Hai

0 comments
Selamat pagi, tiba-tiba rasa nak lap habuk dan bersihkan sawang-sawang.

*terbatuk-batuk*

Cuci-cuci mata II

2 comments
Hosted by albums.kimag.es
Masjid Abu Bakar, Tanah Rata

Hosted by albums.kimag.es
The Strawberries, Taman Agro Al-Masyhor

Hosted by albums.kimag.es
Original Homemade Putu Buluh Cameron, Pasar Malam Brinchang

Hosted by albums.kimag.es
"Cak!", Cameron Bharat Tea Plantation

Trend

1 comments
Boleh dikategorikan saya dan kawan-kawan serumah, adalah masyarakat yang berada di bawah tempurung. Saya dan kawan-kawan serumah (selepas ini merujuk kepada kami) hanya didedahkan dengan isu-isu semasa hanya jika dinner bersama-sama di warung/restoran/mamak yang berdekatan. Itu pun pemilik premis tersebut berbesar hati memasang saluran TV3, dan hanya jika kami dinner ketika prime time; tepat 8 malam. Lain-lain sumber isu-isu semasa, hanyalah dengan kerelaan hati membuka laman sesawang yang berinformasi, utusan online misalnya. Atau pun merajin-rajinkan diri pergi ke library membaca akhbar harian yang disediakan pihak librarian. Itu pun kalau betul-betul menggagahkan diri lah (bagi saya)!

Oh apa yang saya ingin tulis ialah perihal kanak-kanak yang didera. Serius saya tak tahu apa-apa sampailah saya ternampak front page Harian Metro, kalau tak silap. Itu pun ternampak. Kalau langsung tuhan tak beri peluang, memang sampai sekarang mesti saya tak tahu apa-apa!

Sangat menyedihkan. Makcik yang penat-penat mengusung perut 9 bulan ke sana ke mari. Penat menyusu, beri makan suap. Last-last terbunuh dek lelaki yang tiada hubung kait langsung dengan si mangsa. Apa jenis masyarakat ni?

Dan ber'sempena' dengan kes itu juga, ada negara yang ditimpa musibah. Gempa. Berskala 8.8 malahan. Tanda-tanda kecil barangkali. Apa kalian masih tak sedar?

*Saya dapat info tambahan, dulu-dulu, ketika zaman kanak-kanak ada satu lagu yg sering saya dengar. Lagu ini. Dicipta khusus untuk membendung kes penderaan. Kemudian? Langsung diam seribu bahasa.

Barangkali boleh dijadikan modal politik untuk proses pemilihan yang bakal mendatang. Barangkali.

Cuci-cuci mata

4 comments

Hosted by albums.kimag.es
This is... , Ladang Teh BOH Habu.

Hosted by albums.kimag.es
Limau-limauan, Kea Farm.

Hosted by albums.kimag.es
Arctos Cactus, Rose Valley

Hosted by albums.kimag.es
Hanging Tomato, Rose Valley.

Hosted by albums.kimag.es
Nisa' and Her Grandma, Tea Shop at Cameron Bharat.

Rage

4 comments
Merujuk kepada thesaurus dari Microsoft Word 2007, perkataan rage ini mempunyai beberapa perkataan seerti. Antaranya; fury, anger, wrath, temper. Dan merujuk kepada kamus online; rage membawa erti yang pelbagai. Antara yang paling sesuai dengan kondisi saya;

5. A violent desire or passion.
Sumber di sini.

Oh. Kenapa saya begini. Perihal apply-mengapply. Hampir kesemua rakan sekuliah saya, sudah mendapat tempat di universiti pilihan masing-masing. Tapi saya, masih tersangkut dengan ketiadaan buku rekod sekolah (merujuk kepada pihak sekolah, buku rekod saya tidak dijumpai atau lebih tepat hilang pada telahan saya). Yang saya kira antara menjadi keperluan utama dalam pemilihan untuk diterima sesebuah universiti.

