Ya, ya. maafkan saya. bukan sengaja saya biarkan dipenuhi dengan debu-debu dan habuk-habuk. hakikatnya, kepala saya masih lagi sarat dengan idea-idea yang menarik, bernas, dan *da bomb. tapi... entah lah.
*****
Karnival futsal i-Metro di Subang. kami berjaya ke second round. dan berhenti di situ sahaja, dek kalah dengan team Fajar Selatan (berasal dari selatan tanah air, Johor agaknya). kami agak terkilan. kerana kami kalah last minute walaupun di awalnya mendahului (1 berbalas 0 agaknya). dan. akhirnya tewas 1-2. hampa!!
ya, memang hampa. kami salah satu team yang dianggotai oleh kanak-kanak comel (er.. baca : budak remaja) dalam kategori open. juga kami bermain di peringkat liga dengan begitu bergaya
jadual perlawanan ialah:
*pagi, lebih kurang pukul 9.30 pagi, peringkat liga.
*malam, selepas maghrib, peringkat kalah mati.
ya. kami terkandas di situlah. selepas maghrib. bayangkan. selepas kalut-kalut dan gesa-gesa pergi ke subang. dan berebut untuk solat maghrib (surau Rio de Futsal sungguh...fuh..best..). kemudian... kalah.. hampa!! penat!! letih!! kecewa!!
walaupun sebenarnya saya hanya menyumbang dalam satu game sahaja!
*****
tidak lama kemudian,
"jom main futsal! kali ni baru boleh betul-betul penat... (senyum)"
oh ya..
siapa yang mahukan teamnya juara, ajaklah saya bermain futsal.
*wooish*
0 comments :: kenapa ya?
Post a Comment