Pandu lalu

3 comments
Tahu pandu lalu? Atau bahasa penjajah dipanggil drive thru. Jikalau kalian penggemar makanan segera, tipulah tak kenal benar dengan istilah itu. Ini adalah entri segera ala-ala drive thru.

Oh, berbalik kepada asal. Saya tahu. Janji manis selalu ditabur-tabur. Gula-gula disumbat-sumbat. Tapi itu semua ilusi semata. Tak pernah tertunai. Misalnya; membuat tutorial mengindahkan desktop masing-masing macam entri yang sebelum ini (entah bila tarikhnya, saya pun dah lupa).

Tapi. Saya bukanlah pemungkir. Penipu. Atau istilah-istilah menyakitkan yang lain. Suatu hari, InsyaAllah, akan terkeluar juga apa yang saya pernah janjikan.

Cuma sekarang masa seolah-olah diputar laju. Semua berlalu pantas. Dalam beberapa kerdipan mata saja. Maklumlah. Ini pertama kali dalam sejarah.


*Jemputan*
Siapa-siapa yang berkelapangan esok. Jemput hadir kenduri. Kurang 12 jam dari waktu sekarang (tika saya menulis ini). Keraian yang meraikan mempelai yang baru. Di rumah saya. Mahu datang, tapi tahu di mana letak duduknya tempat tinggal saya, sila hubungi saya!
Untuk pastikan yang betul-betul hadir adalah jasad yang bernyawa dan betul-betul dikenali. Takut-takut scammers yang muncul. Bahaya jenayah siber yang leluasa bagai nak rak sekarang.

Cerita-cerita dan konklusi

4 comments
Cerita Satu
Kelas kimia boleh dikatakan kelas yang paling saya suka berbanding dengan kelas-kelas lain. Walaupun dalam kelas itu, saya terpaksa jadi minoriti. Saya ingat cikgu kimia saya pesan; dalam larutan terisi dengan 2 perkara. Solute dan solvent. Benda yang di larut dan pelarut (dalam Bahasa Melayunya kalau tak silap). Pelarut tak semestinya air, benda yang di larut tak semestinya sirap (misalnya mahu bancuh air sirap, misalnya!). Dalam kimia, peratusan kandungan yang akan menentukan mana satu solute, mana satu solvent. Kalau (untuk bancuh sirap) air diletakkan hanya sedikit berbanding sirap, air tak `kan dipanggil solvent. Ini cerita satu.

Cerita Dua
Serius. Persediaan saya menghadapi ujian maut (baca : peperiksaan final `ja sebenarnya) saling tak tumpah macam saya menempuh ujian besar untuk pelajar sekolah menengah dahulu kala. Langsung tak bersedia. Tahu-tahu bila esok ada paper, mau menyumpah seranah! Apa yang membezakan saya pada kali ini dengan waktu bersekolah menengah dulu; tawakal. Saya dapat rasakan jumlah tawakal saya cukup kecil berbanding dulu-dulu, biarpun sama-sama tak bersedia. Tapi sekurang-kurangnya, setiap usaha biarpun sangat kerdil patutnya bersandarkan pada Maha Kuasa, `kan?

Cerita Tiga
Habis saja paper terakhir hari khamis, mulalah saat-saat gembira (boleh dikatakan saat gembira yang palsu). Beberapa bahagian pagi saya, habis untuk peperangan digital berlawan sesama sendiri. Melayang beberapa helai not kertas. Malamnya, entah macam mana saya sampai di LCCT. Dalam sekelip mata, saya tercampak ke tempat yang pelbagai.

Cerita Empat
Hujung minggu yang lepas juga, saya ada menjemput rakan pulang bercuti (boleh kata menjemput `kan?), dari Melaka katanya. Saya dengan nada sinis; "orang lain nak cuti sem, dia pun nak cuti jugak!" Dia membalas; "cuti raya laa, raya haji." Opss, `kan malu sendiri.
Ha ha ha

Konklusi
Saya simpulkan, saya hampir terlarut. Ya, macam solute yang cikgu chemistry saya pesan tu. Sampai tarikh hijri pun boleh lupa. Kalau boleh janganlah kalian pergi ke tempat yang aneh dan langsung tiada rakan yang benar-benar membantu,


Salam AidilAdha
*lambat pasal mood menulis kurang*

Usia yang muda

1 comments
Beberapa hari lepas Minggu lepas, macam biasa, saya pergi beriadah pada waktu-waktu awal malam. Ya, walaupun fikiran saya menerawang, teringat benda yang agak penting* yang bakal menjengah. Serius penting. Biasalah. Jiwa muda. Usia muda. Mana fikir sangat kesan-kesan dan akibat-akibat. Misalnya macam sekarang.

Quote pada malam tersebut.
"Orang muda kalau tak disibukkan dengan maaruf, nescaya akan diisi dengan perkara munkar."
Semua orang sibuk. Kalau tak betul-betul sibuk, mesti menyibuk. `Kan?
Sibuk politik, daripada siapa Ketua Wanita UMNO yang baru sampailah Obama yang 'change we can' itu. Sibuk menghadapi benda yang sangat-sangat-sangat penting* pun ada juga. Tapi okey jugalah, kalau sibuknya tu membangun jiwa, misalnya sibuk tentang ini. Macam mana pula orang sibuk belajar, dia sibuk nak improve skill main game contohnya, kononnya barulah nampak hip dan kool. Tak ke haru namanya.

Ya. Saya akui saya tergolong dalam golongan yang macam tu. Sibuk yang tak membangun langsung (mudah-mudah bukan sibuk perkara munkar, naudzubiLlah).

Oh ya. Kurang beberapa jam lagi. Saya akan menghadapi saat perhitungan yang penting (rujuk kepada *). Saat yang menentukan saya ini adalah seorang yang menggunakan wang rakyat dengan sebaik-baiknya ataupun, seorang yang hampeh yang tau bazirkan duit rakyat untuk perkara yang entahapaapaentah. Walaupun keputusan sekarang seolah-olah menunjukkan kehampaan.

Anyway, Doakan yang terbaik untuk saya!
[2:216]

Saya terima mesej!

4 comments
Beberapa hari yang lepas. Telefon bimbit saya didatangi satu teks pesanan ringkas. Bertulis;
dlm ktm ni,tnmpk student -nama sekolah- brskirt atas -nama anggota badan-, tigt plk. Cuti ble?

