Selamat Tinggal 2009

5 comments
i.
Hari ini, hari terahkir untuk 2009. Saya tahu, semua sedia maklum.

ii.
Selama 2 dekad saya bernyawa, saya masih tertanya-tanya. Apa motifnya menjelang tahun baru dengan konsert-konsert, bunga-api dan countdown. Sungguh ironi.

iii.
Saya mengaku. Saya seorang forummer yang fanatik (forum apa terpaksa dirahsiakan). Di ruangan bebas yakni ruangan yang tidak kait-mengait dengan apa-apa bidang/bahagian, saya selalunya secara serius melepak disitu. Dan sejak akhir-akhir ini, sempena tahun baru yang bakal menjelang, lambakan topik mengenai azam atau resolusi (bahasa PPSMInya resolution) timbul. Dan dengan lambakan itu jugalah saya dengan bangga menjawab, "1440x900 semestinya."

iv.
Oh, baru saya teringat, bermula esok juga harga gula sekilogram naik 20 sen. Esok lusa, tiba-tiba harga makan, minum, keperluan mesti juga naik. Saya tak tahu apa relatifnya, apa tambah tolaknya. Saya tidak cemerlang subjek ekonomi secara jujurnya.

v.
Akhir sekali, terima kasih kawan-kawan. Lagi setahun kalian sudi menumpang bahu. Sudi berkongsi rawan. Hanya Allah layak membalas. Moga kalian dirahmati.

2 hari sebelum 2010

0 comments
Err... er... em.. erm....

Aduh, kekok pula rasanya nak menulis. Inilah bahananya bila dah lama tak menjenguk blog sendiri. Langsung tak teringat nak update fasal life sendiri. Yelah, kononnya ramai kawan-kawan seantero dunia (maksud saya; mereka yang merantau jauh demi ilmu khususnya) ternanti-nanti berita terkini mengenai saya semestinya.

First thing yang kalian perlu tahu pasal saya. 019 - 605 6305 sudah lenyap ditelan waktu dan masa. Akibat terlupa isi semula lebih daripada 3 bulan. Baru-baru ni saja terjadi.

Jadi siapa-siapa yang masih sudi berhubungan dengan saya, take note ya!

Notis!

0 comments
Brb. On hiatus for about 20 hours. Yes, im serious. 20 hours is quite long time actually. ROFL~

Edit -
Hiatus daripada hubungan internet. Bukan blog lah!

Quick glance

0 comments
Baru tersedar. Kalau satu-satu research dibuat dengan penuh komitmen dan enthusiastic, bila saat-saat penyudahannya, terasa satu kenikmatan. Mungkin tak setaraf rasa nikmat dan bahagia pabila saat memasuki syurga. Tapi, ia tetap mendamaikan. Baru saja tersedar.

Lima juga

0 comments
Sekali lagi. Angka 5 menjadi tajuk entri kali ini.

i.
Saya sudah sangat-sangat menghampiri peperiksaan akhir tahun. Oh, sebetulnya yang saya tunggu-tunggu adalah cuti selepas berakhirnya peperiksaan. Itu yang amat dinanti-nantikan. Jadi, mood saya agak mood gembira, dek kerana assignment dan kerja sekolah sudah selesai. Cuma menantikan kertas soalan untuk dijawab. Lalu ditanda. Itu sahaja yang perlu saya tunggu sekarang.

ii.
Juga, mood gembira saya bertukar sedih. Moody. Apa taknya. Apa boleh lupa projek-projek setiap semester. Langsung tak siap. Padahal tinggal berapa hari saja lagi sebelum berakhirnya semester musim luruh 09 ini. Habis punah harapan berbunga-bunga menanti saat cuti yang amat panjang. Terpaksa risau kembali. Haih..~

iii.
Kebelakangan ini, saya sungguh arif (baca: kononnya arif) dalam setiap perkara. Terutamanya benda-benda yang berkaitan dengan ICT. Tak kira benda yang halal atau perkara yang Jack Sparrow (istilah ini baru saya perasan sebenarnya). Macam kaunter pertanyaan lah pula saya ni.

iv.
Saya mula menanam azam untuk mahir photojournalism. Betul, saya kagum dengan photojournalism. Sangat-sangat kagum. It is an awesome art!

v.
Juga, sekarang saya suka perkara pelik dan aneh. Saya rasa kagum-bangga-riak bila mana kelajuan muat turun saya naik mencanak-canak. Kemudian dihebohkan bak ayam jantan bertelur. Aneh bukan?

Sepatutnya.

1 comments
Sepatutnya, saya mahu menulis yang emosi-emosi. Tiba-tiba lain jadinya.

Tak mengapalah. Doakan saya. Esok ada ujian. Moga-moga dengan usaha yang secebis ni, Allah kurniakan kejayaan.

