0 comments
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

gunung angsi
kami datang. kami lihat. kami tawan.

satu hari

0 comments
hari itu, ramai orang anggap tarikh yang keramat, hari yang bestlaa katakan. tidak. bukan ada makan-makan free atau ada apa-apa funfair free di sekolah, bukan. ada juga yang cuak-cuak. tidak kurang terlompat-lompat menunggu.

hari itu, cuaca baik. kadang-kadang angin sejuk lalu-lalang.

"ana rasakan, dia tulah jadi tu..jadi ni.."
"yela.. agaknya laa kan"

"aku tak sabar ni.. lepas ni boleh belajar elok-elok"
"aah. dah tak bizi dah"

saya diam. saya menelan segala kata-kata mereka. ya! saya juga macam mereka. macam manusia biasa. tak sabar nak tengok kepimpinan baru. macam tengok kerajaan baru juga!
yang kecil-kecil tak sabar-sabar nak pegang jawatan. yang besar-besar, (terutama yang nak berexam) tak sabar-sabar nak lepas jawatan. sampai berpeluh-peluh. tak padan dengan cuaca sejuk.

ketua umum, ketua syabab, badar, biro kuliah hatta setiausaha kelab teater sekalipun (kalaulah ada). semua tertanya-tanya, "sape dapat? sape pegang?"
mantan-mantannya pula, "fuh lega.. tenang.."

tapi,
“ Nahnu Du’ah Qabla Kulli Syai’ ”
~kita adalah dai' sebelum segala sesuatu~
**sila lawati. terima kasih


ada juga yang cuak-cuak. tidak kurang terlompat-lompat menunggu. tidak. bukan ada makan-makan free atau ada apa-apa funfair free di sekolah, bukan. hari itu, ramai orang anggap tarikh yang keramat, hari yang bestlaa katakan.


....

**semoga cerita rekaan hampir benar menjadi pengajaran buat kita.

17.08.2007

0 comments
... kalaulah hidayah itu boleh diGoogle dan dimuat turun, kan bagus?



"Wahai jiwa, jangan kau berputus asa. Jangan."


**kenapa ya? saya jarang menambah post. kenapa ya?

bila nak sedar?

3 comments
adus. kenapalah. kenapa kami* masih tak serius. SPM kan hujung tahun ni. bila nak sedar?
*perkataan kami merujuk kepada form5. tak percaya? kunjungi kelas prep kami di kelas Muslim.

cuma saya harap. selepas ini, bolehlah cuba untuk serius belajar. kan dah masuk penggal kedua!!
cuba ya..!!

kering dan kontang

0 comments
"kita di mana?"
"kita di dalam gua.."
"...dalam bunkerlah"
"bukan kita dalam pementasan ke?

*********

"aku cemas. aku takut"
"tak perlu kau takut. kau berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku"
"tidak. aku tak tahu berlakon"
"tipu. kau pandai berlakon.
"sumpah aku tak tahu"
"tipu. tipu. kau pandai berlakon. malah kau handal berlakon. dan kau sekarang sedang berlakon"
"oh ya. kita kan sekarang berada di pementasan"


itulah sedutan novel drama, bila tuhan berbicara (usah hiraukan buku disebelahnya di dalam gambar itu). apa yang saya suka, berkenaan lawaknya yang spontan dan menyegarkan. lebih fresh. bukannya dibuat-buat dan meloyakan seperti ini, opsss. di sebalik lawak itu, tercatat fakta-fakta yang sungguh mengajaibkan, (mungkin sesetengahnya memerlukan kerahan otak untuk berfikir) terutamanya mengenai hal-ehwal gunung berapi (oleh seorang watak vulkanologis, Sahlan). mungkin memenatkan otak kita membaca. tapi kepenatan akan hilang sejurus sahaja bertemu kembali jenaka oleh 3 watak utama. Sahlan, Razlan dan Mazlan.

oh ya.. sebelum terlupa, untuk pengetahuan, saya menghabiskan bacaan Bila Tuhan Berbicara sewaktu peperiksaan pertengahan tahun, 2 minggu. saya baca ketika jeda antara minggu pertama dan kedua. ya, sewaktu cuti hari ahad! kononnya melepaskan tension akibat tidak bersedia untuk exam.

selepas ini, kamu baca. dan kamu tulis sinopsisnya. atau plot. atau mungkin keluarkan 3 rangkai peristiwa yang menarik. alaa.. seolah-olah kamu menjawab subjek Bahasa Melayu, bahagian KOMSAS. ia boleh dijadikan sebagai salah satu latihan. sesuai untuk orang-orang yang malas (baca : kurang rajin) belajar, seperti saya. agaknya.

