khutbah guru

0 comments
hari jumaat, sejurus habisnya ujian matematik (oh atau peperiksaan pertengahan tahun a.k.a last exam kami yang main-main, mungkin). seperti biasa, seperti hari jumaat yang biasa sebelum-sebelum ini, masjid adalah hala tuju saya. dan semua muslimin agaknya.

saya, yang sebetulnya setiap minggu, khutbah jumaat kedengaran lagu pok amai-amai yang sungguh melenakan. mengasyikkan. tapi ..

"14 mei adalah tarikh keramat buat guru.. bla bla bla" khatib menyampaikan teks di awal khutbah.

saya yang tadinya terbuai-buai, terus terkejut dan tersedar! dan tersenyum kecil. kenapa ye?

mungkin:
  • kenapa khutbah harus bertitlekan hari guru, yang separuh daripada para jemaah adalah warga emas
  • gaya bacaan yang ... aduh.. asyik...
  • juga teringatkan hari murabbi yang bakal berlangsung khamis ini

kami warga tua senior akan membuat persembahan di hari murabbi. wow!
hebatnya mereka, komen seseorang. (entahkah sindiran entahkah ikhlas)

saya, buku dan ...

0 comments
seperti tahun-tahun sebelumnya.
pesta buku adalah kunjungan utama ketika musim cuti. tapi anehnya tahun ini, pesta buku diselitkan ketika cuti yang pendek iaitu 2 hari. bahkan lebih anehnya (mungkin juga menakutkan bagi sesetengah!) keesokan harinya adalah periksa. peperiksaan pertengahan tahun pula!

dan waktu-waktu begini, saya pergi juga (baca : cari nahas).
saya yang kononnya bertekad sewaktu di sekoah (sebelum balik rumah), ketika cuti ingin seratus peratus menumpukan kosentrasi untuk belajar terutamanya subjek biologi. tapi lihatlah.. apa yang berlaku? malah ketika menulis entri begini pun saya masih belum menyentuh buku. bukan sekadar buku, malah melihat isi kandungan apatah lagi. dan saya rasa ini bukan tindakan yang menyanangkan (nah, inilah yang saya katakan cari nahas!).

berbalik kepada pesta buku.
saya yang sebenarnya pernah menyusun strategi (baca: konon 'strategi'). pergi ke sana di kala orang lain masih disekolah (belum cuti lagi). dan sewaktu bercuti, gelakkan mereka yang berpusu-pusu, berhimpit-himpit menyerang pesta buku. tapi.. ho ho ho (gelakkan saya!)
kali pertama pergi ke sana, saya melihat pelancaran buku memeluk gerhana. saya juga melihat faisal tehrani. oleh itu, saya beranggapan mereka itu bersahabat. dan setelah itu, ketika melalui booth al-amin publishing (bersebelahan ikim, tak silap saya), saya bertemu beliau.
selepas sedikit bertepuk-tampar, kawan saya cakap "dia ambek gambar kita la.." saya nganga.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
banyak lagi di sini. juga di sini

nota : kali kedua juga saya bertemu dengan saudara faisal, tapi kali ini saya pula mengambil gambar beliau.

4 itu sibuk

0 comments
cuba teka kenapa 4 itu sibuk? 4 itu sibuk kerana bulan empat adalah bulan sibuk. (jika dalam bilik gerakan, tertulis syahru mashghul). semua perkara/event yg besar (baca: konon-konon besar) yg tersenarai dalam takwim sekolah menengah islam hira' edisi 2007, kebanyakan berada di column april (iaitu bulan empat; bagi yg tidak tahu).

antara event-event yg besar (baca sekali lagi: konon-konon besar) ialah:
1. hari anugerah gemilang
2. ekspo dunia islam
3. bulan ta'adib
4. 'tgk takwim sendiri'

lihat! dek kerana event-event tersebut, hampir 70% para pelajar terkena tempias kesibukan. walaupun ada yang bajet sibuk. antara yg terkena tempias sibuk adalah aku!
bila dikira, waktu aku di dorm hanya 2 atau 3 kali. waktu tido, mandi. waktu lain... entah mana-mana aku pergi.

jadual seminggu aku (minggu lepas)
-bangun, mandi, solat...
-kelas
-lepas zohor, nasyid-nasyid kejap
-asar
-buat pameran edi
-mandi, maghrib
-prep
-belatih nasyid lagi
-buat pameran balik.
*waktu ada kelas lagi

waktu tido adalah lingkungan pukul 2 atau 3 pagi hingga 5.30 pagi. ada satu masa hampir pukul 4 baru tido. ha ha ha ha
tambah menyibukkan, time-time ni laa baru ada banyak homework. ulbs lagi. itu lagi. ini lagi.. adus..

dah tau sibuk, gatal lagi nak pegi futsal KRj. nasib ada nasib. dapat la nombor tiga.

