entri mengucapkan selamat (?)

0 comments
selamat bertukar buku amalan,
selamat hari merdeka ke-50,
selamat tinggal Rejab dan Sya'ban,
selamat datang ya Ramadhan,
selamat datang wahai peperiksaan...! haish...


Quote of the day
"insyaAllah, kamu semua lepas ni boleh kemas dewan TQ. kamu semua akan exam trial dekat sana..."
"aah kan.. baru sedar, kita dah dekat nak periksa laaa..."

*nota kaki : mudah-mudahan akan terus sedar.. :)

kiri itu left

0 comments
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

"tangan kananmu ada kemaafan,

tangan kirimu ada hukuman"



*mahu lihat filem pendek ini? boleh dapatkan daripada saya. tetapi yang cetak rompak! :)
oleh itu, jangan minta daripada saya.

left is kiri

1 comments
saya sampai ke sekolah lewat sehari, atau sehari setengah. tapi itu saya tak kisah. asalkan saya sampai juga dan bolehlah mengelak bila disergah, "kenapa tak pergi kelas tambahan? ada alasan?" tatkala saya tiba di sekolah, sunyi. seolah-olah kelas tambahan kali ni (baca : pertama kali) dibatalkan. ada gembira dihati saya.

hakikatnya, kelas english (tak silap saya) ketika itu belum tamat.
"patutlaa kosong..ingat dah nak balik dah," kata-kata yang mula-mula saya ungkapkan ketika mereka menderu keluar dari bilik P&P.

"eh. baru sampai, ingat tanak datang dah. pandai bleh aa...(sebut dengan cara mulut muncung ke hadapan)," kata salah seorang daripada mereka sejurus selepas bersalaman, bertanya khabar, bertepuk-tampar peluk cium dan entah apa lagi.

"bajet aa..."

kami segera menuju dewan makan, dan terus menerpa makanan. kebetulan saya tiba ke sekolah sewaktu rehat (merujuk kepada pelajar maahad, hanya diorg yang bersekolah secara formal! anggapkan saya dan kami semua tidak bersekolah secara formal).

kami ralit makan. ditambah dengan keropok lekor walaupun jauh panggang daripada api jika hendak disamakan dengan keropok lekor losong. kami terus ralit. hujan mula renyai-renyai.

"adus...ni yang malas nak pegi kelas nih..hujan aa...kang basah!"

dan... ya! saya akui. saya datang pada hari itu. tetapi saya tidak hadirkan diri ke kelas tambahan, pada ketika itu sahaja. maafkan saya. sekurang-kurangnya saya hadir. rekod kehadiran mungkin sedikit berkurang. dan pastinya saya masuk ke kelas selepas itu, selepas zohor. maafkan saya sekali lagi!


"jepah. kau pergikan kelas tadi? malam ni kau ajar aku dan diorg ni.. tolong.. please.."

hari itu..

0 comments
I
Lykkah kta dgelar org yg b'sama mprthnkn alAqsa sdgkn p'ngrbann kta x sebsr umt Palestin?
Allahumma harrir qudsana wajaalna min junudit tahrir!Slmt Hr Alquds 07


11:40 21/8/07

teks pesanan ringkas yang pertama sekali masuk ke dalam kotak masuk ketika membuka telefon bimbit saya. sebelum itu,telefon bimbit saya ada sedikit masalah. cukuplah saya katakan ada masalah, tak perlu tahu kenapa.
terdapat 2 pengajaran yang berguna buat saya. (orang lain mungkin banyak lagi, mungkin. sila tambah sendiri. okey?) pengajarannya :
  • dengan adanya teknologi-teknologi yang canggih dan moden, penyebaran maklumat sungguh pantas dan tangkas.
  • dengan adanya teknologi yang cool dan power, secara automatik akan mengacau-bilaukan ejaan dan tatabahasa; subjek dan predikatnya untuk bahasa melayu hasil daripada penyebaran teks pesanan ringkas sebegitu. "waa..aku nak spm daa..jangan laa tulisan huru-hara. kang terbiasa..."


II
Oit,ko kt mne? kt skola ke kt umh?
23:19 21/8/07
ini pula? haha... saya terkantoi tidak pergi ke sekolah lagi. minta maaf. saya sedikit malas dan ya...malas! tiada alasan lain. walaupun saya tahu, trial spm tinggal 2 minggu sahaja lagi. wtf??


oh ya..~ selamat hari memperingati al-Quds!

kontang

0 comments
. . .


*hanya ada tiga titik
0 comments
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

gunung angsi
kami datang. kami lihat. kami tawan.

satu hari

0 comments
hari itu, ramai orang anggap tarikh yang keramat, hari yang bestlaa katakan. tidak. bukan ada makan-makan free atau ada apa-apa funfair free di sekolah, bukan. ada juga yang cuak-cuak. tidak kurang terlompat-lompat menunggu.

hari itu, cuaca baik. kadang-kadang angin sejuk lalu-lalang.

"ana rasakan, dia tulah jadi tu..jadi ni.."
"yela.. agaknya laa kan"

"aku tak sabar ni.. lepas ni boleh belajar elok-elok"
"aah. dah tak bizi dah"

saya diam. saya menelan segala kata-kata mereka. ya! saya juga macam mereka. macam manusia biasa. tak sabar nak tengok kepimpinan baru. macam tengok kerajaan baru juga!
yang kecil-kecil tak sabar-sabar nak pegang jawatan. yang besar-besar, (terutama yang nak berexam) tak sabar-sabar nak lepas jawatan. sampai berpeluh-peluh. tak padan dengan cuaca sejuk.

ketua umum, ketua syabab, badar, biro kuliah hatta setiausaha kelab teater sekalipun (kalaulah ada). semua tertanya-tanya, "sape dapat? sape pegang?"
mantan-mantannya pula, "fuh lega.. tenang.."

tapi,
“ Nahnu Du’ah Qabla Kulli Syai’ ”
~kita adalah dai' sebelum segala sesuatu~
**sila lawati. terima kasih


ada juga yang cuak-cuak. tidak kurang terlompat-lompat menunggu. tidak. bukan ada makan-makan free atau ada apa-apa funfair free di sekolah, bukan. hari itu, ramai orang anggap tarikh yang keramat, hari yang bestlaa katakan.


....

**semoga cerita rekaan hampir benar menjadi pengajaran buat kita.

17.08.2007

0 comments
... kalaulah hidayah itu boleh diGoogle dan dimuat turun, kan bagus?



"Wahai jiwa, jangan kau berputus asa. Jangan."


**kenapa ya? saya jarang menambah post. kenapa ya?