Kesimpulan;

Pertama
Nampak sangat saya berada di tempat yang salah. Orang macam saya tak punya kekuatan langsung untuk berada di tempat yang.. macam sekarang, tempat saya berada.

Kedua
Bila pengirim teks pesanan ringkas tersebut mention tentang cuti, baru saya sedar. Saya sudah lalui semua ini hampir satu semester. Wah wah....

Ketiga
Saya tak segera jawab mesej tersebut sebab tempoh kredit panggilan ketika itu sudah luput. So, ini jawapannya. "InsyaAllah awal bulan Disember"

Zaman mentah

6 comments
Tengah-tengah menerawang di dunia siber, tiba-tiba saya terlawat lawan sawang yang boleh dikategorikan ntahapaapantah. Bukan apa, saja-saja buang masa isi masa lapang (walaupun macam-macam lagi kena buat untuk kekalkan gred; 'konon-kononnya'). Tapi bagus juga! Saya 'ter'jumpa ini;

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Saya ingat lagi. Masa muda-muda dulu. Waktu usia masih mentah. Langsung tak kenal mana satu baik, mana satu buruk. Masa darah tengah baru mula nak mendidih, alaa darah sebelum darah muda (yang konon-konon darah remaja). Waktu masih dalam keadaan hingusan.

Saya selalu `lah juga buat kesalahan-kesalahan. Kesilapan nakal. Tak pernah pun terfikir kesan pendek, takpun kesan jangka panjang. Ataupun memang tak ada kesan buruk. Lupa nak pakai tali pinggang ke sekolah misalnya, atau seluar hijau yang tak menepati ciri-ciri dalam buku peraturan misalnya (siapa hidup sezaman dengan saya mesti tau fesyen tu macam mana, ha ha ha).

Mesti kesudahannya dendaan. Atau bahasa yang lebih mesra; 'iqob (bahasa Arab; melayunya denda `lah). Antara dendaan-dendaan yang famous contohnya, ketuk-ketampi on the spot ataupun tekan tubi on the spot. Itu biasa-biasa saja. Ada lagi unik!

Saya selalu jugalah kena denda yang unik tu. Biasa `lah baru mula nak kenal dunia baru, mesti susah nak melekat di sekolah. Hasilnya, saya tak pernah sampai ke sekolah sebelum pukul 6 bila cuti di penghujungnya. Lalu dendaannya sangat unik.

Apa ya denda yang unik tu? Ha ha ha....
Menulis kalimah istighfar beratus-ratus atau ribuan malahan, di atas carikan kertas.

*Rindu pula situasi macam tu. Mana ada dah sekarang!*

Aduh!

0 comments
Tiba-tiba, saya dapat teks pesanan ringkas;
"Bisnes plan tu di awal kan.bukan isnin depan tapi jumaat ni."
Alamak!!
Mampus*. Bila masa pulak* nak buat advertisement ni... Esok dah hari apa. Pastu*... Mampus*...


*Bahasa kasar disini disengajakan. Boleh?

Cara-cara menenangkan fikiran

6 comments
Lantaklah! Apa nak kata pun. Saya rasa saya tak setenang dulu. Jadi saya cari jalan untuk keluar dari kemelut ini! InsyaAllah berada di landasan yang elok.

Saya buat aktiviti mengcustomize desktop. Best! Serius best!

Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Visual Style : NervosaVS
Wallpaper : Minimalist
IconPackager : F.I.P
Dock Icon : Eclipse 2
Rainmeter : SummerSlide


Sekurang-kurangnya lega jugalah hati yang lara ni. :)
Alhamdulillah~

Bingung*

2 comments
*Entri ini khusus untuk beremosi sahaja.

Seorang demi seorang. Hilang dan pergi. Tak lama lagi, menyusul lagi. Dan lagi. Ah.. Itu tak kisah `lah. Kubur nanti pun berseorangan juga. Mana boleh kongsi-kongsi pertanyaan penjaga kubur.

Tapi itulah. Ramai yang pergi tu, semua, insyaAllah terjamin 'kesihatan' diorang. Macam saya; di Malaysia lagi dah tak macam Malaysia. Nanti? Apa kesudahan? Iman senipis kulit bawang. Ilmu tersekat-sekat tak mahu keluar. Ceh. Sungguh saya dengki. Sekarang langsung saya tak punya keseronokan macam dulu-dulu. Biarpun kepala tepu dengan sinis-sinis, kerja-kerja, meeting-meeting. Tapi rasa bahagia tu ada! Sekarang hampeh.

nota-nota kecil
  • Saya sekarang masih berada dalam transition period. Sedang cuba-cuba biasa-biasakan. Masih lagi
  • Siapa-siapa masih punya rakan-rakan yang sama-sama jatuh, bangkit; doakan saya jumpa penggantinya.

Kesilapan Matematik!

3 comments
Penemuan yang unik, dalam permasalahan Matematik. Sedikit aneh, tapi jangan risau. Saya akan sertakan penerangan-penerangan yang jelas. Mudah-mudahan.

Yang jelas, 1+1=2. 6-1=5. 30+6=36. 1=1000x30

1+1=1
Setitis air dicampur setitis lagi air, tetap menjadi setitis air. 'Kan?

6-1=0
Rukun iman yang enam itu, jika kalian menolak salah satu, sudah tentu iman kalian terbatal. Setuju?

30+6=365
"Barang siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh." (Riwayat Muslim)

1=1000x30
Ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan (darabkan dengan 30 hari). Beruntunglah orang mencapai pada satu malam tersebut yang hanya ada pada Ramadhan (yang baru berlalu).

Adakah hukum Matematik perlu diolah kembali? Dan saya layak mendapat hadiah nobel? Ha ha ha..

Nota kaki;
*Entri ini adalah edisi plagiat seratus peratus tanpa cacat-cela (cuma ada sedikit info tambahan).
*Alasan, saja menambah entri, kekontangan ilham belakangan ini.
*Tak salahkan kongsi-kongsi idea :)

Syawal 1429

3 comments
Eid Mubarak
Bergembiralah atas Kemenangan
Semoga Kembali kepada Fitrah!




Maaf segala zahir dan batin.
Hutang-hutang segera ingatkan.

