Okey. Pertama-tamanya; ini adalah berkenaan alasan kenapa saya tak menambah entri.
Alasan Pertama
Dengan nama Allah, inilah kali pertama saya cuba untuk menjadi pelajar harapan bangsa (baca : menjadi rajin dengan belajar tiap-tiap malam). Dan sering kali saya mencuba, acapkali itulah saya menemui kegagalan. Tambah-tambah bila rumah saya memasang talian jalur lebar (ini biar saya masukkan alasan seterusnya).
Alasan Kedua
Saya dengan cowardnya, sedang melarikan diri dari masalah (kepada yang berkenaan sila gelak dahulu, kemudian sila hubungi saya secepat mungkin untuk marah/maki/caci kepada saya, terpaksa refund agaknya). Cukuplah saya menanggung. First time buat kerja
Alasan Ketiga
Seperti yang saya katakan tadi, talian jalur lebar yang telah mula dipasang sangat-sangatlah melalaikan saya. Serius. Biarpun saya boleh berada di atas talian untuk tempoh yang panjang, tapi sebab masalah di atas (merujuk kepada alasan kedua), saya mengundurkan diri. Apatah lagi talian jalur lebar ini membuatkan saya menjadi dotard, setelah meracuni rakan-rakan serumah (ha ha ha.. ini boleh gelak kejam). Tapi ada baiknya juga, saya boleh juga belajar walaupun..(sila baca alasan pertama!)
Alasan Keempat
Kala inikan, kita sedang diberikan peluang berjumpa dengan bulan yang mulia lagi barakah. Jadi saya membuat keputusan drastik untuk tinggalkan sebentar dunia maya ini. Tapi...
Entri seterusnya, mungkin.
Apakah munasabah alasan yang saya berikan? Serius ini alasan sebenar. Saya tak mahu jadi orang yang diungkapkan dalam pepatah-pepatah motivasi, motivasi berlian misalnya;
"orang rajin mencari jalan, orang malas mencari alasan."Mudah-mudahan..
**edited kali kedua.
hehehe..btol2 walaupun ianya kate2 berlian..tp btol gak yerk..hehehe..
Ben Ramli
9/19/2008 3:34 PMsyek ]=
cmner nk daftar jadi fan club kamu(?)
nape saya baru tahu kamu ader fanclub
]= kamu jahat! tidak beritahu saya.
Meor M. Syafiq
9/19/2008 10:01 PMok2 sume.
sape nk daftar bg name kat aku. aku presiden skang ni. kite akan adekan agm petame talame lg.
Anonymous
9/21/2008 9:25 AMwow
[ AlexumaR ]
9/23/2008 9:53 PMceh..
terpaksa edit atas sebab misunderstood (dan org perasan)
en.mubasyir
9/29/2008 10:36 AM