Speechless

2 comments
Orang lain, bila tak tahu letak tajuk sesuai dalam blog sendiri, terus tukarkan dengan angka. Misalnya, bila itu adalah entri keempat puluh tujuh, misalnya, langsung tajuk tertulis 47 atau pun dalam perkataan. Yakni 'empat puluh tujuh.' Tapi saya rasa janggal, sebab tiba-tiba bertukar angka. Kan pelik jadinya.

Oh itu mukadimah. Saya sedar, tiba-tiba saya rasa malas mahu tambah entri-entri baru. Ya, alasan paling kuat, nampak gaya, blog saya sudah tiada pembaca. Seolah bila saya tulis, macam syok sendiri. Padahal, entah siapalah yang pernah singgah ke sini. Itu satu hal, sekarang juga, ghairah menulis semakin malap. Lenyap. Tak tahu kenapa.

Tapi, bila saya melompat-lompat blog ke blog. Terutama kenalan saya, macam-macam saya rasa. Ada cemburu. Ada rasa tumpang seronok. Lebih bagus, ada yang mendorong saya. Tentulah kepada yang baik-baik. Sebab tu, saya rasa elok juga saya menulis juga. Sekali-sekala pun jadilah. Syok sendiri pun tak apalah.

...

0 comments
Basahkan tubuh dengan wudhu', letakkan kepala di sejadah, nyanyikan kalam tuhan. Mudah-mudahan jiwa menjadi tenang.

(13:28)

Kejutan

1 comments
3 Syawal 1430H. Lokasi di Sungai Acheh, Nibong Tebal. Sebelum masuk waktu Maghrib. Sedang asyik berborak dengan tuan rumah, tok menakan (orang utara cakap). Sejurus selepas abang sulung saya dapat panggilan, giliran ayah pula pergi keluar sambil menjawab panggilan telefon.

Kemudian ayah saya masuk kembali, terus menuju kepada tuan rumah. "Kami mintak diri dulu kot." Saya, adik-beradik ikut bersalaman.

Di luar rumah. Kami, satu keluarga berkumpul. Ayah cakap; "Ustaz Fuad call. Dia cakap rumah kena pecah. Nak terus balik Klang ke?" Saya kaget.


****

Lebih kurang 5 pagi, tiba di Klang.

Eid Mubarak!

0 comments



Selamat Hari Raya, Eid Mubarak.
Maaf segala salah silap. Zahir dan batin. Segala yang disengajakan atau tidak.

Semoga kita ketemu lagi, Ramadhan.

2:148

0 comments
Tinggal berapa jam saja lagi. Sebelum ia berlalu. Dan kalau mahu berjumpa lagi, perlu kau tunggu untuk tempoh yang agak lama. Entah engkau masih bernafas atau inin yang terakhir untuk kau. Engkau tahu. Sebetulnya, engkau betul-betul maklum. Yang ia akan pergi. Akan berlalu.

Memang engkau telah dididik. Bahawasanya, amal yang kau buat ketika ini. Ya, ketika Ramadhan ini yang kau sedia maklum akan pergi tinggalkan kau. Setiap amal yang engkau buat, memang akan berkali ganda lipat. Malah, yang kau anggap paling cikai pun boleh berganda-ganda lipatnya.

Tapi, apa yang engkau sendiri tahu, engkau buat tak endah. Ilmu yang engkau kumpul, yang kau gali, mana kau letak? Entah apa yang kau buat pada waktu-waktu begini. Sekejap kau guna masa untuk berinternet. Sekejap kau main game. Alasan engkau, mahu melepas tekanan. Mana waktu kau dengan tuhan? Engkau bukan tak tahu amalan kau akan berganda kalau kau buat. Malah engkau masih ingat hadith nabi pasal syaitan yang diikat. Tapi, engkau..

Engkau bukan mahu jadi Imam Besar. Engkau juga tak pernah mimpi mahu jadi Pegawai Syariah. Jauh sekali mahu jadi Pendakwah, ber'kuliah'/ber'forum' sana-sini. Dan engkau tahu, yang engaku belajar ilmu apa sekarang, ilmu sekular acuan barat. Penuh dengan perkara dilarang tuhan. Tapi tak bermaksud kau boleh lupakan ilmu yang kau dapat sebelum ini. Tak bermaksud kau boleh tinggalkan apa yang pelajari sebelum ini. Lebih 10 tahun kau mengaji ilmu agama. Walau pun ilmu yang kau timba, ilmu yang paling asas. Asas itulah yang buat kekal sebagai Muslim, yang engkau mengaku Islam sebagai agama kau, dan tercatat dalam kad pengenalan engkau.

Engkau resah. Engkau juga gelisah. Engkau selalu berbisik sendiri. Kau mahu tetap kekal, dengan apa yang pernah amalkan. Dan sekarang apa yang engkau buat? Dan engkau salahkan sekeliling. Engkau salahkan tiada suasana. Engkau salahkan kawan-kawan baru kau. Padahal yang pilih jalan sebegini rupa.