Text pesanan ringkas

0 comments
Terima kasih. Kerana ingatkan. Walaupun pada saat yang sangat kritikal. Terima kasih.

Nabi bsabda "Apbl tlh kamu tlh hmpr kpd kiamat n pd tgnmu tdpt biji tamar maka tanamlah ia.." -au kama qal- Jgn dsia siakn ramadhan y bbaki bbrg ktk ini..
*diambil terus dari text pesanan ringkas yang ada dalam kotak masuk telofon bimbit saya. abaikan laras tajwid bahasa yang salah-salah belaka.


Selamat tinggal Ramadhan.
Moga ketemu lagi insyaAllah.
Lawat-lawatlah Ceritera Ramadhan

Tapi..*

0 comments
*sambungan daripada entri sebelum ini

Kala ini, memang saya diberikan peluang sekali lagi untuk bertemu bulan yang sangat-sangat mulia (ya..walaupun sekarang sudah ke penghujung). Orang berpeluang bertemu Ramadhan sangat-sangatlah beruntung. Macam saya. Tapi..


Kalau dulu, pagi-pagi lagi suasana mula kecoh-kecoh. Semua berebut-rebut nak sahur; walaupun sekadar berlaukkan ikan masin dan telur masin. Berebut tu yang nikmat. Sambung pula dengan solat-solat sikit. Tilawah. Solat jemaah.

Pagi, ke sekolah. Ya, walaupun kadang mengangguk tanpa di tanya (baca : tersengguk). Menahan kantuk sampai ke tengahari. Juga diselangi tidur di musolla sampai terlajak (ha ha ha..). Petang, kepenatan bermain tak ingat dunia. Malam sejurus tarawih terus melantak moreh sampai terlupa prep. Ya, terlupa walaupun ada trial pada sebahagian Ramadhan.

Waktu-waktu sekarang. Jauh beza. Seolah berpindah ke planet yang asing. Sangat pelik dari pandangan saya. Tak tahulah orang lain.

Ramadhan kali hanyalah sekadar lapar dahaga. Langsung tiada penghayatan puasa. Ke kelas sana-sini mengurangkan pahala puasa. Biasalah; kawasan minoriti. Balik rumah, tak terlihat langsung usaha mengihya'kan Ramadhan. Yang ada, nak buka apa nanti? Assignment bila nak buat? Balik-balik benda dunia. Memang saya terasa janggal awal-awalnya. Tapi dari awal sebegitu, mana tak terikut. Sedangkan ikan boleh tersasar di sungai deras. Apatah saya yang tak seberapa ini.

Sedih memang sedih. Nasib baik hujung-hujung minggu menjadi back up. Sepanjang Ramadhan, bila tiba hujung minggu saya 'lari' dari rumah. Cukuplah ia menjadi pemujuk.

Pesan saya, kalian yang masih berpeluang. Penuhkan lah apa-apa yang patut. Sebab suasana masih ada. Bila jadi macam saya; salahkan diri sendiri!

saya ada alasan tersendiri!

5 comments
Baru saya perasan, ada juga yang ternanti entri-entri terbaru saya. Selama ini saya hanya menulis suka-suka. Dan, confirm seorang pun tak `kan baca; kecuali beberapa kes tertentu. Tapi sekarang lain pula jadinya. Ada orang marah-marah tertanya-tanya; mana perginya entri terbaru. Hah, ini yang buat saya semangat!

Okey. Pertama-tamanya; ini adalah berkenaan alasan kenapa saya tak menambah entri.

Alasan Pertama
Dengan nama Allah, inilah kali pertama saya cuba untuk menjadi pelajar harapan bangsa (baca : menjadi rajin dengan belajar tiap-tiap malam). Dan sering kali saya mencuba, acapkali itulah saya menemui kegagalan. Tambah-tambah bila rumah saya memasang talian jalur lebar (ini biar saya masukkan alasan seterusnya).

Alasan Kedua
Saya dengan cowardnya, sedang melarikan diri dari masalah (kepada yang berkenaan sila gelak dahulu, kemudian sila hubungi saya secepat mungkin untuk marah/maki/caci kepada saya, terpaksa refund agaknya). Cukuplah saya menanggung. First time buat kerja gila sebegini, ujian paling berat menimpa. Nak buat macam mana.. ada hikmah.. :P

Alasan Ketiga
Seperti yang saya katakan tadi, talian jalur lebar yang telah mula dipasang sangat-sangatlah melalaikan saya. Serius. Biarpun saya boleh berada di atas talian untuk tempoh yang panjang, tapi sebab masalah di atas (merujuk kepada alasan kedua), saya mengundurkan diri. Apatah lagi talian jalur lebar ini membuatkan saya menjadi dotard, setelah meracuni rakan-rakan serumah (ha ha ha.. ini boleh gelak kejam). Tapi ada baiknya juga, saya boleh juga belajar walaupun..(sila baca alasan pertama!)

Alasan Keempat
Kala inikan, kita sedang diberikan peluang berjumpa dengan bulan yang mulia lagi barakah. Jadi saya membuat keputusan drastik untuk tinggalkan sebentar dunia maya ini. Tapi...
Entri seterusnya, mungkin.


Apakah munasabah alasan yang saya berikan? Serius ini alasan sebenar. Saya tak mahu jadi orang yang diungkapkan dalam pepatah-pepatah motivasi, motivasi berlian misalnya;
"orang rajin mencari jalan, orang malas mencari alasan."
Mudah-mudahan..

**edited kali kedua.

Sebalik sibuk

0 comments
Dibalik kesibukan ini,
Sibuk add dan drop subjek,
Sibuk mematangkan diri di Permatang Pauh,
Sibuk melarikan diri dari masalah (ha ha ha.. ini kes tertentu),
Sibuk mencari talian jalur lebar,
Sibuk memulakan kehidupan yang serba-serbi berbeza,

Tak mungkin saya lupakan,
Kawan-kawan,
Saudara-saudara,
Yang berada di sana.

Selamat Memperingati Al-Quds.
21 Ogos.

Pening-pening

0 comments
Bila dah lama tak ditujukan peperiksaan dunia. Kepala jadi pening. Sekali lagi; sekejap saja lagi. Saya akan buat lagi peperiksaan dunia,sekali lagi. Macam dulu-dulu. Meskipun kali ini hanyalah pra.


