Saya tak tahu apa istilah tepat untuk apa yang terjadi pada saya semalam. Entah macam mana istilah
karma bermain-main di medan fikiran saya. Tapi apa yang faham, masa belajar sejarah silibus tingkatan 4, karma itu istilah 'mati hidup semula'. Khusus untuk buddhism tak silap saya, sampai mencapai tahap yang paling agung;
moksha. Istilah apa lagi entah, saya pun dah lupa. Juga malas nak ingat pun.
Semalam secara ringkas, saya terkena balasan baik, dibalas buruk. Mudahnya, saya terima nasib yang baik, kemudian ditimpa kesusahan. Lebih kurang `lah.
Selalunya, bila pulang ke rumah tempat menginap saya buat masa sekarang, saya selalu jenguk-jenguk peti surat. Mana tahu ada isi-isi yang penting. Semalam, macam biasa, saya jenguk, bil elektrik sampai. Saya lega, sebab entah apa masalah berkait dengan elektrik. Meter rosaklah, bacaan meter terlebihlah. Entahlah. Syukur sangat-sangat meter elektrik dapat berfungsi dengan sempurna.
Tapi, yang buat lebih-lebih terkejut. Bil yang perlu dibayar. Negatif. Ha ha ha. Rezeki jumaat apa entah, tiba-tiba bil elektrik datang dengan perkiraan negatif. Saya kira-kira boleh kata setahun elektrik percuma. Agaknya kecelaruan sebelum-sebelum selesai gamaknya.
Hukum alam agaknya, gembira saya bertukar tragedi. Petangnya, saya bersegera. Ada ujian lagi. Saya berkira-kira, macam biasa, persediaan yang minima. Cukup-cukup makan. Yang penting tawakal itu ada.
Saya masuk kelas, saya tengok soalan. Nampak mudah. Saya jawab yakin.
Tamat masa menjawab. Di luar kelas, macam biasa, kecoh-kecoh. Sudah pasti kaitnya ujian tadi. Tapi, luluh jantung, bila saya tahu, saya jawab tak menepati kehendak soalan. Hilang markah yang banyak sekelip mata. Ya Allah... Terdiam saya.
Kalau mengikut akal manusia yang cetek ini semata-mata. Ya, macam saya sebut. Mungkin macam hukum karma. Atau apa-apa saja yang terjadi mengikut hukum-hukum mitos atau logik akal semata. Tanpa ada sebarang
guideline. Saya tenangkan hati. Kehendak Maha Kuasa. Ada sebab kenapa saya dihijabkan dengan membaca soalan betul-betul.
"Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu walau kamu tidak suka"