cahaya

Tapi. Mataku. Tak mengantuk~

11.30 malam. Peratusnya adalah kegelapan. Jika adapun cahaya - titik merah pada tivi. Juga downlight sebelahnya. Yang kekal menyala.
[aku tak paham nape istilah downlight di guna pakai..mcm lebih kurang lampu biasa je..]

aku tarik nafas. menahan hingus berjejeran. "adus..lama dah selsema ni.." sudah berlarut-larut. hampir seminggu. tak juga mahu kebah.

sinki. mukus-mukus dihidung meronta-ronta. ingin segera dibebaskan. umpama banduan gamaknya. halaku ke arah sinki. berwarna peach cair. dari muka sinki, ku hembus sekuat hati. berdesih-desih bunyinya. "fuh lega..clear!"

kemudian. suis kugapai. hasrat hati mahu peratus kegelapan bekurang - mahukan cahaya. kononya. ku tekanlah ia.

tiba-tiba,
"woi..bukak balik lampu. ada org laa!"
eh, salah tekan. suis lampu bilik air yang jariku pilih. padam pula tu.

"ish..ish.."

Yang kekal menyala. Downlight sebelahnya. Juga titik merah pada tivi - jika adapun cahaya. Peratusnya adalah kegelapan. 11.30 malam.

Tak mengantuk. Mataku. Tapi.~


hampir 2minggu ku ketemu ramadhan..dosa aku bekurang ke tak?

"celakalah! celakalah! celakalah! org yg tinggalkan ramadhan tanpa diampunkan dosanya!"
-mafhum hadith-

0 comments :: cahaya