Tambahan entri, itu saja

1 comments
Kurang dari 10 jam, saya akan hadapi sekali lagi ujian, yang akan menentukan letak duduk nya keputusan mata pelajaran dihujung semester. Walaupun impaknya taklah sebesar mana, paling kurang pun kesan tetap ada. Mana tahu, jika gagal, sekali lagi saya diletakkan sebagai rakyat yang tak tahu bersyukur. Andailah..

Oh ya. Saya mahu kongsi satu proverb, yang saya kira mendalam juga maksudnya.
Idle Hands are The Devil's Workshop

Tutup lampu!

3 comments
Kurang dari sejam kempen bergelap yang diwar-warkan akan bermula. Arahan dia mudah. Tutup lampu. Sahaja kot.

Itu yang lucu. Perkakas eletrik lain? Bandingkan watt lampu dan komputer. Kan jauh beza. Lucu juga.

Tapi. Okey saja. Kita tunjukkan, kita juga peduli. Biarpun hanya bergelap. Untuk jimatkan eletrik sekurang-kurangnya sejam. Kita juga peduli.

Islam itu kan ihsan.


*Tambahan entri di tengah-tengah kekusutan*

Prioriti

2 comments
Menukar fikrah yang sedia ada kepada sesuatu yang berbeza sangat-sangatlah menyakitkan. Juga memenatkan. Walaupun taklah sepenuhnya bertukar, sebahagian saja. Cukup perit. Mungkin tak biasa gamaknya.

Tak pernah langsung sebelum-sebelum, agenda terbesar untuk memastikan gred akademik ditahap yang tinggi. Selalunya, saya hanya tangkap muat. Cukuk-cukup makan. Asal ada nampak usaha sikit-sikit jadilah. Mungkin rezeki. Allah yang tentukan. Mudah-mudahan bukan istidraj (na'udzubillah) tapi nikmat kurnia tuhan.

Sekarang, sungguh berbeza. Saya cuba untuk bersikap biasa di tempat sebegini. Heh, tak menjadi. Baru-baru ni, kami (merujuk kepada rakan-rakan jua) dikunjungi orang yang bertanggungjawab di atas pencapaian kami. Ha ha ha, langsung haprak gred kami yang lepas, ha ha ha. Langsung dituduh rakyat yang tak tahu bersyukur. Menghabiskan duit rakyat sesuka hati, tak membalas jasa langsung*. Ha ha ha.

Jadi, saya tidak boleh tidak terpaksa meletakkan permasalahan gred akademik di tempat pertama mengalahkan yang lain-lain. Mungkin keterlaluan. Cukuplah termasuk dalam prioriti, taklah mengalahkan agenda-agenda lain ke belakang habis.

Serius, susah. Penat. Lelah. Sekarang pun tak habis-habis lagi. Banyak lagi nampaknya projek-projek, research-research dan assignment-assignment. Nampak sangat saya bukanlah orang yang berbakat untuk menjadikan prioriti gred akademik sebagai nombor 1 berbanding lain-lain. Macam isu yang terhangat dalam negara sekarang; semuanya berkaitan isu bahasa.


*Ayat tersebut adalah tokokan semata-mata, saya olah supaya menarik perhatian para pembaca seperti kalian. Ha ha ha.

Ada apa dengan Hari Isnin yang Cuti ini?

0 comments
Kelas saya pada penggal kali ini sedikit pelik. Boleh jadi unik, boleh jadi perit. Ikut persepsi masing-masing. Saya mula dengan kelas pada pukul 8 pagi, selama sejam. Kemudian disela dengan waktu senggang sampailah pukul 12. Juga sejam. Dan 'kadang-kadang' saya pergi juga kelas pada petangnya (kadang-kadang di sini jangan dipandang serius, ha ha ha). Kes seperti ini bukan setiap hari ya! Jangan ingat saya tak hargai duit rakyat pula.

