Merujuk kepada
thesaurus dari
Microsoft Word 2007, perkataan rage ini mempunyai beberapa perkataan seerti. Antaranya;
fury, anger, wrath, temper. Dan merujuk kepada kamus
online;
rage membawa erti yang pelbagai. Antara yang paling sesuai dengan kondisi saya;
5. A violent desire or passion.
Oh. Kenapa saya begini. Perihal
apply-meng
apply. Hampir kesemua rakan sekuliah saya, sudah mendapat tempat di universiti pilihan masing-masing. Tapi saya, masih tersangkut dengan ketiadaan buku rekod sekolah (merujuk kepada pihak sekolah, buku rekod saya tidak dijumpai atau lebih tepat hilang pada telahan saya). Yang saya kira antara menjadi keperluan utama dalam pemilihan untuk diterima sesebuah universiti.
Kepada rakan-rakan yang membaca entri saya ini, dan kebetulan kalian adalah segenerasi dengan saya, yang sama-sama SPM 2007, sila respon sebaik mungkin. Mungkin kalian pernah menerima buku rekod dan masih dalam simpanan kalian. Tenangkan jiwa saya yang tengah
rage ini!