**keadaan sekarang : asal baring je lelap abes... huhu...

enam yg aneh~

6 comments
kisah tag-mengetag ini tidak pernah saya ketahui. sehinggalah satu hari, saya terjumpa cerita mengenai tag. lebih kurang begini tajuknya 'you've been tagged'. saya pun kurang mengerti tentang tindak-tanduk tag itu... seterusnya saya melakukan sedikit kajian (baca : tgk2 blog org), akhirnya saya faham, apa itu tag! alhamdulillah..

sebenarnya, bukan cerita saya mengenai enam yang aneh. tapi cerita yang dicedok (baca : dicuri seratus peratus) dari tulisan orang lain. tapi saya merasakan yang enam yang aneh itu sungguh tepat disniper kepada saya (mungkin juga orang lain). oleh itu silalah baca.. kemudian mengambil iktibar!

cerita ini bermula dari skrg~

Rules of the game : Each player of this game starts out by listing 6 weird things about themselves on their own blog, as well as state the rules clearly. At the end you will need to choose 6 people to be tagged and list out their names. After you do that, leave a comment on their blogs letting them know you have tagged them.

Seriously, enam yang berikut adalah di antara perkara lain yang paling aneh tentang diri saya.

Satu
Saya betul-betul mahu masuk Jannah dan mohon supaya dijauhkan daripada azab kubur dan Jahannam. Kontradiknya, saya tidak juga bersungguh-sungguh berusaha menambahkan amalan dan kebajikan; dan tidak juga bersungguh-sungguh berikhtiar menjauhkan diri daripada perbuatan keji dan mungkar.

Dua
Saya percaya bahawa Al-Quran itu adalah wahyu Ilahi dan adalah sebaik-baik kitab dan petunjuk jalan, tetapi nak membacanya sikitlah punya liat. Sudahlah begitu, tak berapa berusaha pula nak memahami dan mengkaji dan mengambil iktibar dan menjadikannya manual kehidupan. (Hai... mentang-mentanglah mengaji Al-Quran tak termasuk dalam rukun Islam, jadi ambil mudah saja!)

Sedangkan buku-buku yang konon-kononnya dapat cop New York Times Bestsellerlah, yang dapat anugerah Pulitzer Prizelah, yang termasuk dalam senarai calon Booker Prizelah dan apa-apa yang lain lagilah; selalu saja mahu cepat-cepat dibaca dan dikhatamkan. Lepas itu bangga pula sebab sudah habis baca buku-buku yang dapat pengiktirafan manusia itu.

Tiga
Saya mengaku bahawa saya sangat-sangat-sangat sayang dan cintakan Rasulullah Salallahu Alaihi Wassalam. Anehnya, sunnah-sunnahnya saya tak berapa ikutlah pula. Sepatutnya kalau sayang sangat, mestilah taat dan sanggup lakukan apa sahaja kan? Ini... haraaam!

Empat
Saya tahu bahawa Islam bukan semata-mata agama, tetapi ia adalah ad-deen, yakni sebaik-baik cara hidup. Meskipun demikan, saya tidak pula betul-betul mengamalkan cara hidup Islam itu sepenuhnya. Masih juga hendak kutip sikit-sikit cara hidup orang barat yang konon-kononnya cool habislah tu.

Lima
Saya memang yakin bahawa malaikat Izrail yang mengintai-intai saya selama ini boleh saja tup-tup terpacul depan mata tanpa perlu buat temujanji atau beri notis dahulu lalu kemudian bawa saya pergi buat selama-lamanya. Begitupun, bila bab bertaubat saya tangguh-tangguh juga. Macam yo-yo-o saja saya tahu bila expiry date saya.

Enam
Alahai, perintah Allah Subhana Wa Taala pun ada kalanya saya tak berapa nak laksanakan; padahal saya sudah tahu dosa pahala yang bakal tercatat dalam buku amalan saya. Dengan mak yang saya tahu sangat-sangat bahawa "Syurga itu terletak di bawah kaki ibu" itu pun kadang-kadang saya bantah cakapnya, inikan pula rules tag ini yang suruh saya tag enam orang yang lain pula, yang sudah sah-sahlah tak berdosa kalau saya tinggalkan. Apalah sangatkan?

Konklusi: Saya memang aneh bukan?
sumber : tuan tanah
beliau sentiasa membenarkan tulisannya diambil (baca : dicuri) dgn syarat diletakkan namanya sbg sumber. terima kasih kerana menyedarkan saya (atau mungkin kami)

saya ulang lagi sekali, ini mungkin bukan idea saya seratus peratus (atau memang tiada langsung idea saya). tapi saya yakin, ia cukup menembak hati juga jantung kamu. mungkin sehebat shotgun malah AK-47 agaknya...

saya juga aneh....anda....?

