2:148

Tinggal berapa jam saja lagi. Sebelum ia berlalu. Dan kalau mahu berjumpa lagi, perlu kau tunggu untuk tempoh yang agak lama. Entah engkau masih bernafas atau inin yang terakhir untuk kau. Engkau tahu. Sebetulnya, engkau betul-betul maklum. Yang ia akan pergi. Akan berlalu.

Memang engkau telah dididik. Bahawasanya, amal yang kau buat ketika ini. Ya, ketika Ramadhan ini yang kau sedia maklum akan pergi tinggalkan kau. Setiap amal yang engkau buat, memang akan berkali ganda lipat. Malah, yang kau anggap paling cikai pun boleh berganda-ganda lipatnya.

Tapi, apa yang engkau sendiri tahu, engkau buat tak endah. Ilmu yang engkau kumpul, yang kau gali, mana kau letak? Entah apa yang kau buat pada waktu-waktu begini. Sekejap kau guna masa untuk berinternet. Sekejap kau main game. Alasan engkau, mahu melepas tekanan. Mana waktu kau dengan tuhan? Engkau bukan tak tahu amalan kau akan berganda kalau kau buat. Malah engkau masih ingat hadith nabi pasal syaitan yang diikat. Tapi, engkau..

Engkau bukan mahu jadi Imam Besar. Engkau juga tak pernah mimpi mahu jadi Pegawai Syariah. Jauh sekali mahu jadi Pendakwah, ber'kuliah'/ber'forum' sana-sini. Dan engkau tahu, yang engaku belajar ilmu apa sekarang, ilmu sekular acuan barat. Penuh dengan perkara dilarang tuhan. Tapi tak bermaksud kau boleh lupakan ilmu yang kau dapat sebelum ini. Tak bermaksud kau boleh tinggalkan apa yang pelajari sebelum ini. Lebih 10 tahun kau mengaji ilmu agama. Walau pun ilmu yang kau timba, ilmu yang paling asas. Asas itulah yang buat kekal sebagai Muslim, yang engkau mengaku Islam sebagai agama kau, dan tercatat dalam kad pengenalan engkau.

Engkau resah. Engkau juga gelisah. Engkau selalu berbisik sendiri. Kau mahu tetap kekal, dengan apa yang pernah amalkan. Dan sekarang apa yang engkau buat? Dan engkau salahkan sekeliling. Engkau salahkan tiada suasana. Engkau salahkan kawan-kawan baru kau. Padahal yang pilih jalan sebegini rupa.

Dan sekali lagi buat engkau resah. Juga tambah gelisah. Engkau rasa kau berseorangan. Engkau sering mahu putar masa ke belakang. Kau mahu kembali, untuk bina diri kau, supaya kau boleh terus hidup di sini. Sebab jalan macam ini yang kau pilih, yang kau mahu.

Kau kena ingat. Hari terakhir begini pun jangan kau sia-sia kan. Sebelum kau kena tunggu 11 bulan lagi. Itu jika kau masih bernafas.

0 comments :: 2:148