******

erm.. saya sekarang lebih gemar mencatat entri dalam bentuk kata-kata. dan jika minat ini berterusan, blog saya ini, warna gelap yang menguasai, mungkin bosan untuk ditatap, dibaca, dan dikunyah. kelihatan agak malap, kering dan kontang. tunggulah, mungkin satu hari nanti saya berpindah. siapa tahu..

kenapa ya?

0 comments
Kenapa ya? semenjak dan dua menjak ini, nafsu (er..bukan yang lain) untuk menulis tidak lagi membuak. jika di awal perasmian blog ini, idea tulisan mungkin berlambak-lambak membuak-buak. tetapi, sekarang makin pudar dan terus pudar.

Ya, ya. maafkan saya. bukan sengaja saya biarkan dipenuhi dengan debu-debu dan habuk-habuk. hakikatnya, kepala saya masih lagi sarat dengan idea-idea yang menarik, bernas, dan *da bomb. tapi... entah lah.

*****

Karnival futsal i-Metro di Subang. kami berjaya ke second round. dan berhenti di situ sahaja, dek kalah dengan team Fajar Selatan (berasal dari selatan tanah air, Johor agaknya). kami agak terkilan. kerana kami kalah last minute walaupun di awalnya mendahului (1 berbalas 0 agaknya). dan. akhirnya tewas 1-2. hampa!!

ya, memang hampa. kami salah satu team yang dianggotai oleh kanak-kanak comel (er.. baca : budak remaja) dalam kategori open. juga kami bermain di peringkat liga dengan begitu bergaya dan hip serta mengada-mengada sekali. kemudian terkandas di second round. hampa!!

jadual perlawanan ialah:
*pagi, lebih kurang pukul 9.30 pagi, peringkat liga.
*malam, selepas maghrib, peringkat kalah mati.


ya. kami terkandas di situlah. selepas maghrib. bayangkan. selepas kalut-kalut dan gesa-gesa pergi ke subang. dan berebut untuk solat maghrib (surau Rio de Futsal sungguh...fuh..best..). kemudian... kalah.. hampa!! penat!! letih!! kecewa!!

walaupun sebenarnya saya hanya menyumbang dalam satu game sahaja!

*****

tidak lama kemudian,

"jom main futsal! kali ni baru boleh betul-betul penat... (senyum)"

oh ya..
siapa yang mahukan teamnya juara, ajaklah saya bermain futsal.
*wooish*

selepas periksa

0 comments
ada apa dengan selepas periksa?

........

"eh jom main bola untuk hari guru"
"jom...!" saya balas

"main bola tampar jom. untuk hari guru"
"jom jugak!" saya juga

"er.. takraw hari guru dah ada team?"
"belum.. jom..!" saya

kesimpulannya, hari guru mengikut kaca mata pelajar malaysia ialah hari di mana terdapat permainan menentang guru-guru (atau kata lain ambil kesempatan). adakah sambutan hari guru begini di seluruh malaysia? atau seluruh dunia? gila kentang!!

........

hari guru telah selesai. saya. dan kami, orang-orang tua sekolah (form5) di berikan slot persembahan. dan hasilnya... sila tanya orang yang tahu!

esok futsal, iMetro. jom turun. rio de futsal subang. doakan kami.

khutbah guru

0 comments
hari jumaat, sejurus habisnya ujian matematik (oh atau peperiksaan pertengahan tahun a.k.a last exam kami yang main-main, mungkin). seperti biasa, seperti hari jumaat yang biasa sebelum-sebelum ini, masjid adalah hala tuju saya. dan semua muslimin agaknya.

saya, yang sebetulnya setiap minggu, khutbah jumaat kedengaran lagu pok amai-amai yang sungguh melenakan. mengasyikkan. tapi ..

