Kejutan

1 comments
3 Syawal 1430H. Lokasi di Sungai Acheh, Nibong Tebal. Sebelum masuk waktu Maghrib. Sedang asyik berborak dengan tuan rumah, tok menakan (orang utara cakap). Sejurus selepas abang sulung saya dapat panggilan, giliran ayah pula pergi keluar sambil menjawab panggilan telefon.

Kemudian ayah saya masuk kembali, terus menuju kepada tuan rumah. "Kami mintak diri dulu kot." Saya, adik-beradik ikut bersalaman.

Di luar rumah. Kami, satu keluarga berkumpul. Ayah cakap; "Ustaz Fuad call. Dia cakap rumah kena pecah. Nak terus balik Klang ke?" Saya kaget.


****

Lebih kurang 5 pagi, tiba di Klang.

Eid Mubarak!

0 comments



Selamat Hari Raya, Eid Mubarak.
Maaf segala salah silap. Zahir dan batin. Segala yang disengajakan atau tidak.

Semoga kita ketemu lagi, Ramadhan.

2:148

0 comments
Tinggal berapa jam saja lagi. Sebelum ia berlalu. Dan kalau mahu berjumpa lagi, perlu kau tunggu untuk tempoh yang agak lama. Entah engkau masih bernafas atau inin yang terakhir untuk kau. Engkau tahu. Sebetulnya, engkau betul-betul maklum. Yang ia akan pergi. Akan berlalu.

Memang engkau telah dididik. Bahawasanya, amal yang kau buat ketika ini. Ya, ketika Ramadhan ini yang kau sedia maklum akan pergi tinggalkan kau. Setiap amal yang engkau buat, memang akan berkali ganda lipat. Malah, yang kau anggap paling cikai pun boleh berganda-ganda lipatnya.

Tapi, apa yang engkau sendiri tahu, engkau buat tak endah. Ilmu yang engkau kumpul, yang kau gali, mana kau letak? Entah apa yang kau buat pada waktu-waktu begini. Sekejap kau guna masa untuk berinternet. Sekejap kau main game. Alasan engkau, mahu melepas tekanan. Mana waktu kau dengan tuhan? Engkau bukan tak tahu amalan kau akan berganda kalau kau buat. Malah engkau masih ingat hadith nabi pasal syaitan yang diikat. Tapi, engkau..

Engkau bukan mahu jadi Imam Besar. Engkau juga tak pernah mimpi mahu jadi Pegawai Syariah. Jauh sekali mahu jadi Pendakwah, ber'kuliah'/ber'forum' sana-sini. Dan engkau tahu, yang engaku belajar ilmu apa sekarang, ilmu sekular acuan barat. Penuh dengan perkara dilarang tuhan. Tapi tak bermaksud kau boleh lupakan ilmu yang kau dapat sebelum ini. Tak bermaksud kau boleh tinggalkan apa yang pelajari sebelum ini. Lebih 10 tahun kau mengaji ilmu agama. Walau pun ilmu yang kau timba, ilmu yang paling asas. Asas itulah yang buat kekal sebagai Muslim, yang engkau mengaku Islam sebagai agama kau, dan tercatat dalam kad pengenalan engkau.

Engkau resah. Engkau juga gelisah. Engkau selalu berbisik sendiri. Kau mahu tetap kekal, dengan apa yang pernah amalkan. Dan sekarang apa yang engkau buat? Dan engkau salahkan sekeliling. Engkau salahkan tiada suasana. Engkau salahkan kawan-kawan baru kau. Padahal yang pilih jalan sebegini rupa.

Dan sekali lagi buat engkau resah. Juga tambah gelisah. Engkau rasa kau berseorangan. Engkau sering mahu putar masa ke belakang. Kau mahu kembali, untuk bina diri kau, supaya kau boleh terus hidup di sini. Sebab jalan macam ini yang kau pilih, yang kau mahu.

Kau kena ingat. Hari terakhir begini pun jangan kau sia-sia kan. Sebelum kau kena tunggu 11 bulan lagi. Itu jika kau masih bernafas.

Kalau

0 comments
"Kalau tak boleh habiskan, tak bermaksud tinggalkan."
Bulan puasa atau tidak. Bulan mulia atau bukan. Bulan keberkatan atau tak. Suasana di sekitar saya sama saja. Tiada sambutan menghidupkan bulan penuh barakah ini. Apatah edaran risalah-risalah pasal kesucian Ramadhan. Jauh sekali tazkirah harian menunggu buka puasa.

Yang jelas, 30 hari pada bulan ini memang sama, atau dengan kata lain; saling tak tumpah dengan 11 bulan yang lain. Petikan di atas sangat signifikan dengan saya. Faham maksud saya?

Buka dan Donat

3 comments
Apa rasa kalian? Bila beramai-ramai, lebih kurang 30 orang sehingga mencecah 40 orang. Berhimpit-himpit. Di ruang tamu yang sempit. Ia juga ruang tamu bujang, yang semestinya hiasan dan aksesori di persekitaran adalah buku-buku bertindan-tindan atau kotak-kotak terisi entah pakaian entah barang apa. Dengan ramai-ramai itu dan masing-masing khusyuk menghadap dulang-dulang makanan menunggu masa untuk menyuap, hanya dihembusi kipas duduk dan kipas diri. Apa rasa agak-agaknya?