Dan sekali lagi buat engkau resah. Juga tambah gelisah. Engkau rasa kau berseorangan. Engkau sering mahu putar masa ke belakang. Kau mahu kembali, untuk bina diri kau, supaya kau boleh terus hidup di sini. Sebab jalan macam ini yang kau pilih, yang kau mahu.

Kau kena ingat. Hari terakhir begini pun jangan kau sia-sia kan. Sebelum kau kena tunggu 11 bulan lagi. Itu jika kau masih bernafas.

Kalau

0 comments
"Kalau tak boleh habiskan, tak bermaksud tinggalkan."
Bulan puasa atau tidak. Bulan mulia atau bukan. Bulan keberkatan atau tak. Suasana di sekitar saya sama saja. Tiada sambutan menghidupkan bulan penuh barakah ini. Apatah edaran risalah-risalah pasal kesucian Ramadhan. Jauh sekali tazkirah harian menunggu buka puasa.

Yang jelas, 30 hari pada bulan ini memang sama, atau dengan kata lain; saling tak tumpah dengan 11 bulan yang lain. Petikan di atas sangat signifikan dengan saya. Faham maksud saya?

Buka dan Donat

3 comments
Apa rasa kalian? Bila beramai-ramai, lebih kurang 30 orang sehingga mencecah 40 orang. Berhimpit-himpit. Di ruang tamu yang sempit. Ia juga ruang tamu bujang, yang semestinya hiasan dan aksesori di persekitaran adalah buku-buku bertindan-tindan atau kotak-kotak terisi entah pakaian entah barang apa. Dengan ramai-ramai itu dan masing-masing khusyuk menghadap dulang-dulang makanan menunggu masa untuk menyuap, hanya dihembusi kipas duduk dan kipas diri. Apa rasa agak-agaknya?

Tapi tak apalah. Ada 2 waktu gembira untuk orang yang berpuasa. Salah satunya, saat berbuka. Tak kisahlah kalau berhimpit-himpit entah berapa ramai orang, dalam ruangan sempit. Yang hanya berdinginkan kipas angin duduk, oh itu kipas yang paling dekat dengan saya. Itu `kan saat berbuka, dan ia dijanjikan tuhan saat-saat yang menggembirakan.


Oh, dan satu lagi. Buat pertama kali, saya merasa Krispy Kreme. "Tamam," orang mesir bilang.

Lima (Versi 2)

0 comments
Versi kedua.

Lima Alasan Kenapa Saya Perlu Mula Kembali

Satu.
Seperti yang saya katakan pada entri sebelum ini. Tempat mengadu nasib, merungut, mencarut dan sebagainya, yang pada mulanya ditulis di blog sudah digantikan dengan facebook. Biasalah kononnya trend. Tapi, nampak kurang compatible. Apa taknya, facebook is not your personal blog or tweeter. Blogging lebih profesional pada hemat saya.

Dua.
Untuk pengatahuan semua (buat siapa-siapa yang belum tahu). Secara serius, jadual persekolahan saya pada semester ini sangat-sangatlah, amat-amatlah pendek. Orang kata, baik tak payah pergi sekolah. Ada hari waktu persekolahan saya hanya sejam dan setengah. Ada pula hanya 2 jam. Jadual saya memang sebegitu, setelah 3 semester bergelut dengan sekolah awal pagi. Sekarang waktu saya bersenang-lenang pula, OK? Jadi masa yang kosong-kosong inilah ada baiknya saya tambah entri. Mudah-mudahan manfaat.

Tiga.
Suatu petang yang entah bila, saya cuba berjalan-jalan sekitar internet. Tiba-tiba ramai kawan-kawan saya kembali menambah entri. Juga tidak mahu dikatakan terkebelakang, saya cuba ikut dari belakang. Menambah satu dua entri. Tambahan, makin ramai kenalan-kenalan saya sudah bertebaran ke pelusuk dunia, mahupun menunggu masa untuk pergi jauh. Untuk terus berhubungan, biarpun hanya dengan membaca tulisan, cukuplah saya dan mereka berkongsi-kongsi cerita di laman sesawang.

Empat.
Juga berkenaan dengan legend atau jaguh. Yang saya kaitkan dengan aktiviti plagiarism. Mana boleh saya kalah begitu saja. Walaupun jelas tidak boleh dibawa ke mahkamah untuk difailkan saman malu dan sebagainya. Saya guna jalan kedua. Saya lawan dengan mulakan dengan template yang baru. Saya takkan menyerah begitu saja. Tahu!

Lima.
Apa ya.. Oh ya, blogger itu juga mula kembali.

