kering dan kontang

"kita di mana?"
"kita di dalam gua.."
"...dalam bunkerlah"
"bukan kita dalam pementasan ke?

*********

"aku cemas. aku takut"
"tak perlu kau takut. kau berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku"
"tidak. aku tak tahu berlakon"
"tipu. kau pandai berlakon.
"sumpah aku tak tahu"
"tipu. tipu. kau pandai berlakon. malah kau handal berlakon. dan kau sekarang sedang berlakon"
"oh ya. kita kan sekarang berada di pementasan"


itulah sedutan novel drama, bila tuhan berbicara (usah hiraukan buku disebelahnya di dalam gambar itu). apa yang saya suka, berkenaan lawaknya yang spontan dan menyegarkan. lebih fresh. bukannya dibuat-buat dan meloyakan seperti ini, opsss. di sebalik lawak itu, tercatat fakta-fakta yang sungguh mengajaibkan, (mungkin sesetengahnya memerlukan kerahan otak untuk berfikir) terutamanya mengenai hal-ehwal gunung berapi (oleh seorang watak vulkanologis, Sahlan). mungkin memenatkan otak kita membaca. tapi kepenatan akan hilang sejurus sahaja bertemu kembali jenaka oleh 3 watak utama. Sahlan, Razlan dan Mazlan.

oh ya.. sebelum terlupa, untuk pengetahuan, saya menghabiskan bacaan Bila Tuhan Berbicara sewaktu peperiksaan pertengahan tahun, 2 minggu. saya baca ketika jeda antara minggu pertama dan kedua. ya, sewaktu cuti hari ahad! kononnya melepaskan tension akibat tidak bersedia untuk exam.

selepas ini, kamu baca. dan kamu tulis sinopsisnya. atau plot. atau mungkin keluarkan 3 rangkai peristiwa yang menarik. alaa.. seolah-olah kamu menjawab subjek Bahasa Melayu, bahagian KOMSAS. ia boleh dijadikan sebagai salah satu latihan. sesuai untuk orang-orang yang malas (baca : kurang rajin) belajar, seperti saya. agaknya.

******

erm.. saya sekarang lebih gemar mencatat entri dalam bentuk kata-kata. dan jika minat ini berterusan, blog saya ini, warna gelap yang menguasai, mungkin bosan untuk ditatap, dibaca, dan dikunyah. kelihatan agak malap, kering dan kontang. tunggulah, mungkin satu hari nanti saya berpindah. siapa tahu..

0 comments :: kering dan kontang