:
  • kenapa khutbah harus bertitlekan hari guru, yang separuh daripada para jemaah adalah warga emas
  • gaya bacaan yang ... aduh.. asyik...
  • juga teringatkan hari murabbi yang bakal berlangsung khamis ini

kami warga tua senior akan membuat persembahan di hari murabbi. wow!
hebatnya mereka, komen seseorang. (entahkah sindiran entahkah ikhlas)

0 comments :: khutbah guru