Lima

0 comments
Lima Alasan Kenapa Saya Hiatus

Satu.
Secara sedar atau tidak. Saya berhenti pedulikan laman blog saya dan tidak menambah jumlah entri ketika saya berada di musim panas, mengikut hemisfera selatan. Saat itu, saya sedang menjalani semester ekspres yang memerlukan saya konsisten dan tegar menjalani pembelajaran yang pantas segala. Sampaikan saya pun tak sedar saya selesai menjalani penggal persekolahan. Secara tiba-tiba sudah final exam. Dan, tentulah keputusannya...

Dua.
Beberapa bulan lepas juga, sebelum saya betul-betul hiatus. Saya diperkenalkan dengan Facebook, yang diakui sangat-sangat terkenal dikalangan remaja-remaja hip mahupun dewasa yang sofistikated. Walhal saya sudah mendaftar keahlian lama dahulu, baru tiba-tiba semangat ber'Facebook' muncul. Oleh itu, banyak masa untuk berkongsi suka-duka, merungut, mencarut, dan sebagainya di Facebook saja.

Tiga.
Tidak salah, kalau saya simpulkan. Sewaktu saya bercadang untuk tinggalkan blogging sementara, memang ramai kawan-kawan saya sudah tidak aktif lagi. Ramai yang bersara, pause, atau tiba-tiba menghilang. Mungkin musim hiatus saat itu. Untuk tak kelihatan terkebelakang dan tidak mengikut trend. Saya pun ikut sama berhenti. Ikut trend lah katakan. Jadi belia mesti ikut trend. Ha ha ha.

Empat.
Satu alasan, yang saya kira memang betul penyebab saya berhenti manambah entri, adalah seorang yang dianggap legend dan jaguh telah memplagiat template yang saya gunakan sebelum ini. Kalau dipanjangkan cerita untuk difailkan afidavit dan sebagainya, jauh sekali saya akan menang. Kerana lawan saya adalah seorang legend. Maka, untuk tidak mengeruhkan keadaan, saya berundur sebentar.

Lima.
Sebenarnya, hasil tulisan saya semuanya berinspirasikan seorang blogger. Kerana blog beliau, saya menukar gaya penulisan sebegini. Bukanlah menciplak, tapi menjadi sumber rujukan. Tapi, beliau juga tiba-tiba tiada update. Saya pun jadi sama tiada mood tambah entri.

Selepas Hiatus

0 comments
Sekian lama. Saya. Hiatus.

Berkat 10 hari kedua Ramadhan. Berkat ulangtahun kemerdekaan. Berkat permulaan sophomore. Saya kembali. Mudah-mudahan.

*notakaki : penukaran belum selesai*

Update!

4 comments
Kampung halaman dipecah masuk!

"Ujian tuhan datang dari bermacam-macam cara"

Saat-saat akhir di semester musim panas

0 comments
Mungkin kata pause. Mungkin kata malas. Mungkin kata kekontangang idea.

Pejam pelik, pejam pelik, semester musim panas dah berpenghujung. Minggu depan mula periksa. Entah bersedia entah tidak. Mudah-mudahan, tiada perjumpaan kali ketiga. Cukuplah~

Nakbah!

2 comments
Anak-anak kecil pun peduli. Anda?
Mubasyir MS, 10 Januari 09, Stadium Melawati


61 tahun berlalu. Masih dalam cengkaman. Kenapa?

Sudah lama tak bermanja-manja dengan fotografi

2 comments


Saja berjalan-jalan sekitar alam maya. Terjumpa satu karya. Yang saya kira tak kurang hebatnya. Kagum.

Walaupun pada mulanya memang saya mahu lihat-lihat aperturenya bagaimana, kadar ISO, dan tempoh shutter speed panjang atau pendek. Juga dari sudut kaca mata professional sememangnyalah lebih tertumpu pada hebat atau tidak bokeh, kadar DOFnya, atau Rule of Third dipatuhi atau tidak. Dan biarpun kritikan yang dilemparkan lebih ke arah teknikal sebuah foto. Tapi saya yakin, ada yang lebih patut dipelajari dalam gambar tersebut.

Kadang-kadang

10 comments
Ada kalanya saya kononnya bersifat high culture*. Misalnya, kadang-kadang saya suka muzik. Muzik yang high-class yang bersifat bangsawan kononnya. Ya, kadang-kadang.

Saya terjumpa. Secara tak sengaja muzik yang agak bersifat bangsawan yang dicedok dari muzik mainstream. Suka untuk saya kongsi-kongsi.




*Istilah high-culture saya pelajari melalui subjek Sosiology, sains sosial yang bersifat kemanusian, lari dari bidang sebenar saya.

Hari ini

0 comments
Baru pulang dari konvensyen. Keletihan. Sudah lama tak mendengarkan idea-idea penting. Yang bila didengari, sangat beerti. Seolah bernyawa semula.