*lawatan untuk pembaca
TOEFL

Bila mana saya dengar ceramah

0 comments
Saya ada menghadiri ceramah yang konon-kononnya untuk memantapkan saya dan juga yang lain-lain dalam menghadapi mehnah dan tribulasi yang sukar. Kerana segala yang bakal dihadapi sama ada di sini atau di sana (yang ini merujuk kepada dalam negara dan luar negara, bukan dunia dan akhirat) bukanlah sama seperti yang pernah dialami di sekolah. Jauh. Jauh benar perbezaan; kata beliau (tapi semestinya bukan dalam Bahasa Ibunda).

Ya. Walaupun saya amat-amat-amatlah (sengaja menyalahkan tatabahasa untuk menguatkan kata yang sememangnya telah kuat!) kureng dengan ceramah yang berbentuk motivasi. Ada sebab kenapa saya bersifat demikian.



Tapi saya sangat tertarik dengan sedikit isi yang beliau sampaikan. Ya, walaupun si penyampai bukan beragama Islam, jauh sekali mengamalkan sifat-sifat Islam yang sememangnya mulia.


"You want to be a thermometer or a thermostat?"


Ada apa dengan termometer? Ada apa dengan termostat?

Termometer. Tahu apa gunanya? Sudah pasti untuk menyukat suhu. Jadi apa masalahnya? Sifat semula jadi merkuri yang ada dalam termometer ialah ia sentiasa mengikut keadaan sekeliling. Kalau sejuk, maka ia akan mengecut. Begitulah sebaliknya jika dalam keadaan panas. Jadi, diaplikasikan dalam kehidupan manusia; dan antaranya saya, manusia terlibat akan ikut keadaan sekililing. Kalau baik sekelilingnya, maka itu sudah bagus. Kalau sebaliknya? Nau'dzubillah.

Termostat pula, apa kaitan? Termostat; boleh juga dipanggil controller, aircond controller misalnya. Jadi apa kaitannya? Jika kalian seorang yang elit, tipulah kalau mengaku tak memiliki aircond di rumah. Gunanya untuk apa? Menyejukkan Malaysia yang kadang-kadang panas. Tambah-tambah bila berada di bumi gersang nun di 'kuala' sana. Tak ke seronok bila cikgu kesukaan meng'offer' belajar di bilik P&P. Ha ha ha.. Tugasnya sajalah yang membuatkan berasa selesa. Begitu juga manusia; antaranya ialah saya, `kan bagus jadi macam termostat. Mengubah sekililing, bukan ikut sekeliling. Ayat power, lawan arus bukan ikut arus.



Yang benarnya, saya jadi malu sendiri. Bila mana yang berkata-kata bukanlah orang Islam yang pernah belajar Islam dalam suasana yang Islam. Tak macam saya. Hampeh betul saya.

"yeah, i know ur school"

0 comments
omgomgomgomgomg....

Dalam banyak-banyak orang yang saya temui dekat sini, langsung tiada orang yang tahu tentang daerah lama saya. Yang famous; sekolah sains, mrsm, dan sbp-sbp yang lain. Bila disebut tentang gua nun di hujung kuala, senyum saja `lah.

Alih-alih, orang kuat di sini pula yang tahu.

omgomgomgomgomgomg....

"yeah i know your school. all my kids now at Hidayah JB."

Hari-hari yang Tak Tersangka-sangka

0 comments
Ya.. Hari-hari yang tak tersangka-sangka.

Hari Sabtu.
Buat pertama kali dalam hidup saya, saya buat perkara yang tak pernah terlintas langsung dalam benak saya. Serius. I earn some money with thing that I like. Ha ha ha.. Projek pertama saya, insyaAllah akan membawa hasil, dan mungkin akan berkembang lagi. Dengan izin Allah.
Tunggu `lah pra-tonton yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Juga dengan izin Allah.

Hari Ahad.
Buat pertama juga, (dan paling penting; paling gila dalam dunia materialistik saya) saya keluarkan duit yang tebal-tebal untuk shopping (baca : beli-belah di Pesta Komputer). Ha ha ha.. Pergi tanpa niat, pulang dengan hasil yang agak lumayan. Sila jangan ikut langkah seperti saya!

Hari Isnin.
Dan pertama kali juga `lah, saya buat kerja tak senonoh (baca : kerja gila). Ada patut, saya sempat bersantai-santai, bersenang-lenang, berjoli-joli sebelum masuk kelas. Hasilnya, berlari-lari anak saya dibuatnya dek tak mahu lambat masuk ke kelas.
0 comments
oh my.. (baca : ya Allah)

Macam mana lah saya boleh lupa.
Bukannya sibuk apa-apa.
Bukannya sibuk menelaah pun.
Bukannya sibuk homework.
Sibuk ke hulu ke hilir, bazir duit ada `lah.
Itupun saya lupa juga.

Apalah nak jadi dengan saya.
Macam mana saya nak minta syafaat nanti.
Syafaat waktu-waktu yang sangat kacau bilau.
Yang umat tertentu saja boleh minta.

Tapi,
Sirah nabi pun tak nak ingat.
Dah lepas beberapa hari baru teringat.
Itu pun 'teringat'.
Kalau tak...


Selamat Menyambut Isra' Mikraj.
Semoga Ambil Iktibar dan Pengajaran.

Goal Setting (?)

2 comments
Saya dihidangkan dengan perkara-perkara yang berkait-rapat dengan motivasi, pada Ahad yang lepas. Salah satu isi yang cuba disuapkan kepada saya, dan orang-orang di sekitar saya; goal setting atau saya 'alih bahasa'kan sebagai matlamat (bukan gol bola sepak, diulangi bukan gol yang di tengah-tengah padang bola sepak!).

Ini adalah contoh yang beliau berikan.

Long Term
- to be an actuarist.
- open a new firm.

10 or 20 Years After
- hold a bachelor degree in actuary.
- continue master degree.

Short Term
- score in every test, exam, quiz.
- entering into a top university in the world.

Huh.
Kalaulah ceramah ini berlaku di daerah saya yang sebelum-sebelum ini. Ha ha ha. Saya percaya, mesti ada suara sumbang di belakang sana. Takpun secara tiba-tiba akan ada telur mentah dan tomato yang beterbangan entah dari mana datangnya (alaa bayangkan penyanyi suara sumbang menyanyi di khalayak). Ini perlambangan yang sangat hiperbola. Bahasa yang lebih mudah; tak puas hati.