Tapi tak apalah. Ada 2 waktu gembira untuk orang yang berpuasa. Salah satunya, saat berbuka. Tak kisahlah kalau berhimpit-himpit entah berapa ramai orang, dalam ruangan sempit. Yang hanya berdinginkan kipas angin duduk, oh itu kipas yang paling dekat dengan saya. Itu `kan saat berbuka, dan ia dijanjikan tuhan saat-saat yang menggembirakan.


Oh, dan satu lagi. Buat pertama kali, saya merasa Krispy Kreme. "Tamam," orang mesir bilang.

Lima (Versi 2)

0 comments
Versi kedua.

Lima Alasan Kenapa Saya Perlu Mula Kembali

Satu.
Seperti yang saya katakan pada entri sebelum ini. Tempat mengadu nasib, merungut, mencarut dan sebagainya, yang pada mulanya ditulis di blog sudah digantikan dengan facebook. Biasalah kononnya trend. Tapi, nampak kurang compatible. Apa taknya, facebook is not your personal blog or tweeter. Blogging lebih profesional pada hemat saya.

Dua.
Untuk pengatahuan semua (buat siapa-siapa yang belum tahu). Secara serius, jadual persekolahan saya pada semester ini sangat-sangatlah, amat-amatlah pendek. Orang kata, baik tak payah pergi sekolah. Ada hari waktu persekolahan saya hanya sejam dan setengah. Ada pula hanya 2 jam. Jadual saya memang sebegitu, setelah 3 semester bergelut dengan sekolah awal pagi. Sekarang waktu saya bersenang-lenang pula, OK? Jadi masa yang kosong-kosong inilah ada baiknya saya tambah entri. Mudah-mudahan manfaat.

Tiga.
Suatu petang yang entah bila, saya cuba berjalan-jalan sekitar internet. Tiba-tiba ramai kawan-kawan saya kembali menambah entri. Juga tidak mahu dikatakan terkebelakang, saya cuba ikut dari belakang. Menambah satu dua entri. Tambahan, makin ramai kenalan-kenalan saya sudah bertebaran ke pelusuk dunia, mahupun menunggu masa untuk pergi jauh. Untuk terus berhubungan, biarpun hanya dengan membaca tulisan, cukuplah saya dan mereka berkongsi-kongsi cerita di laman sesawang.

Empat.
Juga berkenaan dengan legend atau jaguh. Yang saya kaitkan dengan aktiviti plagiarism. Mana boleh saya kalah begitu saja. Walaupun jelas tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk difailkan saman malu dan sebagainya. Saya guna jalan kedua. Saya lawan dengan mulakan dengan template yang baru. Saya takkan menyerah begitu saja. Tahu!

Lima.
Apa ya.. Oh ya, blogger itu juga mula kembali.

Lima

0 comments
Lima Alasan Kenapa Saya Hiatus

Satu.
Secara sedar atau tidak. Saya berhenti pedulikan laman blog saya dan tidak menambah jumlah entri ketika saya berada di musim panas, mengikut hemisfera selatan. Saat itu, saya sedang menjalani semester ekspres yang memerlukan saya konsisten dan tegar menjalani pembelajaran yang pantas segala. Sampaikan saya pun tak sedar saya selesai menjalani penggal persekolahan. Secara tiba-tiba sudah final exam. Dan, tentulah keputusannya...

Dua.
Beberapa bulan lepas juga, sebelum saya betul-betul hiatus. Saya diperkenalkan dengan Facebook, yang diakui sangat-sangat terkenal dikalangan remaja-remaja hip mahupun dewasa yang sofistikated. Walhal saya sudah mendaftar keahlian lama dahulu, baru tiba-tiba semangat ber'Facebook' muncul. Oleh itu, banyak masa untuk berkongsi suka-duka, merungut, mencarut, dan sebagainya di Facebook saja.

Tiga.
Tidak salah, kalau saya simpulkan. Sewaktu saya bercadang untuk tinggalkan blogging sementara, memang ramai kawan-kawan saya sudah tidak aktif lagi. Ramai yang bersara, pause, atau tiba-tiba menghilang. Mungkin musim hiatus saat itu. Untuk tak kelihatan terkebelakang dan tidak mengikut trend. Saya pun ikut sama berhenti. Ikut trend lah katakan. Jadi belia mesti ikut trend. Ha ha ha.

Empat.
Satu alasan, yang saya kira memang betul penyebab saya berhenti manambah entri, adalah seorang yang dianggap legend dan jaguh telah memplagiat template yang saya gunakan sebelum ini. Kalau dipanjangkan cerita untuk difailkan afidavit dan sebagainya, jauh sekali saya akan menang. Kerana lawan saya adalah seorang legend. Maka, untuk tidak mengeruhkan keadaan, saya berundur sebentar.

Lima.
Sebenarnya, hasil tulisan saya semuanya berinspirasikan seorang blogger. Kerana blog beliau, saya menukar gaya penulisan sebegini. Bukanlah menciplak, tapi menjadi sumber rujukan. Tapi, beliau juga tiba-tiba tiada update. Saya pun jadi sama tiada mood tambah entri.

Selepas Hiatus

0 comments
Sekian lama. Saya. Hiatus.

Berkat 10 hari kedua Ramadhan. Berkat ulangtahun kemerdekaan. Berkat permulaan sophomore. Saya kembali. Mudah-mudahan.

*notakaki : penukaran belum selesai*