Pengajaran untuk hari ini.

I.
Sesungguhnya, saya sangat bersyukur. Rupanya, masih ramai muslim yang masih faham dan cuba memahami, apa yang sepatutnya seorang muslim perlu peduli. Setelah beberapa lama dijamu mata dan telinga dengan entah apa-apa, yang kadang langsung tak patut dihidangkan depan saya. Sungguh, saya rasa tenang. Biarpun lelah dengan sesak manusia.

II.
Saya pelajari 2 perkataan baru. Anti-semitism dan pogrom. Yang saya kira sangat berharga dalam laci kosa kata saya.

Genre country

0 comments
Sambungan kepada Dasar pandang ke timur, saya juga tiba-tiba suka kepada irama country. Tiba-tiba enak benar irama cowboy. Tiba-tiba saja.

Imej dan Imejan

0 comments
Tak dinafikan. Sekarang fikiran saya bercelaru. Serabut. Kalau boleh dizahirkan, macam wayar dalam mesin-mesin ajaib seperti digambarkan dalam cerita fantasi kanak-kanak. Berserabut dengan wayar bersambung sana-sini tanpa pengakhiran.

Keadaan lebih mengharukan semenjak beberapa hari lepas. Atau lebih jitu dan akurasi, 2 hari lepas, waktu menginjak maghrib. Entah macam mana. Imaginasi lampau ganas membayangi fikiran. Macam projekter memancar-mancar tak berhenti. Dari kisah kelas yang lelakinya tak cukup untuk sepasukan bola sepak sampailah ketika menghadap Ustaz untuk menghantar pelajaran baru. Semua sibuk berputar dalam benak.

Lagi galak menunjukkan diri, entah kenapa saya teringat-ingat 2 peristiwa ni.

Pertama, jalan-jalan ke Melaka. Beberapa tahun lepas. Idea gila siapa entah, menghabiskan cuti dengan berjalan-jalan ke Melaka. Agenda utama; memancing ikan keli sebesar paha manusia normal di kolam. Hasilnya memang lah memuaskan. Tapi pengorbanan wang ringgit memang satu pengorbanan. Kagum.

Kedua, entah kenapa peristiwa makan-makan di Bangi 4 tahun yang lepas tiba-tiba memancar dalam imaginasi saya. Dari kisah pembahagian tugas siapa masak-masak, siapa main-main, siapa itu-ini, sampailah kisah kembali ke rumah setelah berpeluh-peluh secara tiba-tiba sebelum bubar. Entah idea gila siapa main bola waktu tu. Lebih kreatif, pulang dengan kenderaan awam, dengan badan bau entah apa-apa, sambil mengusung entah tong nasi, bekas polistrene, malahan P.A system. Sungguh mengundang pandangan setempat. Lucu berbaur kagum.

Entah kenapa. Tiba-tiba teringat.

Dasar pandang ke timur

0 comments
Entah kenapa. Tiba-tiba belakangan ini. Saya seolah macam mengiyakan dan mengikut saranan perdana menteri keempat.
Dasar pandang ke timur

Saya sedih dengan humaniti

0 comments
Saya sedih. Sedih sangat-sangat, dengan humaniti.

Saya rasa, saya telah gagal. Setakat ini, dalam humaniti. Gagal dengan hubungan humaniti. Sesama manusia. Sesama insan, rakan.

Saya rasa betul-betul mengabaikan hak-hak sesama manusia. Saya tinggalkan apa yang patut saya tunaikan. Saya rasa saya sudah jauh, sangat jauh dengan fiqh baina an-nas. Saya kufurkan ilmu yang saya ada.

Akibatnya, saya juga tidak dapat apa-apa yang patutnya saya terima. Hak-hak kepada saya jangan haraplah saya terima. Saya tak layak. Kerana saya juga yang tunaikan hak-hak kepada orang lain.
Salah saya yang sebetulnya.


Dengan humaniti, saya sedih. Sangat-sangat sedih.

Hukum Karma?

1 comments
Saya tak tahu apa istilah tepat untuk apa yang terjadi pada saya semalam. Entah macam mana istilah karma bermain-main di medan fikiran saya. Tapi apa yang faham, masa belajar sejarah silibus tingkatan 4, karma itu istilah 'mati hidup semula'. Khusus untuk buddhism tak silap saya, sampai mencapai tahap yang paling agung; moksha. Istilah apa lagi entah, saya pun dah lupa. Juga malas nak ingat pun.

Semalam secara ringkas, saya terkena balasan baik, dibalas buruk. Mudahnya, saya terima nasib yang baik, kemudian ditimpa kesusahan. Lebih kurang `lah.