Kenapa?
Serasa saya, saya bukan hidup sekadar belajar pandai-pandai. Dapat masuk universiti. Dapat kerja canggih. Gaji banyak. Bukan! Hidup saya bukan klise 'orang tua yang susah menyuruh anaknya teruskan persekolahan'.

Macam mana 'kehidupan' selepas kehidupan di sini? Atau bahasa mudah; macam mana kalian nak hidup lepas kalian mati? Atau bahasa yang paling leweh; akhirat kau macam mana?

'Belajar pandai-pandai, masuk universiti, kerja power-power, pastu gaji tinggi' bukan goal saya. Itu yang pasti. Goal selepas mati itu lebih penting.

*edited
Alamak! Takutnya kalau yang menyuap tu, baca entri saya ni. Habis saya.. ha ha ha

Cerkot*

0 comments
*cerkot adalah akronim kepada cerpen (cerita pendek) yang kontot.

Cerkot I
Saya acapkali disuruh untuk memberikan sedikit suara (baca : pendapat) mengenai sesuatu pun. Misalnya; maksud sekian-sekian perkataan. Dan, acapkali itulah saya hanya merenung, menggumpal nafas dalam, kadang-kala memandang dengan rasa tak bersalah. Kalau bernasib baik, insyaAllah suara saya akan kedengaran. Atau, yang sebaliknya.

Cerkot II
"kau tau.. dulu aku camni-camni.."
"aku pulak camni-camni.."
"kau belum tau semua pasal aku.."

Dan, saya hanya terkedu. Atau... resah mungkin.

Cerkot III
"Can you please describe your self. At the front."
"I... er... My name is... er... I... er... like... er.. like playing.. er..."


*kesimpulan*
Nampaknya, saya seorang yang sangat hampeh. Dengan ilmu secetek sungai paras buku lali, dengan iman senipis helaian kertas. Memang benar saya seorang yang sangat hampeh. 7 tahun memang langsung tak cukup. (Tak termasuk Cerkot III; english saya pun hampeh jua!)

Zaman dah berubah, dunia makin maju...

1 comments
Saya tak mahu meracau-racau tak tentu hala. Ya saya tahu! Ini adalah perbuatan separa gila yang pernah saya buat seumur hidup saya. Malahan sejarah keluarga saya tak pernah ada yang mengambil keputusan yang sungguh gerila sebegini. Apatah lagi, untuk saya berharap untuk sengaja berbuat begini sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Gila! Jauh panggang daripada api.

Dengan berbekal sebuah beg pakaian saiz sedang-sedang berisi pakaian-pakaian ala-ala lelaki korporat, sebuah beg sandang berisi sedikit khazanah berharga dari sebuah 'gua', dan di susuli dengan hati yang berbelah bagi yang berbekalkan iman senipis kulit bawang. Fuuh..! Ini keputusan drastik tanpa batasan.

Dikelilingi orang yang bijak dan geliga, satu perkara luar biasa yang saya terpaksa hadapi. Segala-galanya membuatkan saya terpaksa menukar perwatakan sedikit, sesuai dengan keadaan sekeliling. Bukannya apa. Saya `kan biasa dengan orang berjiwa luar biasa; berbanding di sini yang hanya.... (terpaksa di delete atas menjaga sensitiviti). Tapi tak apalah, boleh saya menambah pengalaman. Pokoknya, saya di sini bukan saja kekok dan cuak, juga berasa asing dan terasing.
Bukan sekadar melihat mini skirt di mana-mana saja, atau pasangan-pasangan kekasih bermaharajalela sahaja ya!

Ya! Saya sudah pergi ke daerah yang lain. Yang jauh bezanya dari daerah-daerah saya yang lama!
Zaman dah berubah, dunia makin maju...

Saya tak mahu membuat entri berbentuk klise; lagak seorang remaja berketerampilan hip dan stylo, menulis di blog sambil menyatakan; "yo..ak da msuk kolej beb! jom jmpe ak kte bley deting nnti." Maaf. Saya bukan blogger yang berketerampilan hip dan stylo, menulis yang bukan-bukan.

awas!

1 comments
achtung..!!
entri ini mengandungi unsur-unsur emosional.

"jangan ucapkan selamat tinggal, tetapi ucaplah selamat berjumpa lagi,
jika tidak di dunia, insyaAllah di syurga kelak!"

u straight, u don't belok-belok!

2 comments
jika dahulu, saya memulakan sesi pengajian daripada sistem persendirian. kesemuanya sendiri. perkakas, alat permainan, bahan makanan, mahu pun silibus pembelajaran. kesemuanya daripada usaha sendiri tanpa ada sumbangan daripada pihak berwajib (melainkan sumbangan ikhlas daripada parents).* saya masih ingat letak duduk sesi pengajian saya ketika itu. saya yang berbaju biru muda, berseluar bebas sangat teruja untuk ke situ. ha ha ha. umur 5 tahun `lah katakan. saya yang masih hingusan sangat suka ke sekolah acap pagi. kadang-kadang meradang seharian jika tak ke sekolah kerana bangun lewat (budak kecik, takpa `lah kan? :).

ketika naik satu.. er.. tahun kot(?), ataupun ketika 6 tahun, saya berpindah ke lokasi lain. masih sendiri. perkakas, alat permainan, bahan makanan, mahu pun silibus pembelajaran. kesemuanya daripada usaha sendiri tanpa ada sumbangan daripada pihak berwajib (melainkan sumbangan ikhlas daripada parents).* cuma, saya menjadi sedikit terkenal. saya menjadi pelajar kebanggaan sekolah. bukan menunjuk ataupun bongkak apatah lagi eksyen. tapi alhamdulillah. sesi pengajian inilah menjadikan saya anak yang baik, waktu itu.

