Mula saja khutbah, secara automatik, mata mula berkhayal-khayal. Saya lihat sekeliling, orang berdekatan dengan saya pun sama. Tak tahu kenapa. Kadang-kadang terbit rasa bersalah, nak buang perangai ni jauh-jauh. Tapi entah macam mana mahu membendung. Mulut saja berapi, buatnya tidak pun.
Tapi kali ini, hormat saya pada jawatankuasa masjid naik satu tahap. Pak khatib lagaknya seperti orang muda (mungkin 30-40an) dengan suara yang tegas tidak mendayu. Lengkap berkot dan tali leher. Juga, isi khutbah penuh dengan statistik-statistik, sampai saya pun pening bila akronim dijawikan. Harapnya, tidak ada lagi stereotaip masyarakat, pak imam mestilah berjanggut putih & rambut penuh beruban. Harap-harapnya.
*Ketika pulang dari masjid, Radio24 melaporkan, pagi tadi saja, 2 buah gereja dibakar.
***
Oh. Sebenarnya, saya mahu khabarkan. Cuti musim sejuk saya hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Sebelum cuti bermula, saya kononnya mahu siapkan apa-apa yang patut untuk university application kelak. Tapi apa yang dapat saya simpulkan;
Uni. application - 0%
Enjoying holiday - 100%
Current mood - Kelam-kabut, berpeluh-peluh, tak senang duduk!
Nota tambahan: Dengan keputusan TOEFL yang ntahpapentah, dan dengan kurang 10 hari lagi tarikh yang disarankan oleh Purdue University kepada international student untuk apply akan tutup (bukan tutuplah, cuma lebih bagus sebelum tarikh tu). Aduhh....~
0 comments :: 0%
Post a Comment