Selalunya, bila pulang ke rumah tempat menginap saya buat masa sekarang, saya selalu jenguk-jenguk peti surat. Mana tahu ada isi-isi yang penting. Semalam, macam biasa, saya jenguk, bil elektrik sampai. Saya lega, sebab entah apa masalah berkait dengan elektrik. Meter rosaklah, bacaan meter terlebihlah. Entahlah. Syukur sangat-sangat meter elektrik dapat berfungsi dengan sempurna.

Tapi, yang buat lebih-lebih terkejut. Bil yang perlu dibayar. Negatif. Ha ha ha. Rezeki jumaat apa entah, tiba-tiba bil elektrik datang dengan perkiraan negatif. Saya kira-kira boleh kata setahun elektrik percuma. Agaknya kecelaruan sebelum-sebelum selesai gamaknya.

Hukum alam agaknya, gembira saya bertukar tragedi. Petangnya, saya bersegera. Ada ujian lagi. Saya berkira-kira, macam biasa, persediaan yang minima. Cukup-cukup makan. Yang penting tawakal itu ada.

Saya masuk kelas, saya tengok soalan. Nampak mudah. Saya jawab yakin.

Tamat masa menjawab. Di luar kelas, macam biasa, kecoh-kecoh. Sudah pasti kaitnya ujian tadi. Tapi, luluh jantung, bila saya tahu, saya jawab tak menepati kehendak soalan. Hilang markah yang banyak sekelip mata. Ya Allah... Terdiam saya.


Kalau mengikut akal manusia yang cetek ini semata-mata. Ya, macam saya sebut. Mungkin macam hukum karma. Atau apa-apa saja yang terjadi mengikut hukum-hukum mitos atau logik akal semata. Tanpa ada sebarang guideline. Saya tenangkan hati. Kehendak Maha Kuasa. Ada sebab kenapa saya dihijabkan dengan membaca soalan betul-betul.

"Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu walau kamu tidak suka"

Susah!

2 comments
Susah, kalau benda yang tak sepatutnya jadi agenda utama.


Langsung tak pernah terlintas dalam benak saya mengejar gred A semata-mata dalam mata pelajaran tertentu. Oh mungkin tak mengejar itu secara literal atau pun fizikal. Saya rasa kedua-dua sekali kot.

Kalau boleh, saya cuba untuk mengelak daripada teru-menerus menelaah, mengulang kaji atau apa sahaja perkataan yang boleh digunakan. Selalunya saya berjaya. Ya lah, belajar bukan semata periksa atau skor A banyak kemudian masuk universiti kemudian dapat kerja besar, gaji besar. Bukan. Sebab itu, saya terjemahkan dengan perbuatan, sungguh-sungguh. Saya selalu malas-malasan. Bukan apa, belajar bukan setakat periksa. Saya bisik selalu-selalu.

Tapi entah macam mana, saya boleh berjaya. Rezeki Allah saya kira. Tuhan maha kuasa. Segala rahsia dalam genggaman-Nya. Kita manusia hanya mampu menurut.

Kuasa Allah. Sekarang saya tercampak di tempat saya berada sekarang. Dan buat rakan-rakan, serius jelas benar perubahan pada saya. Saya, tidak boleh tidak, terpaksa mengagendakan sesuatu memang jauh sekali nak fokus dahulu kala. Iaitu, gred akademik. Oleh itu, kerajinan saya yang mula-mula dibuat-buat mula dibiasakan. Malas-malas itu masih ada. Tapi malas saya dengan penuh risau. Selalunya.

Baru tadi. Saya sekali bertemu dengan orang penting (mungkin penting betul) program study saya. Macam biasa, gertakan dan ugutan diberhentikanlah, digantunglah, dan entah apa diungkapkan lagi pun saya dah lupa. Tak lupa juga diingatkan sekali lagi pasal entah application university, entah TOEFL. Malas saya mahu fokus. Oh tidak. Saya sudah menjadi orang lain. Itu terpaksa diagendakan juga.

Juga, yang betul-betul menarik perhatian, saya diingatkan. semester ini hanya tinggal 3 minggu saja. Mula-mula saya senyum. Iyalah. Dah lama tak berehat panjang-panjang, berehat di rumah. Tapi, terus risau. Jangan lupa, tempoh 3 minggu, mana nak letak final exam. Projek-projek yang tertangguh lagi. Oh tuhan, betul-betul saya katakan.

Agenda utama saya sama sekali sudah berubah. Umat entah macam mana lah saya ni!

Oh ya, esok saya ada ujian. Sekali lagi. Doa-doa yang saya harapkan. Semoga menjadi 'rakyat yang tahu bersyukur'.

Tambahan entri, itu saja

1 comments
Kurang dari 10 jam, saya akan hadapi sekali lagi ujian, yang akan menentukan letak duduk nya keputusan mata pelajaran dihujung semester. Walaupun impaknya taklah sebesar mana, paling kurang pun kesan tetap ada. Mana tahu, jika gagal, sekali lagi saya diletakkan sebagai rakyat yang tak tahu bersyukur. Andailah..