naik pengajian rendah, saya masih menuntut di sekolah yang serba-serbi persendirian. perkakas, alat permainan, bahan makanan, mahu pun silibus pembelajaran. kesemuanya daripada usaha sendiri tanpa ada sumbangan daripada pihak berwajib (melainkan sumbangan ikhlas daripada parents).* saya mula kenal rakan-rakan yang bermacam ragam (walaupun sekarang, erm.. boleh kata ingat-ingat lupa). bak aktor gagah dalam filem blockbuster hindi bergaduh dengan aktor protagonis yang tak kurang gagahnya. perangai saya mula menunjuk, yalah taklah nakal sangat. tapi sifat nakal seorang kanak-kanak tu tetap ada.
tapi alhamdulillah, saya ter'paksa' manjadi baik apabila mendapat kepercayaan pihak sekolah, tambah-tambah menjadi kanak-kanak yang cemerlang konon-kononnya. (entah sampai sekarang pun saya tak ingat, kenapa saya yang dapat anugerah pelajar terbaik tahun 3. alaa.. siapa yang masih ingat, yang saya naik ke pentas untuk mengambil anugerah yang berprestij tu..)

kemudian, saya menyambung pengajian menengah, juga di sekolah yang perkakas, alat permainan, bahan makanan, mahu pun silibus pembelajaran. kesemuanya daripada usaha sendiri tanpa ada sumbangan daripada pihak berwajib (melainkan sumbangan ikhlas daripada parents).* di sini, keadaan lebih tragis. saya sampai di situ hanya ada beberapa bangunan sahaja. di samping padang pasir di tengah-tengah lautan pokok kelapa (sekarang sudah berubah `kan?) tapi tak apa `lah. yang penting itu `kan pendidikan.

di sinilah, saya belajar macam-macam. cukuplah saya katakan macam-macam.
saya tak `kan lupa apa yang saya dapat di padang pasir di tengah-tengah lautan pkok kelapa, (sekarang kelapa sawit) atau ada orang kata gua, atau apa-apa saja yang kalian ingin gelarkan. tempat jatuh bangun lagi `kan kenang. apatah lagi duka nestapa, ceria gembira.

dan sekarang. atau tak lama lagi. saya. akan menyambung kembali pengajian; yang masih perkakas, alat permainan, bahan makanan, mahu pun silibus pembelajaran. kesemuanya daripada usaha sendiri tanpa ada sumbangan daripada pihak berwajib (melainkan sumbangan ikhlas daripada parents).* cuma, dari konteks yang berbeza. atau tak boleh saya nafikan sangat kontradiks berbanding pengajian-pengajian dahulu yang perkakas, alat permainan, bahan makanan, mahu pun silibus pembelajaran. kesemuanya daripada usaha sendiri tanpa ada sumbangan daripada pihak berwajib (melainkan sumbangan ikhlas daripada parents).* sangat kontras warnanya.

*yang bertanda bintang, boleh juga dibaca sebagai swasta.


hanyasanya yang saya pinta; doa. dan istiqamah.
"itu yang jalan kau pilih. "
"u straight, don't belok-belok.straight ja.. don't belok-belok.."

eh eh.. dah hujung bulan II

0 comments
ha ha ha

first time saya buat entri yang hampir sama di hujung bulan. rasa kelakar pun ada. comel pun ada. sampai ada orang kata (baca : oranglah!) sia-sia di rumah enam tujuh bulan tanpa tambahan entri.
ha ha ha

oh ya. saya juga ada niat lain di sebalik entri ini. bukan saja mahu menemplak orang yang kata (baca yang di atas), tapi.. ah, rahsialah.


*penghias entri

ibu : ______ (*isi nama kalian), tolong angkat baju longgok ni. bawa masuk bilik.
anak : okey. japgi _______ (*nama) angkat. tengah main game ni. (sengih)

2 jam kemudian.

anak : eh eh.. mana baju ni? woi kau nampak tak mana baju ni (sambil jerit kepada adik atau abang atau kakak (?) suka hatilah. ini `kan watak kalian)
anak ke-2 : entah. tadi mak angkat kot.
anak : ........ (serba salah)

kadang-kadang serba salah selalu ada kan? ucapan maaf terlampau berat untuk diungkapkan.
selamat hari ibu, hari bapa, hari guru!
*walaupun lambat. sangat lambat.

eh eh.. dah hujung bulan

0 comments
serius.
saya langsung tak perasan. tiba-tiba saja 31 haribulan. bulan mei pula tu. ish..

kenapa sampai saya tak perasan ya?
oh mungkin saya terlampau sibuk. pada awalnya sibuk berkejaran sana-sini sambil memaki hamun komputer canggih ni. yelah, komputer canggih, di toolbar macam-macam aplikasi dibuka. winamp, photoshop, mozilla, yahoo messenger, IDM. ha ha ha.. boleh bayangkan jadi apa? maki hamun adalah jawapan paling mudah. (ceh, free-free 'ja dapat dosa kering. bilalah? bilalah..?)

tak lama selepas tu. saya pergi bercuti. di tempat yang, nak kata biasa-biasa pun tak 'lah, canggih pun tidak. ditemani pari-pari (atau boleh panggil bidadari) duniawi. sambil sebelah tangan dirantai dengan cukup kemas. setiap waktu, ada-ada saja pari-pari datang menjenguk. ambil beratlah kononnya. kalian jangan jeles. ha ha ha...
0 comments
letih.
lesu.
lelah.
lemah.

lenguh-lenguh masih terasa berbekas. sengal-sengal lagi 'lah. sampaikan angkat tangan ke paras bahu pun payah. apatah lagi melompat sana-sini terkinja-kinja. entah kenapa badan masih terasa lemau, atau masuk angin.

saya terpaksa menjadi manusia pasif untuk beberapa minggu ini.
maaf. maaf. dan maaf. tiada kata lain yang layak dituturkan buat masa ini, kepada;

1. rakan-rakan sefutsal
2. rakan-rakan yang ajak berfutsal
3. rakan-rakan yang nak futsal

*sengaja saya lupakan tugas penting saya. yalah... saya tak mahu dikatakan lari dari tugas (?). oh angkuhnya saya.. ha ha ha

maka dengan ini...

