oh saya sebenarnya tersilap percaturan.
entri sebelum ini, sama sekali tidak benar. ataupun boleh dikatakan kurang tepat lagaknya. mana taknya! 4 hari untuk bulan ini sungguh tidak bermaya dibuatnya. kenapa? saya menjadikan Kuala Lumpur - Jeram seolah-olah dari Klang menuju ke Shah Alam. konon-kononnya macam dekatlah Kuala Lumpur - Jeram. habis lelah keadaan saya.
secara kronologinya,
hari pertama saya bergegas menuju ke UniKL. kononnya saya diperlukan disana untuk menentukan masa depan saya (konon-kononnya). keesokkannya, pagi-pagi lagi saya sudah bergegas ke PWTC untuk memasuki
dunia buku. sejurus sebelum solat jumaat, bergegas menuju ke Gombak (jangan tanya saya kenapa). kemudian ada rakan saya yang kreatif menyebabkan saya kembali ke PWTC. oh bukan untuk masuk kembali ke dunia buku. bukan! tapi dek kerana rakan saya yang kreatif (juga, jangan tanya siapa).
hari yang sama, dengan kelajuan 160km/j (sedaya mungkin) menuju ke Jeram. ada
bachelor party di situ. oh bukan. tapi ala-ala parti jugalah. esok pula tidaklah memenatkan sangat. cuma ke Shah Alam sambil diisi sedikit dengan aktiviti-aktiviti faedah (mudah-mudahan).
hari terakhir, saya kembali ke Jeram
untuk ambil hadiah. setelah berpeluh-peluh di situ, cis ada yang kreatif mengajak saya kembali ke Kuala Lumpur. cis! tapi kali ini ke KLCC, menuju ke dunia IT. cis!
oh baru saya perasan. daripada banyak-banyak perbuatan saya, secebis sahaja yang mengingatkan saya ke dunia yang sana. oh tuhan, berilah saya taufik dan hidayah, mudah-mudahan.
nota kaki - portfolio saya akan siap tak lama lagi. saya kan baru lepas habis sibuk. sabarlah sedikit lagi.