Anda berkawan siber?

Saya pernah ditanya;
"Ada facebook?"
"Bakal ada," saya jawab.
Kesudahannya. Orang yang bertanya tu gelak. Ha ha ha.

Saya pun terasa lucu juga dengan jawapan saya. Apa taknya. Saya mengaku. Saya pernah bergiat aktif dalam rangkaian 'kawan-kawan siber' suatu ketika dulu. Pantang ada masa, saya curi-curi masa hadap komputer, periksa status rangkaian saya, ketika tu saya gunakan Friendster. Ya, saya mengaku. Akaun Friendster saya masih wujud sampai sekarang. Tapi itulah. Wujud pun macam tak wujud. Orang kata hidup segan mati tak mahu.

Kenapa saya ikut aktif? Boleh terjebak masa-masa dulu?

Tahu kewujudan miRC? Pernah sempat bersama zaman kegemilangan chatroom-chatroom dalam miRC? Situasi miRC sama juga macam Friendster, kalau pun berbeza, saya tetap yakin tetap ada persamaan. Saya ikut semua tu sebab trend. Kalau hari tu cuti awal bulan. Malam tu kalau saya login ke dalam miRC, masuk channel tertentu, confirm, penuh dengan nickname-nickname yang saya kenal-kenal belaka. Baik rakan-rakan sekelas, takpun yang besar-besar. Walhal baru berjumpa, borak-borak di sekolah. Itu namanya trend.

Kemudian trend ini berevolusi kepada Friendster. Saya ikut terjebak sama. Bukan ada kepentingan pun. Saja suka-suka. Sama juga, senarai rakan-rakan siber juga tergolong dalam golongan rakan-rakan realiti, boleh jumpa hari-hari. Itulah, nama pun trend.

Terus terang saya katakan. Zaman kejatuhan pula, langsung saya tak sedar. Tahu-tahu populariti merosot. Kalau Friendster, saya lebih dahulu mengundur diri. Jarang-jarang daftar masuk. Tiba-tiba rasa macam tak berpenghuni. Tak macam miRC, saya sempat merasa zaman kejatuhan.

Inikan pula Facebook. Jangan harap. Minat untuk berkawan siber semakin lama semakin pudar. Maaf.

*Eh saya mahu cerita macam mana saya mengundurkan diri dari berFriendster. Tak tersampai pula. Entri seterusnya `lah.

7 comments :: Anda berkawan siber?

  1. miRC masih diguna pakai; sebagai proses mendownload :|

  2. hehe..btol,btol,btol...

    lama menjadi busan dgn itu bukan..hee.. bes la entri ini..GANBATTE NE!!

  3. syek makin menulis.









    ayat salah betul

  4. saya sebenarnya suka menulis


    *jawapan palsu semata-mata* -_-

  5. saya perbetolkan ayat itu.


    syek terpakse menulis atas desakan kawan2. hoho.

  6. eh ada wan,

    perasan dialog paling atas?
    patutnya tambah jawapan penanya;
    "badaaiiiii!"


    ha ha ha

  7. budaya.zaman irc, friendster

    "weh, aku nak jadi tokey sini!"
    "eh..nanti hntr komen kat aku ye"

    dapat komen dari kawan. hidung membesar. rasa cam..wah~~~~!!hebatnye aku.

    KRU penah kate~ uh.. die kate, aku benci chat irc, semua tipu identiti seksualiti. rujuk judul aku benci

    jgn jadikan blog kita begitu!

    ape ngarut!