Siri Bercakap Dengan Diri Sendiri

2 comments
"Kau rasa, ada orang nak baca blog kau lagi?"

"Kau rasa?"


....................


Pra-tonton: Madeo

0 comments


Kawan saya cakap; saya ni suka tengok cerita misteri, psikologi, dan berunsur kejutan. Tapi bukan yang hantu-hantu.

Lebih tepat, filem yang saya suka, lebih kepada saspens, psikologi dan visualnya membawa cerita, ya, filem yang kurang dialog orang kata. Lebih-lebih lagi bila ada rebiu bersifat urban dan filem itu ditayangkan di festival-festival berprestij. Saya makin teruja.


Sementara menunggu lunch siap tadi, saya isi dengan filem ini.
Ok lah; saya bagi 4.75 bintang. Daripada 5.

POWER!

1 comments
“Nothing makes a person more productive than the last minute.” (Meor Mohd Syafiq, 200X)

Ungkapan di atas adalah sebenar-benar ungkapan. Tiada yang benar, melainkan benar-benar belaka.

Tak percaya? Sekarang, saya masih belum siapkan esei yang sepatutnya di hantar esok. Powerkan? Boleh pula, mahu tambah entri. Powerkan?

Ringkasan

0 comments
Apa ye summary dalam Bahasa? Kinda blur today.

1.
Tiba-tiba saya mahu kongsikan sepanjang cuti saya yang seminggu ini. Lebih kurang 9 hari total. Dan secara rasminya, ia berakhir malam ni. Ada baik saya kongsi di sini.

2.
Mula saja cuti, saya dan kawan-kawan bergegas ke Madison, WI. Ada ini; WisconsinIslamic Spring Retreat. Betul, untuk program macam ni, 3 jam perjalanan. Saya raikan. Dan terima kasih kepada penganjur. Sekurang-kurangnya terisi lah cuti saya.

3.
Di Madison, ada beberapa benda yang boleh saya highlightkan. Satu, parking. Apa masalah parking kat sana? Kalau mesra alam pun, menganjur kan student-student jalan kaki; kalau tetamu datang macam mana? Hilang mood bila fikir hal parking. Dua, saya dapat jejak tasik beku. Cantik. Tiga, ketika di sana, ada demonstarasi di depan Capitol Hall (semacam pejabat daerah atau perbandaran). Berkenaan hal apa tak pula saya tahu (dan malas nak tahu). Dalam benak hati, saya nak cuba shoot gambar orang berdemo. Mahu belajar photojournalism lah kononnya. Tapi alasan yang menghalang; sejuk. Ha ha ha.

4.
Oh, saya baru sebut berkenaan sejuk. Walaupun cuti ni namanya spring break; di sana masih ada baki-baki salji di kaki-kaki lima. Dan sangat sejuk. Secara jujurnya tak lah sejuk mencucuk, cuma saya tak bersedia menghadapi sejuk sebegitu.

5.
Program berakhir pada hari Ahad. Kami bergegas pulang ke Iowa City. Sejurus sampai, nak bertolak ke Ames pula. Temasha Jaguh Malaya.

6.
Temasha berlangsung dengan jayanya -untuk tahap anjuran mahasiswa. Hanya 3 acara yang berjaya dijalankan. Indoor soccer untuk lelaki dan perempuan, juga volleyball.

7.
Uni of Iowa berjaya menggondol emas indoor soccer untuk perempuan dan tempat kedua volleyball. Indoor soccer lelaki gagal. Saya sebagai salah orang pemain memberi alasan penat travel antara punca kekalahan. Serius.

8.
Di twitter saya ada keluarkan statement perihal balas dendam etc. Abaikan. Anggap statement dikeluarkan ketika saya di luar keadaan normal.

9.
Di Ames, saya secara analitikal membuat kesimpulan, mempunya alat kamera yang mahal tidak menjamin hasil gambar yang cantik-cantik belaka. Canon 5D mark II dan EF 70-200mm f2.8L IS misalnya. Skil dan minat tu yang penting.

10.
Sejurus selesai, terus pulang semula ke Iowa City. Dan, seminggu tu saya pulihkan kembali sengal-sengal, sakit-sakit badan. Nampaknya saya kena cuba amalkan hidup sihat. Kalau tak lah sampai seminggu tempoh recovery.

11.
Total perjalanan; Iowa City, IA - Madison, WI - Iowa City, IA - Ames, IA - Iowa City, IA. Lebih kurang 630 miles. Alhamdulillah. Tuhan suruh kita berjalan di muka bumi. Untuk di ambil pengajaran dan pedoman.


Summary saya dah jumpa melayunya; ringkasan. Hanya parking masih tiada idea. Parkir? Sounds lame.

Apa yang dibuat cuti-cuti begini?

2 comments
Entri kali ni, lebih bersifat separa bongkak. Oh, atau lebih spesifik, konon-konon kelainan saya cuba letak benda yang bukan-bukan di sini. Sekadar penghilang 'wall of text'.