"12 is enough"

0 comments
"12 is enough. for what taking more than 12 subjects? what for so many? we would prefer that they stick to the basic subject"
Education director-general, Dato' Dr. Ahamad Sipon, Education Ministry.
sumber : new straits times

huh..
nah buat mereka! mereka yang sering melaung-laungkan (baca : memperjuangkan) agar kami warga spm yg mendatang mengambil sebegitu banyak subjek. gila!! kami hanya mampu belajar apa yang kami mampu. mana mungkin belajar lebih drpd org belajar. sedangkan subjek yang dua belas itu pun masih terumbang-ambing. mungkin ibarat busa-busa di dalam teh tarik sekolah buatan pelajar itu sendiri. sedangkan pemenang anugerah nobel pun tak punya banyak 'A' dlm spm mereka. nah sekali lagi buat kamu..!


"eh..kamu perasan tak? angka pelawat mencecah ribuan..!" kataku sambil berbunga-bunga hati..
terima kasih kerana menjadi pelawat..!!

tanpa tajuk

1 comments
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
venue : perkampungan budaya sarawak [kaki gunung santubung]
tarikh : chinese new year
model : en.LiVe~


modus operandi
menggunakan sebaiknya photoshop CS2..~ ia memerlukan sebanyaknya tahap kesabaran yg jitu. tak perlu menanggung keperitan setelah berakhirnya sebuah perjuangan dgn mendapat hasil yg 'puas'.


huh~
pertama kali meletakkan mukaku yg kacak lagi bergaya. bukan senang aku diperlihatkan sebegini rupa. ha ha ha ha...

esok..

0 comments
esok..
buat yg ambil kertas
bertulis keputusan peperiksaan
pada esok hari

tunggulah..
akan esok hari
supaya kau sedar
esok adalah esok..~


ha ha ha.
aku tengah lalok ni. konon puisi aa tu..~ ha ha ha

kisah ujian dan cuti

0 comments
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


kisah abeh ujian~
"eh dah ade.."
"ha..ade ape..?"
"ni..result bio"
"wah..power gile sume..."
"huhu..aku first time lulus.."
"rekod ooo...separuh je lulus"
"dan hasilnya itu" sambil tangan menunjuk ke arah homework bio~

kisah cuti~
"fuh..cuti seminggu"
"aku nak buat ape aa cuti seminggu??"
"aku sibuk"
"aku...dapat lesen"
"aku..ntah la.."

isilah cuti anda dengan cuti yang berisi..!!~

entri 'modal'

0 comments
ha ha ha ha (gelak dalam mood ceria~)
ape pon terjadi.. aku teramat obses dgn kamera atau sebetulnya, DSLR
"gila ape, belajar fizik pon ade cite pasal slr.. mana tak gila" komen seseorg
aku pon sama aa!!~


ini salah satu bukti keobsesan aku terhadap DSLR~

aku dah update pautan-pautan aku.. siap tambah all about camera lagik!!
sebarang permintaan manambah link diterima...

sila kemukakan alasan sebab~

0 comments
sila kemukakan alasan sebab kenapa kamu berada di rumah sewaktu skrg..!!~

KOMA

aku : (pegi klinik, jumpa doktor)
doktor : kenapa? sakit ape?
aku : ni sakit kaki ni..bwh buku lali ni..sakit-sakit.. tapi tak bengkak pun
doktor : ooo..jap doktor check.. (sambil pegang-pegang kaki aku.. weih, jgn pikir-pikir bukan-bukan!)
aku : ha..kat situ (sambil angguk-angguk)
doktor : kenapa boleh sakit? sukan ek??
aku : a'ah.. sakit lepas merentas desa..
doktor : patut laa.. kaki kamu tak bersedia utk berlari. pastu kamu lari dgn bersungguh-sungguh. kaki kamu terkejut laa..
aku : ooo (sambil angguk-angguk)
doktor : kamu punya muscle tak bersedia.. pastu tetiba muscle tu kena work hard.. mana boleh..
aku : ooo (angguk lagi)
doktor : tapi takpe..sikit je.. nanti baik laa
aku : hm.. (angguk jugak)
doktor : lain kali, streching dulu.. buat latihan sikit-sikit.. pastu lari laa kuat-kuat (sambil senyum menyindir)
aku : baiklah..!
doktor : saya bagi kamu ubat ni ye.. (sambil menulis) juga supplement calcium..

KOMA

eh.. hari ni kan 14 februari..
teringat satu kisah...
"kau tau tak.. kenapa jepun tawan tanah melayu 15 februari?"
"aah laa.. kenapa?"
"padahal jepun kuat woo.. buleh je tawan lagi awal"
"aah la.. kenapa?"
"pasal.. askar jepun nak gak sambut valentine day.. diorg sebok ngorat (baca : menggangu) gadis-gadis melayu.. sampai lupa tugas asal.."
"ha..?
kesimpulannya
ada apa dgn valentine? askar jepun pun lupa nak takluk tanah melayu sebab valentine!!~


huh~
ada org suh aku selalu update blog.. gile ah.. tak sangka ade gak org suka baca blog aku.. (tersenyum bangga)