Saya tak mahu meracau-racau tak tentu hala. Ya saya tahu! Ini adalah perbuatan separa gila yang pernah saya buat seumur hidup saya. Malahan sejarah keluarga saya tak pernah ada yang mengambil keputusan yang sungguh gerila sebegini. Apatah lagi, untuk saya berharap untuk sengaja berbuat begini sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Gila! Jauh panggang daripada api.
Dengan berbekal sebuah beg pakaian saiz sedang-sedang berisi pakaian-pakaian ala-ala lelaki korporat, sebuah beg sandang berisi sedikit khazanah berharga dari sebuah 'gua', dan di susuli dengan hati yang berbelah bagi yang berbekalkan iman senipis kulit bawang. Fuuh..! Ini keputusan drastik tanpa batasan.
Dikelilingi orang yang bijak dan geliga, satu perkara luar biasa yang saya terpaksa hadapi. Segala-galanya membuatkan saya terpaksa menukar perwatakan sedikit, sesuai dengan keadaan sekeliling. Bukannya apa. Saya `kan biasa dengan orang berjiwa luar biasa; berbanding di sini yang hanya.... (terpaksa di delete atas menjaga sensitiviti). Tapi tak apalah, boleh saya menambah pengalaman. Pokoknya, saya di sini bukan saja kekok dan cuak, juga berasa asing dan terasing.
Bukan sekadar melihat mini skirt di mana-mana saja, atau pasangan-pasangan kekasih bermaharajalela sahaja ya!
Ya! Saya sudah pergi ke daerah yang lain. Yang jauh bezanya dari daerah-daerah saya yang lama!
Zaman dah berubah, dunia makin maju...
Saya tak mahu membuat entri berbentuk klise; lagak seorang remaja berketerampilan hip dan stylo, menulis di blog sambil menyatakan; "yo..ak da msuk kolej beb! jom jmpe ak kte bley deting nnti." Maaf. Saya bukan blogger yang berketerampilan hip dan stylo, menulis yang bukan-bukan.
Carl Jung “we cannot invent our own values…”
5 years ago
Alhamdullliah,
Siapa bila DUNIA DAH MAJU,
kita kena berubah watak n perangai,
Seharusnya kita kena sentiasa menjadi diri kita yang SEBENAR....
sELAGI dIRI KITA INI TIDAK MELANGGAR hukum Allah Azzzawajalah,maka kita tak bmbg dengan diri kita...
Ulama(x ingat nama) pernah mengungkapkan kepada anak muridnya,
"BIAR KITA JADIKAN KEREDHAAN ALLAH ITU SEBAGAI MATLAMAT KITA,BUKANLAH MATLAMAT MANUSIA ITU SEBAGAI HALA TUJU KITA DUNIA INI"
Anonymous
7/27/2008 8:20 PM