Syawal 1429

3 comments
Eid Mubarak
Bergembiralah atas Kemenangan
Semoga Kembali kepada Fitrah!




Maaf segala zahir dan batin.
Hutang-hutang segera ingatkan.

Text pesanan ringkas

0 comments
Terima kasih. Kerana ingatkan. Walaupun pada saat yang sangat kritikal. Terima kasih.

Nabi bsabda "Apbl tlh kamu tlh hmpr kpd kiamat n pd tgnmu tdpt biji tamar maka tanamlah ia.." -au kama qal- Jgn dsia siakn ramadhan y bbaki bbrg ktk ini..
*diambil terus dari text pesanan ringkas yang ada dalam kotak masuk telofon bimbit saya. abaikan laras tajwid bahasa yang salah-salah belaka.


Selamat tinggal Ramadhan.
Moga ketemu lagi insyaAllah.
Lawat-lawatlah Ceritera Ramadhan

Tapi..*

0 comments
*sambungan daripada entri sebelum ini

Kala ini, memang saya diberikan peluang sekali lagi untuk bertemu bulan yang sangat-sangat mulia (ya..walaupun sekarang sudah ke penghujung). Orang berpeluang bertemu Ramadhan sangat-sangatlah beruntung. Macam saya. Tapi..


Kalau dulu, pagi-pagi lagi suasana mula kecoh-kecoh. Semua berebut-rebut nak sahur; walaupun sekadar berlaukkan ikan masin dan telur masin. Berebut tu yang nikmat. Sambung pula dengan solat-solat sikit. Tilawah. Solat jemaah.

Pagi, ke sekolah. Ya, walaupun kadang mengangguk tanpa di tanya (baca : tersengguk). Menahan kantuk sampai ke tengahari. Juga diselangi tidur di musolla sampai terlajak (ha ha ha..). Petang, kepenatan bermain tak ingat dunia. Malam sejurus tarawih terus melantak moreh sampai terlupa prep. Ya, terlupa walaupun ada trial pada sebahagian Ramadhan.

Waktu-waktu sekarang. Jauh beza. Seolah berpindah ke planet yang asing. Sangat pelik dari pandangan saya. Tak tahulah orang lain.

Ramadhan kali hanyalah sekadar lapar dahaga. Langsung tiada penghayatan puasa. Ke kelas sana-sini mengurangkan pahala puasa. Biasalah; kawasan minoriti. Balik rumah, tak terlihat langsung usaha mengihya'kan Ramadhan. Yang ada, nak buka apa nanti? Assignment bila nak buat? Balik-balik benda dunia. Memang saya terasa janggal awal-awalnya. Tapi dari awal sebegitu, mana tak terikut. Sedangkan ikan boleh tersasar di sungai deras. Apatah saya yang tak seberapa ini.

Sedih memang sedih. Nasib baik hujung-hujung minggu menjadi back up. Sepanjang Ramadhan, bila tiba hujung minggu saya 'lari' dari rumah. Cukuplah ia menjadi pemujuk.

Pesan saya, kalian yang masih berpeluang. Penuhkan lah apa-apa yang patut. Sebab suasana masih ada. Bila jadi macam saya; salahkan diri sendiri!

saya ada alasan tersendiri!

5 comments
Baru saya perasan, ada juga yang ternanti entri-entri terbaru saya. Selama ini saya hanya menulis suka-suka. Dan, confirm seorang pun tak `kan baca; kecuali beberapa kes tertentu. Tapi sekarang lain pula jadinya. Ada orang marah-marah tertanya-tanya; mana perginya entri terbaru. Hah, ini yang buat saya semangat!

Okey. Pertama-tamanya; ini adalah berkenaan alasan kenapa saya tak menambah entri.

Alasan Pertama
Dengan nama Allah, inilah kali pertama saya cuba untuk menjadi pelajar harapan bangsa (baca : menjadi rajin dengan belajar tiap-tiap malam). Dan sering kali saya mencuba, acapkali itulah saya menemui kegagalan. Tambah-tambah bila rumah saya memasang talian jalur lebar (ini biar saya masukkan alasan seterusnya).

Alasan Kedua
Saya dengan cowardnya, sedang melarikan diri dari masalah (kepada yang berkenaan sila gelak dahulu, kemudian sila hubungi saya secepat mungkin untuk marah/maki/caci kepada saya, terpaksa refund agaknya). Cukuplah saya menanggung. First time buat kerja gila sebegini, ujian paling berat menimpa. Nak buat macam mana.. ada hikmah.. :P

Alasan Ketiga
Seperti yang saya katakan tadi, talian jalur lebar yang telah mula dipasang sangat-sangatlah melalaikan saya. Serius. Biarpun saya boleh berada di atas talian untuk tempoh yang panjang, tapi sebab masalah di atas (merujuk kepada alasan kedua), saya mengundurkan diri. Apatah lagi talian jalur lebar ini membuatkan saya menjadi dotard, setelah meracuni rakan-rakan serumah (ha ha ha.. ini boleh gelak kejam). Tapi ada baiknya juga, saya boleh juga belajar walaupun..(sila baca alasan pertama!)

Alasan Keempat
Kala inikan, kita sedang diberikan peluang berjumpa dengan bulan yang mulia lagi barakah. Jadi saya membuat keputusan drastik untuk tinggalkan sebentar dunia maya ini. Tapi...
Entri seterusnya, mungkin.


Apakah munasabah alasan yang saya berikan? Serius ini alasan sebenar. Saya tak mahu jadi orang yang diungkapkan dalam pepatah-pepatah motivasi, motivasi berlian misalnya;
"orang rajin mencari jalan, orang malas mencari alasan."
Mudah-mudahan..

**edited kali kedua.