Lima Alasan Kenapa Saya Hiatus
Satu.
Secara sedar atau tidak. Saya berhenti pedulikan laman blog saya dan tidak menambah jumlah entri ketika saya berada di musim panas, mengikut hemisfera selatan. Saat itu, saya sedang menjalani semester ekspres yang memerlukan saya konsisten dan tegar menjalani pembelajaran yang pantas segala. Sampaikan saya pun tak sedar saya selesai menjalani penggal persekolahan. Secara tiba-tiba sudah final exam. Dan, tentulah keputusannya...
Dua.
Beberapa bulan lepas juga, sebelum saya betul-betul hiatus. Saya diperkenalkan dengan Facebook, yang diakui sangat-sangat terkenal dikalangan remaja-remaja hip mahupun dewasa yang sofistikated. Walhal saya sudah mendaftar keahlian lama dahulu, baru tiba-tiba semangat ber'Facebook' muncul. Oleh itu, banyak masa untuk berkongsi suka-duka, merungut, mencarut, dan sebagainya di Facebook saja.
Tiga.
Tidak salah, kalau saya simpulkan. Sewaktu saya bercadang untuk tinggalkan blogging sementara, memang ramai kawan-kawan saya sudah tidak aktif lagi. Ramai yang bersara, pause, atau tiba-tiba menghilang. Mungkin musim hiatus saat itu. Untuk tak kelihatan terkebelakang dan tidak mengikut trend. Saya pun ikut sama berhenti. Ikut trend lah katakan. Jadi belia mesti ikut trend. Ha ha ha.
Empat.
Satu alasan, yang saya kira memang betul penyebab saya berhenti manambah entri, adalah seorang yang dianggap legend dan jaguh telah memplagiat template yang saya gunakan sebelum ini. Kalau dipanjangkan cerita untuk difailkan afidavit dan sebagainya, jauh sekali saya akan menang. Kerana lawan saya adalah seorang legend. Maka, untuk tidak mengeruhkan keadaan, saya berundur sebentar.
Lima.
Sebenarnya, hasil tulisan saya semuanya berinspirasikan seorang blogger. Kerana blog beliau, saya menukar gaya penulisan sebegini. Bukanlah menciplak, tapi menjadi sumber rujukan. Tapi, beliau juga tiba-tiba tiada update. Saya pun jadi sama tiada mood tambah entri.
Carl Jung “we cannot invent our own values…”
5 years ago
0 comments :: Lima
Post a Comment