Kebiasaan. Khutbah Jumaat adalah waktu yang paling enak untuk tidur. Jangan salah sangka. Kadang sampai termimpi-mimpi dibuatnya. Tapi beza kepada saya penggal ini. Waktu senggang saya hari Jumaat, biasa saya penuhi dengan tidur. Jadi aktiviti tidur ketika khutbah sudah saya buang jauh-jauh. Mudah-mudahan insyaAllah. Kalaupun hanya untuk penggal kali ini saja.

Khutbah Jumaat yang baru-baru ini, sangatlah mencuit hati saya. Pandai pula menyusun teks, gubah ayat cantik-cantik. Molek-molek.
"Jangan jadi macam Abu Lahab, sambut kelahiran Rasulullah suka, dakwah nabi nak lawan*."

Kreatif. Itu perkataan pertama yang terlintas di benak saya. Sempena dengan Maulud Nabi**, jangan tahu sambut cuti umum saja (setiap tahun kalendar Malaysia diletakkan cuti umum), kenalah juga sambut kerja Nabi. Kan?

*Struktur ayat saya ubah. Macam rumusan. Isi sama, struktur ayat berbeza.
**Oh bila saya cerita pasal Maulud Nabi, mungkin ada yang offended. Iyalah, ini kan perkara yang Rasulullah tak pernah buat. Bid'ah namanya. Tapi dengan panduan Ulama' Hadith, kullu bid'ah ada 2 kefahaman, lughah dan mantiq. Ah.. saya dipenuhi dengan pembelajaran sekular. Sampai sekarang pun masih sekular. Walaupun memanda menteri pernah mencari ilmuwan-ilmuwan seperti dahulu kala, hanya melalui pendeklamasian sajak. Jadi saya tak boleh komen banyak-banyak.

Anda berkawan siber?

7 comments
Saya pernah ditanya;
"Ada facebook?"
"Bakal ada," saya jawab.
Kesudahannya. Orang yang bertanya tu gelak. Ha ha ha.

Saya pun terasa lucu juga dengan jawapan saya. Apa taknya. Saya mengaku. Saya pernah bergiat aktif dalam rangkaian 'kawan-kawan siber' suatu ketika dulu. Pantang ada masa, saya curi-curi masa hadap komputer, periksa status rangkaian saya, ketika tu saya gunakan Friendster. Ya, saya mengaku. Akaun Friendster saya masih wujud sampai sekarang. Tapi itulah. Wujud pun macam tak wujud. Orang kata hidup segan mati tak mahu.

Kenapa saya ikut aktif? Boleh terjebak masa-masa dulu?

Tahu kewujudan miRC? Pernah sempat bersama zaman kegemilangan chatroom-chatroom dalam miRC? Situasi miRC sama juga macam Friendster, kalau pun berbeza, saya tetap yakin tetap ada persamaan. Saya ikut semua tu sebab trend. Kalau hari tu cuti awal bulan. Malam tu kalau saya login ke dalam miRC, masuk channel tertentu, confirm, penuh dengan nickname-nickname yang saya kenal-kenal belaka. Baik rakan-rakan sekelas, takpun yang besar-besar. Walhal baru berjumpa, borak-borak di sekolah. Itu namanya trend.

Kemudian trend ini berevolusi kepada Friendster. Saya ikut terjebak sama. Bukan ada kepentingan pun. Saja suka-suka. Sama juga, senarai rakan-rakan siber juga tergolong dalam golongan rakan-rakan realiti, boleh jumpa hari-hari. Itulah, nama pun trend.

Terus terang saya katakan. Zaman kejatuhan pula, langsung saya tak sedar. Tahu-tahu populariti merosot. Kalau Friendster, saya lebih dahulu mengundur diri. Jarang-jarang daftar masuk. Tiba-tiba rasa macam tak berpenghuni. Tak macam miRC, saya sempat merasa zaman kejatuhan.

Inikan pula Facebook. Jangan harap. Minat untuk berkawan siber semakin lama semakin pudar. Maaf.

*Eh saya mahu cerita macam mana saya mengundurkan diri dari berFriendster. Tak tersampai pula. Entri seterusnya `lah.