Mulanya saya tidak mahu ketinggalan menambah entri tepat pada 1 Januari 2010. Yalah, orang kata 2010 adalah permulaan dekad yang baru (Oh, mungkin sebab ini jugalah konsert-konsert, percikan bunga api, dan countdown adalah perkara yang sangat perlu dalam sambutan tahun baru). Tapi, kalau dirujuk pada entri jurnal dalam bidang perakaunan. Permulaan akaun kira-kira yang baru (jika digunakan 'tahun berakhir Disember 20XX'), maka entri pembukaan adalah 2 Januari. Jadi saya aplikasikannya juga disini bersempena 1 Januari setiap tahun adalah cuti umum.
Dan, blog saya bermuka baru. Sempena tahun baru. Dekad yang baru. Kembali kepada warna yang kusam dan kelam. Hitam. Putih. Dan sedikit kelabu-kelabu. Tapi saya lebih senang begini. Berbanding rupa sebelum ni, yang diclaim ala-ala twitter.
Selamat tahun baru. Mulakan dekad yang baru dengan diri yang baru.
*Tambahan: Mana lagi best dari sudut pronouncenya; 'dua ribu sepuluh' atau 'dua puluh sepuluh'?
**Dear Meor Mohd Syafiq, kenapa blog kau tak dapat didetect feed dan sebagai? Takkan terupdate lah dengan entri-entri terbaru kau!
Carl Jung “we cannot invent our own values…”
5 years ago
0 comments :: Hai 2010 !
Post a Comment