Oh ya. Saya mahu kongsi satu proverb, yang saya kira mendalam juga maksudnya.
Idle Hands are The Devil's Workshop

Tutup lampu!

3 comments
Kurang dari sejam kempen bergelap yang diwar-warkan akan bermula. Arahan dia mudah. Tutup lampu. Sahaja kot.

Itu yang lucu. Perkakas eletrik lain? Bandingkan watt lampu dan komputer. Kan jauh beza. Lucu juga.

Tapi. Okey saja. Kita tunjukkan, kita juga peduli. Biarpun hanya bergelap. Untuk jimatkan eletrik sekurang-kurangnya sejam. Kita juga peduli.

Islam itu kan ihsan.


*Tambahan entri di tengah-tengah kekusutan*

Prioriti

2 comments
Menukar fikrah yang sedia ada kepada sesuatu yang berbeza sangat-sangatlah menyakitkan. Juga memenatkan. Walaupun taklah sepenuhnya bertukar, sebahagian saja. Cukup perit. Mungkin tak biasa gamaknya.

Tak pernah langsung sebelum-sebelum, agenda terbesar untuk memastikan gred akademik ditahap yang tinggi. Selalunya, saya hanya tangkap muat. Cukuk-cukup makan. Asal ada nampak usaha sikit-sikit jadilah. Mungkin rezeki. Allah yang tentukan. Mudah-mudahan bukan istidraj (na'udzubillah) tapi nikmat kurnia tuhan.

Sekarang, sungguh berbeza. Saya cuba untuk bersikap biasa di tempat sebegini. Heh, tak menjadi. Baru-baru ni, kami (merujuk kepada rakan-rakan jua) dikunjungi orang yang bertanggungjawab di atas pencapaian kami. Ha ha ha, langsung haprak gred kami yang lepas, ha ha ha. Langsung dituduh rakyat yang tak tahu bersyukur. Menghabiskan duit rakyat sesuka hati, tak membalas jasa langsung*. Ha ha ha.

Jadi, saya tidak boleh tidak terpaksa meletakkan permasalahan gred akademik di tempat pertama mengalahkan yang lain-lain. Mungkin keterlaluan. Cukuplah termasuk dalam prioriti, taklah mengalahkan agenda-agenda lain ke belakang habis.

Serius, susah. Penat. Lelah. Sekarang pun tak habis-habis lagi. Banyak lagi nampaknya projek-projek, research-research dan assignment-assignment. Nampak sangat saya bukanlah orang yang berbakat untuk menjadikan prioriti gred akademik sebagai nombor 1 berbanding lain-lain. Macam isu yang terhangat dalam negara sekarang; semuanya berkaitan isu bahasa.


*Ayat tersebut adalah tokokan semata-mata, saya olah supaya menarik perhatian para pembaca seperti kalian. Ha ha ha.

Ada apa dengan Hari Isnin yang Cuti ini?

0 comments
Kelas saya pada penggal kali ini sedikit pelik. Boleh jadi unik, boleh jadi perit. Ikut persepsi masing-masing. Saya mula dengan kelas pada pukul 8 pagi, selama sejam. Kemudian disela dengan waktu senggang sampailah pukul 12. Juga sejam. Dan 'kadang-kadang' saya pergi juga kelas pada petangnya (kadang-kadang di sini jangan dipandang serius, ha ha ha). Kes seperti ini bukan setiap hari ya! Jangan ingat saya tak hargai duit rakyat pula.

Kebiasaan. Khutbah Jumaat adalah waktu yang paling enak untuk tidur. Jangan salah sangka. Kadang sampai termimpi-mimpi dibuatnya. Tapi beza kepada saya penggal ini. Waktu senggang saya hari Jumaat, biasa saya penuhi dengan tidur. Jadi aktiviti tidur ketika khutbah sudah saya buang jauh-jauh. Mudah-mudahan insyaAllah. Kalaupun hanya untuk penggal kali ini saja.

Khutbah Jumaat yang baru-baru ini, sangatlah mencuit hati saya. Pandai pula menyusun teks, gubah ayat cantik-cantik. Molek-molek.
"Jangan jadi macam Abu Lahab, sambut kelahiran Rasulullah suka, dakwah nabi nak lawan*."

Kreatif. Itu perkataan pertama yang terlintas di benak saya. Sempena dengan Maulud Nabi**, jangan tahu sambut cuti umum saja (setiap tahun kalendar Malaysia diletakkan cuti umum), kenalah juga sambut kerja Nabi. Kan?