"14 mei adalah tarikh keramat buat guru.. bla bla bla" khatib menyampaikan teks di awal khutbah.

saya yang tadinya terbuai-buai, terus terkejut dan tersedar! dan tersenyum kecil. kenapa ye?

mungkin:
  • kenapa khutbah harus bertitlekan hari guru, yang separuh daripada para jemaah adalah warga emas
  • gaya bacaan yang ... aduh.. asyik...
  • juga teringatkan hari murabbi yang bakal berlangsung khamis ini

kami warga tua senior akan membuat persembahan di hari murabbi. wow!
hebatnya mereka, komen seseorang. (entahkah sindiran entahkah ikhlas)

saya, buku dan ...

0 comments
seperti tahun-tahun sebelumnya.
pesta buku adalah kunjungan utama ketika musim cuti. tapi anehnya tahun ini, pesta buku diselitkan ketika cuti yang pendek iaitu 2 hari. bahkan lebih anehnya (mungkin juga menakutkan bagi sesetengah!) keesokan harinya adalah periksa. peperiksaan pertengahan tahun pula!

dan waktu-waktu begini, saya pergi juga (baca : cari nahas).
saya yang kononnya bertekad sewaktu di sekoah (sebelum balik rumah), ketika cuti ingin seratus peratus menumpukan kosentrasi untuk belajar terutamanya subjek biologi. tapi lihatlah.. apa yang berlaku? malah ketika menulis entri begini pun saya masih belum menyentuh buku. bukan sekadar buku, malah melihat isi kandungan apatah lagi. dan saya rasa ini bukan tindakan yang menyanangkan (nah, inilah yang saya katakan cari nahas!).

berbalik kepada pesta buku.
saya yang sebenarnya pernah menyusun strategi (baca: konon 'strategi'). pergi ke sana di kala orang lain masih disekolah (belum cuti lagi). dan sewaktu bercuti, gelakkan mereka yang berpusu-pusu, berhimpit-himpit menyerang pesta buku. tapi.. ho ho ho (gelakkan saya!)
kali pertama pergi ke sana, saya melihat pelancaran buku memeluk gerhana. saya juga melihat faisal tehrani. oleh itu, saya beranggapan mereka itu bersahabat. dan setelah itu, ketika melalui booth al-amin publishing (bersebelahan ikim, tak silap saya), saya bertemu beliau.
selepas sedikit bertepuk-tampar, kawan saya cakap "dia ambek gambar kita la.." saya nganga.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us
banyak lagi di sini. juga di sini

nota : kali kedua juga saya bertemu dengan saudara faisal, tapi kali ini saya pula mengambil gambar beliau.

4 itu sibuk

0 comments
cuba teka kenapa 4 itu sibuk? 4 itu sibuk kerana bulan empat adalah bulan sibuk. (jika dalam bilik gerakan, tertulis syahru mashghul). semua perkara/event yg besar (baca: konon-konon besar) yg tersenarai dalam takwim sekolah menengah islam hira' edisi 2007, kebanyakan berada di column april (iaitu bulan empat; bagi yg tidak tahu).

antara event-event yg besar (baca sekali lagi: konon-konon besar) ialah:
1. hari anugerah gemilang
2. ekspo dunia islam
3. bulan ta'adib
4. 'tgk takwim sendiri'

lihat! dek kerana event-event tersebut, hampir 70% para pelajar terkena tempias kesibukan. walaupun ada yang bajet sibuk. antara yg terkena tempias sibuk adalah aku!
bila dikira, waktu aku di dorm hanya 2 atau 3 kali. waktu tido, mandi. waktu lain... entah mana-mana aku pergi.

jadual seminggu aku (minggu lepas)
-bangun, mandi, solat...
-kelas
-lepas zohor, nasyid-nasyid kejap
-asar
-buat pameran edi
-mandi, maghrib
-prep
-belatih nasyid lagi
-buat pameran balik.
*waktu ada kelas lagi

waktu tido adalah lingkungan pukul 2 atau 3 pagi hingga 5.30 pagi. ada satu masa hampir pukul 4 baru tido. ha ha ha ha
tambah menyibukkan, time-time ni laa baru ada banyak homework. ulbs lagi. itu lagi. ini lagi.. adus..

dah tau sibuk, gatal lagi nak pegi futsal KRj. nasib ada nasib. dapat la nombor tiga.

**keadaan sekarang : asal baring je lelap abes... huhu...