Kata hati

0 comments
Ikut nafsu, kelak binasa!

Ahli Keluarga yang Baru !

0 comments
izz an-nisa

Izz An-Nisa'
Officially landed at Klang (rumah tokwan), 01:00am 17 January 2010.

Regards, Pak Njang :D

0%

0 comments
Sebelum menuju ke masjid untuk Solat Jumaat, saya beranggapan khutbah pada kali ini pasti akan menyentuh isu kalimah Allah yang tengah panas dikatakan orang. Ternyata jangkaan saya meleset. Tiba-tiba saja tajuk arak menjadi pilihan. Saya ingat bila berada dalam negeri dibawah kerajaan yang berkebajikan, isu sebegini mesti diberi perhatian serius. Tapi tak mengapalah. Mendengar khutbah itu kan satu rukun.

Mula saja khutbah, secara automatik, mata mula berkhayal-khayal. Saya lihat sekeliling, orang berdekatan dengan saya pun sama. Tak tahu kenapa. Kadang-kadang terbit rasa bersalah, nak buang perangai ni jauh-jauh. Tapi entah macam mana mahu membendung. Mulut saja berapi, buatnya tidak pun.

Tapi kali ini, hormat saya pada jawatankuasa masjid naik satu tahap. Pak khatib lagaknya seperti orang muda (mungkin 30-40an) dengan suara yang tegas tidak mendayu. Lengkap berkot dan tali leher. Juga, isi khutbah penuh dengan statistik-statistik, sampai saya pun pening bila akronim dijawikan. Harapnya, tidak ada lagi stereotaip masyarakat, pak imam mestilah berjanggut putih & rambut penuh beruban. Harap-harapnya.

*Ketika pulang dari masjid, Radio24 melaporkan, pagi tadi saja, 2 buah gereja dibakar.

***

Oh. Sebenarnya, saya mahu khabarkan. Cuti musim sejuk saya hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Sebelum cuti bermula, saya kononnya mahu siapkan apa-apa yang patut untuk university application kelak. Tapi apa yang dapat saya simpulkan;
Uni. application - 0%
Enjoying holiday - 100%
Current mood - Kelam-kabut, berpeluh-peluh, tak senang duduk!

Nota tambahan: Dengan keputusan TOEFL yang ntahpapentah, dan dengan kurang 10 hari lagi tarikh yang disarankan oleh Purdue University kepada international student untuk apply akan tutup (bukan tutuplah, cuma lebih bagus sebelum tarikh tu). Aduhh....~

Hai 2010 !

0 comments
Mulanya saya tidak mahu ketinggalan menambah entri tepat pada 1 Januari 2010. Yalah, orang kata 2010 adalah permulaan dekad yang baru (Oh, mungkin sebab ini jugalah konsert-konsert, percikan bunga api, dan countdown adalah perkara yang sangat perlu dalam sambutan tahun baru). Tapi, kalau dirujuk pada entri jurnal dalam bidang perakaunan. Permulaan akaun kira-kira yang baru (jika digunakan 'tahun berakhir Disember 20XX'), maka entri pembukaan adalah 2 Januari. Jadi saya aplikasikannya juga disini bersempena 1 Januari setiap tahun adalah cuti umum.

Dan, blog saya bermuka baru. Sempena tahun baru. Dekad yang baru. Kembali kepada warna yang kusam dan kelam. Hitam. Putih. Dan sedikit kelabu-kelabu. Tapi saya lebih senang begini. Berbanding rupa sebelum ni, yang diclaim ala-ala twitter.

Selamat tahun baru. Mulakan dekad yang baru dengan diri yang baru.

*Tambahan: Mana lagi best dari sudut pronouncenya; 'dua ribu sepuluh' atau 'dua puluh sepuluh'?

**Dear Meor Mohd Syafiq, kenapa blog kau tak dapat didetect feed dan sebagai? Takkan terupdate lah dengan entri-entri terbaru kau!