Sebalik sibuk

0 comments
Dibalik kesibukan ini,
Sibuk add dan drop subjek,
Sibuk mematangkan diri di Permatang Pauh,
Sibuk melarikan diri dari masalah (ha ha ha.. ini kes tertentu),
Sibuk mencari talian jalur lebar,
Sibuk memulakan kehidupan yang serba-serbi berbeza,

Tak mungkin saya lupakan,
Kawan-kawan,
Saudara-saudara,
Yang berada di sana.

Selamat Memperingati Al-Quds.
21 Ogos.

Pening-pening

0 comments
Bila dah lama tak ditujukan peperiksaan dunia. Kepala jadi pening. Sekali lagi; sekejap saja lagi. Saya akan buat lagi peperiksaan dunia,sekali lagi. Macam dulu-dulu. Meskipun kali ini hanyalah pra.


*lawatan untuk pembaca
TOEFL

Bila mana saya dengar ceramah

0 comments
Saya ada menghadiri ceramah yang konon-kononnya untuk memantapkan saya dan juga yang lain-lain dalam menghadapi mehnah dan tribulasi yang sukar. Kerana segala yang bakal dihadapi sama ada di sini atau di sana (yang ini merujuk kepada dalam negara dan luar negara, bukan dunia dan akhirat) bukanlah sama seperti yang pernah dialami di sekolah. Jauh. Jauh benar perbezaan; kata beliau (tapi semestinya bukan dalam Bahasa Ibunda).

Ya. Walaupun saya amat-amat-amatlah (sengaja menyalahkan tatabahasa untuk menguatkan kata yang sememangnya telah kuat!) kureng dengan ceramah yang berbentuk motivasi. Ada sebab kenapa saya bersifat demikian.



Tapi saya sangat tertarik dengan sedikit isi yang beliau sampaikan. Ya, walaupun si penyampai bukan beragama Islam, jauh sekali mengamalkan sifat-sifat Islam yang sememangnya mulia.


"You want to be a thermometer or a thermostat?"


Ada apa dengan termometer? Ada apa dengan termostat?

Termometer. Tahu apa gunanya? Sudah pasti untuk menyukat suhu. Jadi apa masalahnya? Sifat semula jadi merkuri yang ada dalam termometer ialah ia sentiasa mengikut keadaan sekeliling. Kalau sejuk, maka ia akan mengecut. Begitulah sebaliknya jika dalam keadaan panas. Jadi, diaplikasikan dalam kehidupan manusia; dan antaranya saya, manusia terlibat akan ikut keadaan sekililing. Kalau baik sekelilingnya, maka itu sudah bagus. Kalau sebaliknya? Nau'dzubillah.

Termostat pula, apa kaitan? Termostat; boleh juga dipanggil controller, aircond controller misalnya. Jadi apa kaitannya? Jika kalian seorang yang elit, tipulah kalau mengaku tak memiliki aircond di rumah. Gunanya untuk apa? Menyejukkan Malaysia yang kadang-kadang panas. Tambah-tambah bila berada di bumi gersang nun di 'kuala' sana. Tak ke seronok bila cikgu kesukaan meng'offer' belajar di bilik P&P. Ha ha ha.. Tugasnya sajalah yang membuatkan berasa selesa. Begitu juga manusia; antaranya ialah saya, `kan bagus jadi macam termostat. Mengubah sekililing, bukan ikut sekeliling. Ayat power, lawan arus bukan ikut arus.



Yang benarnya, saya jadi malu sendiri. Bila mana yang berkata-kata bukanlah orang Islam yang pernah belajar Islam dalam suasana yang Islam. Tak macam saya. Hampeh betul saya.

"yeah, i know ur school"

0 comments
omgomgomgomgomg....

Dalam banyak-banyak orang yang saya temui dekat sini, langsung tiada orang yang tahu tentang daerah lama saya. Yang famous; sekolah sains, mrsm, dan sbp-sbp yang lain. Bila disebut tentang gua nun di hujung kuala, senyum saja `lah.

