Goal Setting (?)

2 comments
Saya dihidangkan dengan perkara-perkara yang berkait-rapat dengan motivasi, pada Ahad yang lepas. Salah satu isi yang cuba disuapkan kepada saya, dan orang-orang di sekitar saya; goal setting atau saya 'alih bahasa'kan sebagai matlamat (bukan gol bola sepak, diulangi bukan gol yang di tengah-tengah padang bola sepak!).

Ini adalah contoh yang beliau berikan.

Long Term
- to be an actuarist.
- open a new firm.

10 or 20 Years After
- hold a bachelor degree in actuary.
- continue master degree.

Short Term
- score in every test, exam, quiz.
- entering into a top university in the world.

Huh.
Kalaulah ceramah ini berlaku di daerah saya yang sebelum-sebelum ini. Ha ha ha. Saya percaya, mesti ada suara sumbang di belakang sana. Takpun secara tiba-tiba akan ada telur mentah dan tomato yang beterbangan entah dari mana datangnya (alaa bayangkan penyanyi suara sumbang menyanyi di khalayak). Ini perlambangan yang sangat hiperbola. Bahasa yang lebih mudah; tak puas hati.

Kenapa?
Serasa saya, saya bukan hidup sekadar belajar pandai-pandai. Dapat masuk universiti. Dapat kerja canggih. Gaji banyak. Bukan! Hidup saya bukan klise 'orang tua yang susah menyuruh anaknya teruskan persekolahan'.

Macam mana 'kehidupan' selepas kehidupan di sini? Atau bahasa mudah; macam mana kalian nak hidup lepas kalian mati? Atau bahasa yang paling leweh; akhirat kau macam mana?

'Belajar pandai-pandai, masuk universiti, kerja power-power, pastu gaji tinggi' bukan goal saya. Itu yang pasti. Goal selepas mati itu lebih penting.

*edited
Alamak! Takutnya kalau yang menyuap tu, baca entri saya ni. Habis saya.. ha ha ha

Cerkot*

0 comments
*cerkot adalah akronim kepada cerpen (cerita pendek) yang kontot.

Cerkot I
Saya acapkali disuruh untuk memberikan sedikit suara (baca : pendapat) mengenai sesuatu pun. Misalnya; maksud sekian-sekian perkataan. Dan, acapkali itulah saya hanya merenung, menggumpal nafas dalam, kadang-kala memandang dengan rasa tak bersalah. Kalau bernasib baik, insyaAllah suara saya akan kedengaran. Atau, yang sebaliknya.

Cerkot II
"kau tau.. dulu aku camni-camni.."
"aku pulak camni-camni.."
"kau belum tau semua pasal aku.."

Dan, saya hanya terkedu. Atau... resah mungkin.

Cerkot III
"Can you please describe your self. At the front."
"I... er... My name is... er... I... er... like... er.. like playing.. er..."


*kesimpulan*
Nampaknya, saya seorang yang sangat hampeh. Dengan ilmu secetek sungai paras buku lali, dengan iman senipis helaian kertas. Memang benar saya seorang yang sangat hampeh. 7 tahun memang langsung tak cukup. (Tak termasuk Cerkot III; english saya pun hampeh jua!)

Zaman dah berubah, dunia makin maju...

1 comments
Saya tak mahu meracau-racau tak tentu hala. Ya saya tahu! Ini adalah perbuatan separa gila yang pernah saya buat seumur hidup saya. Malahan sejarah keluarga saya tak pernah ada yang mengambil keputusan yang sungguh gerila sebegini. Apatah lagi, untuk saya berharap untuk sengaja berbuat begini sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Gila! Jauh panggang daripada api.

Dengan berbekal sebuah beg pakaian saiz sedang-sedang berisi pakaian-pakaian ala-ala lelaki korporat, sebuah beg sandang berisi sedikit khazanah berharga dari sebuah 'gua', dan di susuli dengan hati yang berbelah bagi yang berbekalkan iman senipis kulit bawang. Fuuh..! Ini keputusan drastik tanpa batasan.

Dikelilingi orang yang bijak dan geliga, satu perkara luar biasa yang saya terpaksa hadapi. Segala-galanya membuatkan saya terpaksa menukar perwatakan sedikit, sesuai dengan keadaan sekeliling. Bukannya apa. Saya `kan biasa dengan orang berjiwa luar biasa; berbanding di sini yang hanya.... (terpaksa di delete atas menjaga sensitiviti). Tapi tak apalah, boleh saya menambah pengalaman. Pokoknya, saya di sini bukan saja kekok dan cuak, juga berasa asing dan terasing.
Bukan sekadar melihat mini skirt di mana-mana saja, atau pasangan-pasangan kekasih bermaharajalela sahaja ya!

Ya! Saya sudah pergi ke daerah yang lain. Yang jauh bezanya dari daerah-daerah saya yang lama!
Zaman dah berubah, dunia makin maju...

Saya tak mahu membuat entri berbentuk klise; lagak seorang remaja berketerampilan hip dan stylo, menulis di blog sambil menyatakan; "yo..ak da msuk kolej beb! jom jmpe ak kte bley deting nnti." Maaf. Saya bukan blogger yang berketerampilan hip dan stylo, menulis yang bukan-bukan.

awas!

1 comments
achtung..!!
entri ini mengandungi unsur-unsur emosional.

"jangan ucapkan selamat tinggal, tetapi ucaplah selamat berjumpa lagi,
jika tidak di dunia, insyaAllah di syurga kelak!"