Kepada rakan-rakan yang membaca entri saya ini, dan kebetulan kalian adalah segenerasi dengan saya, yang sama-sama SPM 2007, sila respon sebaik mungkin. Mungkin kalian pernah menerima buku rekod dan masih dalam simpanan kalian. Tenangkan jiwa saya yang tengah rage ini!

Kata hati

0 comments
Ikut nafsu, kelak binasa!

Ahli Keluarga yang Baru !

0 comments
izz an-nisa

Izz An-Nisa'
Officially landed at Klang (rumah tokwan), 01:00am 17 January 2010.

Regards, Pak Njang :D

0%

0 comments
Sebelum menuju ke masjid untuk Solat Jumaat, saya beranggapan khutbah pada kali ini pasti akan menyentuh isu kalimah Allah yang tengah panas dikatakan orang. Ternyata jangkaan saya meleset. Tiba-tiba saja tajuk arak menjadi pilihan. Saya ingat bila berada dalam negeri dibawah kerajaan yang berkebajikan, isu sebegini mesti diberi perhatian serius. Tapi tak mengapalah. Mendengar khutbah itu kan satu rukun.

Mula saja khutbah, secara automatik, mata mula berkhayal-khayal. Saya lihat sekeliling, orang berdekatan dengan saya pun sama. Tak tahu kenapa. Kadang-kadang terbit rasa bersalah, nak buang perangai ni jauh-jauh. Tapi entah macam mana mahu membendung. Mulut saja berapi, buatnya tidak pun.

Tapi kali ini, hormat saya pada jawatankuasa masjid naik satu tahap. Pak khatib lagaknya seperti orang muda (mungkin 30-40an) dengan suara yang tegas tidak mendayu. Lengkap berkot dan tali leher. Juga, isi khutbah penuh dengan statistik-statistik, sampai saya pun pening bila akronim dijawikan. Harapnya, tidak ada lagi stereotaip masyarakat, pak imam mestilah berjanggut putih & rambut penuh beruban. Harap-harapnya.

*Ketika pulang dari masjid, Radio24 melaporkan, pagi tadi saja, 2 buah gereja dibakar.

***

Oh. Sebenarnya, saya mahu khabarkan. Cuti musim sejuk saya hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Sebelum cuti bermula, saya kononnya mahu siapkan apa-apa yang patut untuk university application kelak. Tapi apa yang dapat saya simpulkan;
Uni. application - 0%
Enjoying holiday - 100%
Current mood - Kelam-kabut, berpeluh-peluh, tak senang duduk!

Nota tambahan: Dengan keputusan TOEFL yang ntahpapentah, dan dengan kurang 10 hari lagi tarikh yang disarankan oleh Purdue University kepada international student untuk apply akan tutup (bukan tutuplah, cuma lebih bagus sebelum tarikh tu). Aduhh....~

Hai 2010 !

0 comments
Mulanya saya tidak mahu ketinggalan menambah entri tepat pada 1 Januari 2010. Yalah, orang kata 2010 adalah permulaan dekad yang baru (Oh, mungkin sebab ini jugalah konsert-konsert, percikan bunga api, dan countdown adalah perkara yang sangat perlu dalam sambutan tahun baru). Tapi, kalau dirujuk pada entri jurnal dalam bidang perakaunan. Permulaan akaun kira-kira yang baru (jika digunakan 'tahun berakhir Disember 20XX'), maka entri pembukaan adalah 2 Januari. Jadi saya aplikasikannya juga disini bersempena 1 Januari setiap tahun adalah cuti umum.

Dan, blog saya bermuka baru. Sempena tahun baru. Dekad yang baru. Kembali kepada warna yang kusam dan kelam. Hitam. Putih. Dan sedikit kelabu-kelabu. Tapi saya lebih senang begini. Berbanding rupa sebelum ni, yang diclaim ala-ala twitter.

Selamat tahun baru. Mulakan dekad yang baru dengan diri yang baru.

*Tambahan: Mana lagi best dari sudut pronouncenya; 'dua ribu sepuluh' atau 'dua puluh sepuluh'?

**Dear Meor Mohd Syafiq, kenapa blog kau tak dapat didetect feed dan sebagai? Takkan terupdate lah dengan entri-entri terbaru kau!