1 comments
maka dengan ini. dengan suka cita sekali. dengan penuh bongkak, takbur, eksyen, saya melancarkan portfolio pertama saya dengan kalimah mulia, Bismillah ar-Rahman ar-Rahim.
Photobucket

Datang..Lihat..Capture..
capture the good moment is priceless


**klik pada gambar untuk meneruskan nafsu melihat gambar.
bak kata salah seorang peminat saya.. woohooo..

yang sebenarnya

2 comments
oh saya sebenarnya tersilap percaturan. entri sebelum ini, sama sekali tidak benar. ataupun boleh dikatakan kurang tepat lagaknya. mana taknya! 4 hari untuk bulan ini sungguh tidak bermaya dibuatnya. kenapa? saya menjadikan Kuala Lumpur - Jeram seolah-olah dari Klang menuju ke Shah Alam. konon-kononnya macam dekatlah Kuala Lumpur - Jeram. habis lelah keadaan saya.

secara kronologinya,
hari pertama saya bergegas menuju ke UniKL. kononnya saya diperlukan disana untuk menentukan masa depan saya (konon-kononnya). keesokkannya, pagi-pagi lagi saya sudah bergegas ke PWTC untuk memasuki dunia buku. sejurus sebelum solat jumaat, bergegas menuju ke Gombak (jangan tanya saya kenapa). kemudian ada rakan saya yang kreatif menyebabkan saya kembali ke PWTC. oh bukan untuk masuk kembali ke dunia buku. bukan! tapi dek kerana rakan saya yang kreatif (juga, jangan tanya siapa).

hari yang sama, dengan kelajuan 160km/j (sedaya mungkin) menuju ke Jeram. ada bachelor party di situ. oh bukan. tapi ala-ala parti jugalah. esok pula tidaklah memenatkan sangat. cuma ke Shah Alam sambil diisi sedikit dengan aktiviti-aktiviti faedah (mudah-mudahan).

hari terakhir, saya kembali ke Jeram untuk ambil hadiah. setelah berpeluh-peluh di situ, cis ada yang kreatif mengajak saya kembali ke Kuala Lumpur. cis! tapi kali ini ke KLCC, menuju ke dunia IT. cis!

oh baru saya perasan. daripada banyak-banyak perbuatan saya, secebis sahaja yang mengingatkan saya ke dunia yang sana. oh tuhan, berilah saya taufik dan hidayah, mudah-mudahan.

nota kaki - portfolio saya akan siap tak lama lagi. saya kan baru lepas habis sibuk. sabarlah sedikit lagi.

entri khusus untuk mereka yang sepatutnya III

4 comments
sesiapa yang teruja? nah satu lagi!!

4 itu sudah tidak sibuk

0 comments
ini adalah entri pertama (baca : entri serius yang pertama) setelah menerjah masuk bulan april. ya entri pertama. okeylahkan, saya mula manambahkan entri pada 5 april. taklah berhabuk sangat macam sebelum-sebelum ini.

tiba-tiba saya menjenguk entri lama saya di sini. jika di bandingkan dengan keadaan saya sekarang, hmm... kontradiknya sangat terlampau-lampau. ya sangat melampau-lampau. kadang-kadang saya senyum sendiri. mana ada time-time sekarang saya nak busy-busy lagi. pura-pura sibuk macam sekarang adalah. yalah, masa yang ada sekarang tak pernah digunakan sebaiknya. misalnya, menambah entri. walhal masa saya melimpah-melimpah. orang kata sampai dah tak tahu apa nak buat. kosong sangat. oh! alangkah tak bersyukurnya saya.


sudah beberapa bulan pergi.
cukup-cukuplah.
doakan.

entri khusus untuk mereka yang sepatutnya II

1 comments
hoho...

nampaknya kelihatan ramai yang termakan janji-janji manis. masing-masing menunggu pelancaran portfolio saya yang pertama. wohoho... saya sebagai tuannya pun teruja. kau sebagai pembaca setia apatah lagi. hoho...

tapi sebelum perlancaran, biarlah saya memberikan sneak preview yang memberi unsur suspens, ala-ala filem blocbuster konon-kononnya. satu demi satu sneak preview akan saya paparkan. tiba masanya... akan langsai juga janji-janji manis saya. hoho...


*suka pun ada. bangga pun ada. apa nak jadi dengan saya ni. hmm...

entri khusus untuk mereka yang sepatutnya

0 comments
oh..atau khusus untuk mereka yang termakan janji-janji manis. ya! saya tahu! saya akan tunaikan. cuma...sabarlah.


nantikan kemunculannya!!


*untuk resolusi terbaik, sila klik di gambar

kenapahal ni?

2 comments
isk..
kenapahal dengan saya ni? imej-imej persekitaran di sekolah bermain-main di tubir mata. lebih tepat, gerak-geri saya di sekolah.

****

seingat saya, waktu pembelajaran saya hanya formal di waktu kelas. luar daripada itu, hanya Allah yang mengetahui. saya tak pernah ambil pusing dengan waktu study saya. yang saya tahu, waktu malam ke kelas prep. buat sikit apa yang patut. kemudian, seperti biasa perbincangan umum berjalan. tiada langsung kaitannya dengan study.

ya. boleh kata setiap hari.

setiap waktu yang berlalu, hidup saya seperti biasa. setiap detik yang berjalan, saya tak hiraukan mengenai study. petang, riadhah menjadi kemestian. malah saya tak pernah kenal apa itu OT. apatah lagi nak besenggang mata untuk study. berjaga malam untuk perkara lain adalah. untuk study, jauh panggang dari api.

saya rasa, ini adalah contoh yang langsung haprak bagi mereka yang sungguh akedemik, pada hemat saya. pada mereka yang tahu-tahu hanya untuk belajar. sampaikan ketika bermain bola pun mahu mengukur velocity serta acceleration. sungguh akedemik!!

tetapi jika kau bertanyakan orang yang sepatutnya (kau pasti tahu siapa orangnya), jadualnya sama seperti saya (atau mungkin lebih baik, oh bukan mungkin, memang jauh lebih baik dari saya). tetapi apa yang kau lihat?

saya rasa semua tahu jawapannya...


ungkapan nasi sudah jadi bubur sesuai untuk saya? rasanya?

kejahatan, kau boleh pergi

0 comments
I.
entah kenapa. mood saya untuk menulis tidak pernah timbul belakangan ini. terkadang idea membuak-buak melimpah di dalam otak saya. penuh dengan idea-idea untuk menulis. seperti minat saya dulu-dulu. ya minat saya yang dulu-dulu. iaitu menulis. acapkali dilimpahi idea, mesti terkandas di kotak dashboard. entah apalah dosa saya. sampai tak diperkenankan untuk menambah entri-entri.

mungkin salah satu cara untuk muhasabbah. mungkin.


