secara kronologinya,
hari pertama saya bergegas menuju ke UniKL. kononnya saya diperlukan disana untuk menentukan masa depan saya (konon-kononnya). keesokkannya, pagi-pagi lagi saya sudah bergegas ke PWTC untuk memasuki dunia buku. sejurus sebelum solat jumaat, bergegas menuju ke Gombak (jangan tanya saya kenapa). kemudian ada rakan saya yang kreatif menyebabkan saya kembali ke PWTC. oh bukan untuk masuk kembali ke dunia buku. bukan! tapi dek kerana rakan saya yang kreatif (juga, jangan tanya siapa).
hari yang sama, dengan kelajuan 160km/j (sedaya mungkin) menuju ke Jeram. ada bachelor party di situ. oh bukan. tapi ala-ala parti jugalah. esok pula tidaklah memenatkan sangat. cuma ke Shah Alam sambil diisi sedikit dengan aktiviti-aktiviti faedah (mudah-mudahan).
hari terakhir, saya kembali ke Jeram
oh baru saya perasan. daripada banyak-banyak perbuatan saya, secebis sahaja yang mengingatkan saya ke dunia yang sana. oh tuhan, berilah saya taufik dan hidayah, mudah-mudahan.
nota kaki - portfolio saya akan siap tak lama lagi. saya kan baru lepas habis sibuk. sabarlah sedikit lagi.
ke dunia IT? apakah yang baru?
thaaqhib
4/20/2008 2:25 PM"dunia yang ada..jarang di syukuri,
apa yang tiada.. sering dirisaukan"
seperti biasa, semuanya berlumba mencanggihkan segala teknologi. sampai tak terkejar rasanya.
cuma, adalah MacBook Air, keluaran Apple. sangat, sangat, sangat mencabar keimanan. aduhai sungguh cantik rupamu. amat gagah lagakmu dengan skrin selebar 17". amat nipisnya dikau setebal buku latihan 70 muka surat. kau seberat apa ya..?
oh... tiba-tiba emosional. maaf
en.mubasyir
4/23/2008 11:20 AM