What's in picture?
Sansa Fuze, GoVibe Martini, Audio Technica ONTO.

Spring break

1 comments
Tak pasal-pasal, hari ni dah hari Rabu. Rasa macam baru semalam cuti mula. Kejap sangat. Orang kata, itu tanda kiamat. Masa makin pendek. Tengok-tengok dah sejam. Sedar-sedar dah malam.

Jadi, bila masa semacam pendek, rasa singkat; benda yang konon-konon dalam to-do list, haram satu pun tak berjalan. Itu normal. Pun normal, bila mula kita salahkan masa kejap sangat. Masa tak cukup. Benda biasa yang kita buat, kita mula email cikgu-cikgu minta tangguh homework due sambil terselit-selit alasan yang tak masuk akal. Yang tak normal dan ajaib, kita salahkan diri sendiri. Dan mula buat apa yang brother-brother motivasi selalu suruh buat, terutama student buat; time management. Dan, perenggan ini, saya tujukan khusus untuk saya.

Cuti saya pun dah tinggal separuh. Ada apa yang patut saya buat waktu cuti ni?


Oh, tengok! Hari ni Khamis lah! Tak sedar pun.

Ada 3.

0 comments
Sejak menetap di tempat orang, ada tiga benda yang di Malaysia mustahil akan berlaku tapi secara normalnya orang putih tak kira tua muda dan warna kulit buat dengan senang hati dan sukarela.

Satu.
Kalian mudah melintas jalan. Asalkan kalian gunakan laluan kuda belang (bahasa orang putihnya : Zebra Crossing Line) dan di situ ada stop sign. Biarpun kalian terlihat kereta meluncur laju ketika mahu melintas jalan, kalau ada 2 syarat tadi, insyaAllah selamat.

Dua.
Tiap kali berurusan, tak kira formal atau pun sekadar beli makanan di kedai makan, kalian akan di sapa mesra. Malah secikai-cikai kaunter kedai serbaneka pun, kakak/abang/makcik cashier akan; "Hi, how are you? Everything's fine?"

Tiga.
Katalah, kalian berselisih dengan orang untuk masuk ke Mall, misalnya. Kalian mahu masuk, dia nak keluar. Kalau dia dulu buka pintu, pastinya dia akan tolong pegangkan dulu daun pintu sampai kalian masuk.

Malam ini, saya buang tabiat

0 comments
Masuk hari ni, 2 hari saya tidak ke kelas. Memang niat jauh di hujung hulu hati, memang seronok habis boleh ponteng kelas, kalau boleh hari-hari nak macam ni. Tapi, 'hakikatnya'; saya anggap diri saya pening, sakit, demam, etc. Eh, tapi memang betul, saya demam. Walaupun taklah seteruk mana, tapi dah demam tu buat cara demam lah.

Sekarang; pukul 1 pagi (waktu tempatan - GMT -6). Orang kata buang tebiat. Dah lama tak tambah entri, tiba-tiba update. Tengah-tengah malam pula tu. Ha ha ha.

Buat masa ni, saya lebih suka baca blog orang. Melompat-lompat satu blog ke blog lain. Tambah-tambah blog tu ditulis dengan gaya porfessional dan teratur. Tambah kredit, kalau tulisannya gaya urban dan hipster. Serius, saya lekat.

Tapi, itu blog-blog; boleh kata milik blogger yang memang kaki blogging. Kalau saya kenal dia pun, belum tentu dia kenal saya. Itu kenyataan, dan saya terima. Kalau melompat-lompat di rangkaian kawan-kawan. Ha ha ha. Kalau masih aktif, mungkin sebulan sekali. Banyaknya; entri terakhir 2010, kalau tak pun 2009. Ha ha ha..

Agaknya, sebab zaman dah berubah. Zaman sekarang ada macam-macam. Twitter. Facebook. Dan kita lebih suka buat diari di Facebook, Twitter, berbanding dengan blog. Dan sampai kadang-kadang kita (baca: kawan-kawan sosial kita) annoyed. Mungkin sebab kalau Facebook, ada Facebook for mobile. Kalau twitter ada klien yang banyak. Dan tentunya memudahkan. Setuju?

Sawang Ver 2.

0 comments
Er... ermm... err...

Ok. Dah lama saya tinggalkan zaman pasca rajin berblog. Dah lama tak fikir; "lepas ni nak tambah entri fasal apa ya?", "eh kalau benda ni buat masuk entri macam best je", dan etc. Ok. Saya kekok. Janggal. Kaku.

Ok, kalian mahu saya cerita perihal apa? Ada cadangan?

Sawang.

4 comments
Saya konon-konon dicabar; melayu, biasalah pantang dicabar katanya. Dengan nada sinis, beliau suruh bersihkan sawang.

Jadi, to blog back or not to?

Klik sini untuk maklumat lanjut.