II.
"sila jangan tengok tivi selepas makan. awas. nanti anda akan mengelami alahan seperti muntah-muntah. terutamanya buletin utama"

saya pernah melihat amaran ini. daripada jiran-jiran juga. (baca : bloggers) dan. semestinya amaran ini adalah tepat. terutamanya waktu-waktu hampir 8 mac. kenapa jadi begitu? seperti tiada perkara lain yang sepatutnya ditunjukkan. apa sudah habis isu semasakah?


III.
sekarang sudah bermacam-macam jenis kerajaan ya. baru saya tahu. rupa-rupanya kerajaan ada jenis-jenis yang pelbagai. bertambah lagi ilmu politik saya.


IV.
esok. 12 mac 2008.

OMG!! OMG!!
apalah nasib saya...

secara tiba-tiba peristiwa antara bulan november hingga awal disember lepas bermain-main di cepu kepala. terlintas jelas imej di kepala, kami secara beramai-ramai merempat di tengah malam. dan macam-macam lagilah.

OMG!!
apalah nasib saya..



*tajuk ada kaitan? kau rasa?

anda tahu?

0 comments
kadang-kala saya begitu rajin menulis. sampai kekadang mahu terus-terusan menulis tanpa mengira waktu. kadang-kala saya tersangat-sangat malas sekali untuk menulis. hatta untuk menulis sepatah dua ayat. ya, tersangat malas sekali! (oh saya rasa ini adalah kesalahan tatabahasa, iaitu kata penguat digunakan dua kali serentak. tapi ini menunjukkan ia teramat-amat lah sekali. oh sekali lagi!)

sindrom writer's block adalah sebenar-benarnya untuk saya. oh jangan risau. itu bukan penyakit lembu gila atau pun PMS. itu hanyalah sindrom yang kerap menjangkiti penulis-punulis (contohnya sayalah!). dan mungkin anda juga boleh terlibat.

kalau-kalau seperti sungguh lama saya mendiamkan, walaupun sehari tujuh atau lapan kali blog saya dilihat. tapi tiada langsung entri tambahan. yang ada hanya habuk-habuk dan debu-debu (istilah yang paling saya suka guna. ha ha ha). anggaplah saya sedang mengalami penyakit itu. atau pun lebih indah, anggap saya pergi bercuti. jangan pula berfantasi yang bukan-bukan.

boleh kah?
2 comments
dah februari!
2 comments
....

segera

0 comments
di zaman yang serba canggih ni, semua perkara mesti hendak segera. kononnya masa perlu diuruskan dengan betul. siapa yang terlambat akan rugi besar. malah, siapa yang segera pasti akan berjaya. iya lah, sekarang zaman internet. canggih. penuh dengan cabaran. "siapa yang dah lama tinggal di kota ni pasti akan tahu mana cerah mana gelap" ayat-ayat di tivi yang saya suka dengar.

kamu yang sudah hidup pada zaman millennium pasti masak benar dengan perkara sebegitu. lihatlah di mana-mana. semuanya segera. kalau lapar, pasti ke restoran makanan segera. kalau dengan kenderaan awam, mesti ber'touch n go' atau paling koman mesti tiket sepadu. malah budak-budak sekolah juga mahu cepat. daripada ingin belajar sampailah bab pemakanan. semuanya ingin segera.


saya ambil contoh mee segera. tahu mee segera? ya, mee segera yang sangat sedap dan jadi rebutan ketika musim peperiksaan (baca : time spm). kenapa ia sangat popular? sebab mee segera sangat mudah . perlukan 2 minit atau lebih saja. malah paling penting sangat sedap ketika kelaparan di tengah malam. tanyalah sesiapa saja. pasti ya jawabnya!

tapi pasti tak semua kata mee segera itu baik. terutama mereka yang sangat health conscious. ya sudah tentunya. lihat saja ingredientnya. penuh dengan istilah kimia yang menjengkelkan. sudah tentu natijahnya pasti tidak baik. malah akan merosakkan badan, kalau ber'nasib baik'. ha ha ha

tapi sudah pasti kita tak peduli! kan sedap dan mudah. lantaklah apa orang nak kata. "lagipun mati itu pasti. kita tak tahu bila sahaja!" (mungkin ayat yang famous bagi sesetengah).

lagi pula kita di hidangkan dengan iklan-iklan mee segera. manipulasi mereka sangat hebat. sehinggakan dengan mee segera sahaja dapat mengubah dunia, fikir mereka. tak termasuk kehebatan mamak membuat mee goreng mamak. kan sedap.

itulah hebatnya penangan mee segera. mampu menutup segala pandangan pakar tentang kesan buruknya. mampu menjadi makanan no.1 manusia sejagat. fuuh..! hebat!
**agaknya perkara segera lain pun tak kurang hebatnya



nota!!
entri ini tiada kaitan langsung dengan kedatangan mawi ke carrefour klang. tiada kaitan langsung dengan kepenatan seorang pekerja disitu bersempena kedatangannya bak menteri. serius! tiada kaitan langsung.
kalau ada mungkin kebetulan. okay?

ape ye? entahlah (2)

0 comments
emmm..... errrr...... aaaaa.......

hmm.. kekok pula rasanya menulis. terasa canggung untuk bertinta-tinta panjang lebar. ish.. bayangkan untuk 2 bulan (atau lebih) hanya beberapa entri saja berjaya disiapkan. yang lain, ish.. sekadar sampai di dashboard saja! janggallah!

malam ni cukuplah seminggu tahun hijrah bertambah. bertambahlah tahun penghijrahan umat Islam*. selamat tahun baru sekali lagi; tapi kali ni yang 'kita' punya.

oh! teringat pula ada quote orang yang saya dengari secara live. (maksud saya dia cakap di hadapan saya, eh... kami)
tahun masihi mengikut matahari. tahun hijrah mengikut bulan. kedua-duanya adalah makhluk Allah. jadi, sepatutnya dua-dua tahun (baca : kalendar) kita punya.


*er.. saya bukanlah orang ketinggalan zaman. bukanlah orang jauh di hulu dah tau benda yang amazing heboh satu malaya. jauh sekali bukan! tapi tak salahkan berkongsi berita?

lagi pula kitakan senantiasa hanya ingat beberapa saja tarikh hijri. terutama yang ada cuti-cuti. mungkin cuti raya, cuti maulidur rasul, cuti awal ramadhan. aaa... jangan malu-malu nak mangaku...