1.
Tiba-tiba saya mahu kongsikan sepanjang cuti saya yang seminggu ini. Lebih kurang 9 hari total. Dan secara rasminya, ia berakhir malam ni. Ada baik saya kongsi di sini.
2.
Mula saja cuti, saya dan kawan-kawan bergegas ke Madison, WI. Ada ini; Wisconsin–Islamic Spring Retreat. Betul, untuk program macam ni, 3 jam perjalanan. Saya raikan. Dan terima kasih kepada penganjur. Sekurang-kurangnya terisi lah cuti saya.
3.
Di Madison, ada beberapa benda yang boleh saya highlightkan. Satu, parking. Apa masalah parking kat sana? Kalau mesra alam pun, menganjur kan student-student jalan kaki; kalau tetamu datang macam mana? Hilang mood bila fikir hal parking. Dua, saya dapat jejak tasik beku. Cantik. Tiga, ketika di sana, ada demonstarasi di depan Capitol Hall (semacam pejabat daerah atau perbandaran). Berkenaan hal apa tak pula saya tahu (dan malas nak tahu). Dalam benak hati, saya nak cuba shoot gambar orang berdemo. Mahu belajar photojournalism lah kononnya. Tapi alasan yang menghalang; sejuk. Ha ha ha.
4.
Oh, saya baru sebut berkenaan sejuk. Walaupun cuti ni namanya spring break; di sana masih ada baki-baki salji di kaki-kaki lima. Dan sangat sejuk. Secara jujurnya tak lah sejuk mencucuk, cuma saya tak bersedia menghadapi sejuk sebegitu.
5.
Program berakhir pada hari Ahad. Kami bergegas pulang ke Iowa City. Sejurus sampai, nak bertolak ke Ames pula. Temasha Jaguh Malaya.
6.
Temasha berlangsung dengan jayanya -untuk tahap anjuran mahasiswa. Hanya 3 acara yang berjaya dijalankan. Indoor soccer untuk lelaki dan perempuan, juga volleyball.
7.
Uni of Iowa berjaya menggondol emas indoor soccer untuk perempuan dan tempat kedua volleyball. Indoor soccer lelaki gagal. Saya sebagai salah orang pemain memberi alasan penat travel antara punca kekalahan. Serius.
8.
Di twitter saya ada keluarkan statement perihal balas dendam etc. Abaikan. Anggap statement dikeluarkan ketika saya di luar keadaan normal.
9.
Di Ames, saya secara analitikal membuat kesimpulan, mempunya alat kamera yang mahal tidak menjamin hasil gambar yang cantik-cantik belaka. Canon 5D mark II dan EF 70-200mm f2.8L IS misalnya. Skil dan minat tu yang penting.
10.
Sejurus selesai, terus pulang semula ke Iowa City. Dan, seminggu tu saya pulihkan kembali sengal-sengal, sakit-sakit badan. Nampaknya saya kena cuba amalkan hidup sihat. Kalau tak lah sampai seminggu tempoh recovery.
11.
Total perjalanan; Iowa City, IA - Madison, WI - Iowa City, IA - Ames, IA - Iowa City, IA. Lebih kurang 630 miles. Alhamdulillah. Tuhan suruh kita berjalan di muka bumi. Untuk di ambil pengajaran dan pedoman.
Summary saya dah jumpa melayunya; ringkasan. Hanya parking masih tiada idea. Parkir? Sounds lame.
0 comments :: Ringkasan
Post a Comment