Susah!

Susah, kalau benda yang tak sepatutnya jadi agenda utama.


Langsung tak pernah terlintas dalam benak saya mengejar gred A semata-mata dalam mata pelajaran tertentu. Oh mungkin tak mengejar itu secara literal atau pun fizikal. Saya rasa kedua-dua sekali kot.

Kalau boleh, saya cuba untuk mengelak daripada teru-menerus menelaah, mengulang kaji atau apa sahaja perkataan yang boleh digunakan. Selalunya saya berjaya. Ya lah, belajar bukan semata periksa atau skor A banyak kemudian masuk universiti kemudian dapat kerja besar, gaji besar. Bukan. Sebab itu, saya terjemahkan dengan perbuatan, sungguh-sungguh. Saya selalu malas-malasan. Bukan apa, belajar bukan setakat periksa. Saya bisik selalu-selalu.

Tapi entah macam mana, saya boleh berjaya. Rezeki Allah saya kira. Tuhan maha kuasa. Segala rahsia dalam genggaman-Nya. Kita manusia hanya mampu menurut.

Kuasa Allah. Sekarang saya tercampak di tempat saya berada sekarang. Dan buat rakan-rakan, serius jelas benar perubahan pada saya. Saya, tidak boleh tidak, terpaksa mengagendakan sesuatu memang jauh sekali nak fokus dahulu kala. Iaitu, gred akademik. Oleh itu, kerajinan saya yang mula-mula dibuat-buat mula dibiasakan. Malas-malas itu masih ada. Tapi malas saya dengan penuh risau. Selalunya.

Baru tadi. Saya sekali bertemu dengan orang penting (mungkin penting betul) program study saya. Macam biasa, gertakan dan ugutan diberhentikanlah, digantunglah, dan entah apa diungkapkan lagi pun saya dah lupa. Tak lupa juga diingatkan sekali lagi pasal entah application university, entah TOEFL. Malas saya mahu fokus. Oh tidak. Saya sudah menjadi orang lain. Itu terpaksa diagendakan juga.

Juga, yang betul-betul menarik perhatian, saya diingatkan. semester ini hanya tinggal 3 minggu saja. Mula-mula saya senyum. Iyalah. Dah lama tak berehat panjang-panjang, berehat di rumah. Tapi, terus risau. Jangan lupa, tempoh 3 minggu, mana nak letak final exam. Projek-projek yang tertangguh lagi. Oh tuhan, betul-betul saya katakan.

Agenda utama saya sama sekali sudah berubah. Umat entah macam mana lah saya ni!

Oh ya, esok saya ada ujian. Sekali lagi. Doa-doa yang saya harapkan. Semoga menjadi 'rakyat yang tahu bersyukur'.

2 comments :: Susah!

  1. rajin buat2 ..pastu jadi tabiat..

    mesti rasa tertekan dan berat sangat..

    ~tapi..takpe! SYEK aka en.langsung..~ teruskan ikhlas dan tenang!

    hidup ni bukannya 100% technical.. tapi 100% tawakal.

    Usaha di pihak kita, dan jgn lupa kasih sayang dan kemanjaan kita dgn allah

  2. kasih dan manja dengan tuhan!

    poin penting,
    terima kasih kerana sudi selalu-selalu beri perangsang walau jauh ribu-ribu kilometer :)

    macam dulu-dulu, waktu-waktu sekolah :)