Spring break

Tak pasal-pasal, hari ni dah hari Rabu. Rasa macam baru semalam cuti mula. Kejap sangat. Orang kata, itu tanda kiamat. Masa makin pendek. Tengok-tengok dah sejam. Sedar-sedar dah malam.

Jadi, bila masa semacam pendek, rasa singkat; benda yang konon-konon dalam to-do list, haram satu pun tak berjalan. Itu normal. Pun normal, bila mula kita salahkan masa kejap sangat. Masa tak cukup. Benda biasa yang kita buat, kita mula email cikgu-cikgu minta tangguh homework due sambil terselit-selit alasan yang tak masuk akal. Yang tak normal dan ajaib, kita salahkan diri sendiri. Dan mula buat apa yang brother-brother motivasi selalu suruh buat, terutama student buat; time management. Dan, perenggan ini, saya tujukan khusus untuk saya.

Cuti saya pun dah tinggal separuh. Ada apa yang patut saya buat waktu cuti ni?


Oh, tengok! Hari ni Khamis lah! Tak sedar pun.

1 comments :: Spring break

  1. ish. watde..

    tapelah.