Zaman mentah

Tengah-tengah menerawang di dunia siber, tiba-tiba saya terlawat lawan sawang yang boleh dikategorikan ntahapaapantah. Bukan apa, saja-saja buang masa isi masa lapang (walaupun macam-macam lagi kena buat untuk kekalkan gred; 'konon-kononnya'). Tapi bagus juga! Saya 'ter'jumpa ini;

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Saya ingat lagi. Masa muda-muda dulu. Waktu usia masih mentah. Langsung tak kenal mana satu baik, mana satu buruk. Masa darah tengah baru mula nak mendidih, alaa darah sebelum darah muda (yang konon-konon darah remaja). Waktu masih dalam keadaan hingusan.

Saya selalu `lah juga buat kesalahan-kesalahan. Kesilapan nakal. Tak pernah pun terfikir kesan pendek, takpun kesan jangka panjang. Ataupun memang tak ada kesan buruk. Lupa nak pakai tali pinggang ke sekolah misalnya, atau seluar hijau yang tak menepati ciri-ciri dalam buku peraturan misalnya (siapa hidup sezaman dengan saya mesti tau fesyen tu macam mana, ha ha ha).

Mesti kesudahannya dendaan. Atau bahasa yang lebih mesra; 'iqob (bahasa Arab; melayunya denda `lah). Antara dendaan-dendaan yang famous contohnya, ketuk-ketampi on the spot ataupun tekan tubi on the spot. Itu biasa-biasa saja. Ada lagi unik!

Saya selalu jugalah kena denda yang unik tu. Biasa `lah baru mula nak kenal dunia baru, mesti susah nak melekat di sekolah. Hasilnya, saya tak pernah sampai ke sekolah sebelum pukul 6 bila cuti di penghujungnya. Lalu dendaannya sangat unik.

Apa ya denda yang unik tu? Ha ha ha....
Menulis kalimah istighfar beratus-ratus atau ribuan malahan, di atas carikan kertas.

*Rindu pula situasi macam tu. Mana ada dah sekarang!*

6 comments :: Zaman mentah

  1. aku igt mlmh rozita plng suke wat dende tuh. haha

  2. mlmh rozita punye lg best... jwb salah soalan ujian .. salin balik sume 100 kali

  3. promosi nama jejaka terhangat di musalla..adalh yang paling "disukai"..

    kenapa lah perlu begitu ek? huhu~

    manusia pelbagai ragam
    kena ada solusi yg lebih agam

  4. hijau,
    mllh rozita suka denda salin balik soalan dgn jawapan. lagi byk dari istighfar beratus-ratus.. haha

    hasif,
    ceh, tau aa kau jarang2. aku aa paling byk... haha

    thaaqib,
    kalau lirik 'yang terhangat di musolla'? ada? :)

  5. ye ar.. kena skali serik giler... mmg ar x byk kali kena.

    lirik x bes ar.. video ada??

  6. kan dah cakap.. kau jarang-jarang.
    kena yg selalu-selalu mcm kitorg*... haa.. kan letih


    video pun okey gak. nak tgk john berdansa!


    *kitorg merujuk kpd yg selalu gagal