*Struktur ayat saya ubah. Macam rumusan. Isi sama, struktur ayat berbeza.
**Oh bila saya cerita pasal Maulud Nabi, mungkin ada yang offended. Iyalah, ini kan perkara yang Rasulullah tak pernah buat. Bid'ah namanya. Tapi dengan panduan Ulama' Hadith, kullu bid'ah ada 2 kefahaman, lughah dan mantiq. Ah.. saya dipenuhi dengan pembelajaran sekular. Sampai sekarang pun masih sekular. Walaupun memanda menteri pernah mencari ilmuwan-ilmuwan seperti dahulu kala, hanya melalui pendeklamasian sajak. Jadi saya tak boleh komen banyak-banyak.

Anda berkawan siber?

7 comments
Saya pernah ditanya;
"Ada facebook?"
"Bakal ada," saya jawab.
Kesudahannya. Orang yang bertanya tu gelak. Ha ha ha.

Saya pun terasa lucu juga dengan jawapan saya. Apa taknya. Saya mengaku. Saya pernah bergiat aktif dalam rangkaian 'kawan-kawan siber' suatu ketika dulu. Pantang ada masa, saya curi-curi masa hadap komputer, periksa status rangkaian saya, ketika tu saya gunakan Friendster. Ya, saya mengaku. Akaun Friendster saya masih wujud sampai sekarang. Tapi itulah. Wujud pun macam tak wujud. Orang kata hidup segan mati tak mahu.

Kenapa saya ikut aktif? Boleh terjebak masa-masa dulu?

Tahu kewujudan miRC? Pernah sempat bersama zaman kegemilangan chatroom-chatroom dalam miRC? Situasi miRC sama juga macam Friendster, kalau pun berbeza, saya tetap yakin tetap ada persamaan. Saya ikut semua tu sebab trend. Kalau hari tu cuti awal bulan. Malam tu kalau saya login ke dalam miRC, masuk channel tertentu, confirm, penuh dengan nickname-nickname yang saya kenal-kenal belaka. Baik rakan-rakan sekelas, takpun yang besar-besar. Walhal baru berjumpa, borak-borak di sekolah. Itu namanya trend.

Kemudian trend ini berevolusi kepada Friendster. Saya ikut terjebak sama. Bukan ada kepentingan pun. Saja suka-suka. Sama juga, senarai rakan-rakan siber juga tergolong dalam golongan rakan-rakan realiti, boleh jumpa hari-hari. Itulah, nama pun trend.

Terus terang saya katakan. Zaman kejatuhan pula, langsung saya tak sedar. Tahu-tahu populariti merosot. Kalau Friendster, saya lebih dahulu mengundur diri. Jarang-jarang daftar masuk. Tiba-tiba rasa macam tak berpenghuni. Tak macam miRC, saya sempat merasa zaman kejatuhan.

Inikan pula Facebook. Jangan harap. Minat untuk berkawan siber semakin lama semakin pudar. Maaf.

*Eh saya mahu cerita macam mana saya mengundurkan diri dari berFriendster. Tak tersampai pula. Entri seterusnya `lah.

Keji!

0 comments
Keji!

Baru saya perasan. Sepanjang tempoh saya bersara sementara (temporary retire), rakan-rakan begitu asyik menambah pengajaran dan teladan untuk dikongsi. Ya, saya tahu. Ini kerana mereka mempunyai banyak masa lapang berbanding dengan saya yang tak habis-habis research, project ataupun assignment (walaupun yang selalu-selalunya dateline keesokan hari, maka saya baru mula menulis).

Kalau disetarakan perbandingan ini, cuba comparekan dengan hidup meleweh saya dulu-dulu kala. Alaa, sejurus lepas habis periksa yang terbesar dalam Kementerian Pendidikan tu...

Blog saya penuh dengan kosong-kosong, lansung beberbentuk peribadi. Lagha! Jauh sekali berkenaan peduli umat.

"Dengki-mendengki perkara kebaikan bagus juga kan"

Papan notis

0 comments
Saya bulat. Saya tekad. Mesti ada tambahan entri. Sebelum masuk bulan ketiga blog ini semakin berhabuk, bersemak, berlalang. Mesti ada apa-apa cerita. Pasal apa-apa pun. Bohong saya kata, kalau tiada apa yang menarik, selama 2 atau 3 bulan belakangan ini. Kalau tak cerita rampas-rampas kuasa, boleh cerita situasi study. Dengan orang pertama saya jumpa di tempat paling asing ni, sudah pun berlepas. Paling koman pun cerita pasal diri sendiri.
Saya mengaku, saya dah jadi sangat-sangat kerdil, berbanding dengan rakan-rakan yang sama-sama jatuh bangun.


Idea-idea banyak bersarang. Tapi ada baiknya saya peramkan dahulu. Biar saya susun idea saya molek-molek. Mungkin lebih enak dibaca nanti. Sekadar tambahan entri sejurus berkurang sudah umur saya. Hari ni.