Lima (Versi 2)

Versi kedua.

Lima Alasan Kenapa Saya Perlu Mula Kembali

Satu.
Seperti yang saya katakan pada entri sebelum ini. Tempat mengadu nasib, merungut, mencarut dan sebagainya, yang pada mulanya ditulis di blog sudah digantikan dengan facebook. Biasalah kononnya trend. Tapi, nampak kurang compatible. Apa taknya, facebook is not your personal blog or tweeter. Blogging lebih profesional pada hemat saya.

Dua.
Untuk pengatahuan semua (buat siapa-siapa yang belum tahu). Secara serius, jadual persekolahan saya pada semester ini sangat-sangatlah, amat-amatlah pendek. Orang kata, baik tak payah pergi sekolah. Ada hari waktu persekolahan saya hanya sejam dan setengah. Ada pula hanya 2 jam. Jadual saya memang sebegitu, setelah 3 semester bergelut dengan sekolah awal pagi. Sekarang waktu saya bersenang-lenang pula, OK? Jadi masa yang kosong-kosong inilah ada baiknya saya tambah entri. Mudah-mudahan manfaat.

Tiga.
Suatu petang yang entah bila, saya cuba berjalan-jalan sekitar internet. Tiba-tiba ramai kawan-kawan saya kembali menambah entri. Juga tidak mahu dikatakan terkebelakang, saya cuba ikut dari belakang. Menambah satu dua entri. Tambahan, makin ramai kenalan-kenalan saya sudah bertebaran ke pelusuk dunia, mahupun menunggu masa untuk pergi jauh. Untuk terus berhubungan, biarpun hanya dengan membaca tulisan, cukuplah saya dan mereka berkongsi-kongsi cerita di laman sesawang.

Empat.
Juga berkenaan dengan legend atau jaguh. Yang saya kaitkan dengan aktiviti plagiarism. Mana boleh saya kalah begitu saja. Walaupun jelas tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk difailkan saman malu dan sebagainya. Saya guna jalan kedua. Saya lawan dengan mulakan dengan template yang baru. Saya takkan menyerah begitu saja. Tahu!

Lima.
Apa ya.. Oh ya, blogger itu juga mula kembali.

0 comments :: Lima (Versi 2)