Ada apa dengan Hari Isnin yang Cuti ini?

Kelas saya pada penggal kali ini sedikit pelik. Boleh jadi unik, boleh jadi perit. Ikut persepsi masing-masing. Saya mula dengan kelas pada pukul 8 pagi, selama sejam. Kemudian disela dengan waktu senggang sampailah pukul 12. Juga sejam. Dan 'kadang-kadang' saya pergi juga kelas pada petangnya (kadang-kadang di sini jangan dipandang serius, ha ha ha). Kes seperti ini bukan setiap hari ya! Jangan ingat saya tak hargai duit rakyat pula.

Kebiasaan. Khutbah Jumaat adalah waktu yang paling enak untuk tidur. Jangan salah sangka. Kadang sampai termimpi-mimpi dibuatnya. Tapi beza kepada saya penggal ini. Waktu senggang saya hari Jumaat, biasa saya penuhi dengan tidur. Jadi aktiviti tidur ketika khutbah sudah saya buang jauh-jauh. Mudah-mudahan insyaAllah. Kalaupun hanya untuk penggal kali ini saja.

Khutbah Jumaat yang baru-baru ini, sangatlah mencuit hati saya. Pandai pula menyusun teks, gubah ayat cantik-cantik. Molek-molek.
"Jangan jadi macam Abu Lahab, sambut kelahiran Rasulullah suka, dakwah nabi nak lawan*."

Kreatif. Itu perkataan pertama yang terlintas di benak saya. Sempena dengan Maulud Nabi**, jangan tahu sambut cuti umum saja (setiap tahun kalendar Malaysia diletakkan cuti umum), kenalah juga sambut kerja Nabi. Kan?

*Struktur ayat saya ubah. Macam rumusan. Isi sama, struktur ayat berbeza.
**Oh bila saya cerita pasal Maulud Nabi, mungkin ada yang offended. Iyalah, ini kan perkara yang Rasulullah tak pernah buat. Bid'ah namanya. Tapi dengan panduan Ulama' Hadith, kullu bid'ah ada 2 kefahaman, lughah dan mantiq. Ah.. saya dipenuhi dengan pembelajaran sekular. Sampai sekarang pun masih sekular. Walaupun memanda menteri pernah mencari ilmuwan-ilmuwan seperti dahulu kala, hanya melalui pendeklamasian sajak. Jadi saya tak boleh komen banyak-banyak.

0 comments :: Ada apa dengan Hari Isnin yang Cuti ini?