Alih-alih, orang kuat di sini pula yang tahu.

omgomgomgomgomgomg....

"yeah i know your school. all my kids now at Hidayah JB."

Hari-hari yang Tak Tersangka-sangka

0 comments
Ya.. Hari-hari yang tak tersangka-sangka.

Hari Sabtu.
Buat pertama kali dalam hidup saya, saya buat perkara yang tak pernah terlintas langsung dalam benak saya. Serius. I earn some money with thing that I like. Ha ha ha.. Projek pertama saya, insyaAllah akan membawa hasil, dan mungkin akan berkembang lagi. Dengan izin Allah.
Tunggu `lah pra-tonton yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Juga dengan izin Allah.

Hari Ahad.
Buat pertama juga, (dan paling penting; paling gila dalam dunia materialistik saya) saya keluarkan duit yang tebal-tebal untuk shopping (baca : beli-belah di Pesta Komputer). Ha ha ha.. Pergi tanpa niat, pulang dengan hasil yang agak lumayan. Sila jangan ikut langkah seperti saya!

Hari Isnin.
Dan pertama kali juga `lah, saya buat kerja tak senonoh (baca : kerja gila). Ada patut, saya sempat bersantai-santai, bersenang-lenang, berjoli-joli sebelum masuk kelas. Hasilnya, berlari-lari anak saya dibuatnya dek tak mahu lambat masuk ke kelas.
0 comments
oh my.. (baca : ya Allah)

Macam mana lah saya boleh lupa.
Bukannya sibuk apa-apa.
Bukannya sibuk menelaah pun.
Bukannya sibuk homework.
Sibuk ke hulu ke hilir, bazir duit ada `lah.
Itupun saya lupa juga.

Apalah nak jadi dengan saya.
Macam mana saya nak minta syafaat nanti.
Syafaat waktu-waktu yang sangat kacau bilau.
Yang umat tertentu saja boleh minta.

Tapi,
Sirah nabi pun tak nak ingat.
Dah lepas beberapa hari baru teringat.
Itu pun 'teringat'.
Kalau tak...


Selamat Menyambut Isra' Mikraj.
Semoga Ambil Iktibar dan Pengajaran.

Goal Setting (?)

2 comments
Saya dihidangkan dengan perkara-perkara yang berkait-rapat dengan motivasi, pada Ahad yang lepas. Salah satu isi yang cuba disuapkan kepada saya, dan orang-orang di sekitar saya; goal setting atau saya 'alih bahasa'kan sebagai matlamat (bukan gol bola sepak, diulangi bukan gol yang di tengah-tengah padang bola sepak!).

Ini adalah contoh yang beliau berikan.

Long Term
- to be an actuarist.
- open a new firm.

10 or 20 Years After
- hold a bachelor degree in actuary.
- continue master degree.

Short Term
- score in every test, exam, quiz.
- entering into a top university in the world.

Huh.
Kalaulah ceramah ini berlaku di daerah saya yang sebelum-sebelum ini. Ha ha ha. Saya percaya, mesti ada suara sumbang di belakang sana. Takpun secara tiba-tiba akan ada telur mentah dan tomato yang beterbangan entah dari mana datangnya (alaa bayangkan penyanyi suara sumbang menyanyi di khalayak). Ini perlambangan yang sangat hiperbola. Bahasa yang lebih mudah; tak puas hati.

Kenapa?
Serasa saya, saya bukan hidup sekadar belajar pandai-pandai. Dapat masuk universiti. Dapat kerja canggih. Gaji banyak. Bukan! Hidup saya bukan klise 'orang tua yang susah menyuruh anaknya teruskan persekolahan'.

Macam mana 'kehidupan' selepas kehidupan di sini? Atau bahasa mudah; macam mana kalian nak hidup lepas kalian mati? Atau bahasa yang paling leweh; akhirat kau macam mana?

