Saya ada menghadiri ceramah yang konon-kononnya untuk memantapkan saya dan juga yang lain-lain dalam menghadapi mehnah dan tribulasi yang sukar. Kerana segala yang bakal dihadapi sama ada di sini atau di sana (yang ini merujuk kepada dalam negara dan luar negara, bukan dunia dan akhirat) bukanlah sama seperti yang pernah dialami di sekolah. Jauh. Jauh benar perbezaan; kata beliau (tapi semestinya bukan dalam Bahasa Ibunda).
Ya. Walaupun saya amat-amat-amatlah (sengaja menyalahkan tatabahasa untuk menguatkan kata yang sememangnya telah kuat!) kureng dengan ceramah yang berbentuk motivasi. Ada sebab kenapa saya bersifat demikian.
Tapi saya sangat tertarik dengan sedikit isi yang beliau sampaikan. Ya, walaupun si penyampai bukan beragama Islam, jauh sekali mengamalkan sifat-sifat Islam yang sememangnya mulia.
"You want to be a thermometer or a thermostat?"
Ada apa dengan termometer? Ada apa dengan termostat?
Termometer. Tahu apa gunanya? Sudah pasti untuk menyukat suhu. Jadi apa masalahnya? Sifat semula jadi merkuri yang ada dalam termometer ialah ia sentiasa mengikut keadaan sekeliling. Kalau sejuk, maka ia akan mengecut. Begitulah sebaliknya jika dalam keadaan panas. Jadi, diaplikasikan dalam kehidupan manusia; dan antaranya saya, manusia terlibat akan ikut keadaan sekililing. Kalau baik sekelilingnya, maka itu sudah bagus. Kalau sebaliknya? Nau'dzubillah.
Termostat pula, apa kaitan? Termostat; boleh juga dipanggil controller, aircond controller misalnya. Jadi apa kaitannya? Jika kalian seorang yang elit, tipulah kalau mengaku tak memiliki aircond di rumah. Gunanya untuk apa? Menyejukkan Malaysia yang kadang-kadang panas. Tambah-tambah bila berada di bumi gersang nun di 'kuala' sana. Tak ke seronok bila cikgu kesukaan meng'offer' belajar di bilik P&P. Ha ha ha.. Tugasnya sajalah yang membuatkan berasa selesa. Begitu juga manusia; antaranya ialah saya, `kan bagus jadi macam termostat. Mengubah sekililing, bukan ikut sekeliling. Ayat power, lawan arus bukan ikut arus.
Yang benarnya, saya jadi malu sendiri. Bila mana yang berkata-kata bukanlah orang Islam yang pernah belajar Islam dalam suasana yang Islam. Tak macam saya. Hampeh betul saya.
Carl Jung “we cannot invent our own values…”
5 years ago
0 comments :: Bila mana saya dengar ceramah
Post a Comment