'Belajar pandai-pandai, masuk universiti, kerja power-power, pastu gaji tinggi' bukan goal saya. Itu yang pasti. Goal selepas mati itu lebih penting.

*edited
Alamak! Takutnya kalau yang menyuap tu, baca entri saya ni. Habis saya.. ha ha ha

Cerkot*

0 comments
*cerkot adalah akronim kepada cerpen (cerita pendek) yang kontot.

Cerkot I
Saya acapkali disuruh untuk memberikan sedikit suara (baca : pendapat) mengenai sesuatu pun. Misalnya; maksud sekian-sekian perkataan. Dan, acapkali itulah saya hanya merenung, menggumpal nafas dalam, kadang-kala memandang dengan rasa tak bersalah. Kalau bernasib baik, insyaAllah suara saya akan kedengaran. Atau, yang sebaliknya.

Cerkot II
"kau tau.. dulu aku camni-camni.."
"aku pulak camni-camni.."
"kau belum tau semua pasal aku.."

Dan, saya hanya terkedu. Atau... resah mungkin.

Cerkot III
"Can you please describe your self. At the front."
"I... er... My name is... er... I... er... like... er.. like playing.. er..."


*kesimpulan*
Nampaknya, saya seorang yang sangat hampeh. Dengan ilmu secetek sungai paras buku lali, dengan iman senipis helaian kertas. Memang benar saya seorang yang sangat hampeh. 7 tahun memang langsung tak cukup. (Tak termasuk Cerkot III; english saya pun hampeh jua!)

Zaman dah berubah, dunia makin maju...

1 comments
Saya tak mahu meracau-racau tak tentu hala. Ya saya tahu! Ini adalah perbuatan separa gila yang pernah saya buat seumur hidup saya. Malahan sejarah keluarga saya tak pernah ada yang mengambil keputusan yang sungguh gerila sebegini. Apatah lagi, untuk saya berharap untuk sengaja berbuat begini sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Gila! Jauh panggang daripada api.

Dengan berbekal sebuah beg pakaian saiz sedang-sedang berisi pakaian-pakaian ala-ala lelaki korporat, sebuah beg sandang berisi sedikit khazanah berharga dari sebuah 'gua', dan di susuli dengan hati yang berbelah bagi yang berbekalkan iman senipis kulit bawang. Fuuh..! Ini keputusan drastik tanpa batasan.

Dikelilingi orang yang bijak dan geliga, satu perkara luar biasa yang saya terpaksa hadapi. Segala-galanya membuatkan saya terpaksa menukar perwatakan sedikit, sesuai dengan keadaan sekeliling. Bukannya apa. Saya `kan biasa dengan orang berjiwa luar biasa; berbanding di sini yang hanya.... (terpaksa di delete atas menjaga sensitiviti). Tapi tak apalah, boleh saya menambah pengalaman. Pokoknya, saya di sini bukan saja kekok dan cuak, juga berasa asing dan terasing.
Bukan sekadar melihat mini skirt di mana-mana saja, atau pasangan-pasangan kekasih bermaharajalela sahaja ya!

Ya! Saya sudah pergi ke daerah yang lain. Yang jauh bezanya dari daerah-daerah saya yang lama!
Zaman dah berubah, dunia makin maju...

Saya tak mahu membuat entri berbentuk klise; lagak seorang remaja berketerampilan hip dan stylo, menulis di blog sambil menyatakan; "yo..ak da msuk kolej beb! jom jmpe ak kte bley deting nnti." Maaf. Saya bukan blogger yang berketerampilan hip dan stylo, menulis yang bukan-bukan.

awas!

1 comments
achtung..!!
entri ini mengandungi unsur-unsur emosional.

"jangan ucapkan selamat tinggal, tetapi ucaplah selamat berjumpa lagi,
jika tidak di dunia, insyaAllah di syurga kelak!"